Kembali Menjadi Kanak-Kanak di Euro Disney!

Saturday, April 9, 2011 by Zura Ahmad
Hari paling ditunggu-tunggu oleh "budak-budak tua". Kami ke sini Hari Selasa. Seperti yang telah saya share di sini, tiket masuk kami hanyalah EUR40 untuk dua park di hari bekerja! Cara ke sini pula sama seperti semalamnya, ketika ke La Vallee Village, cuma kena turun di stop yang terakhir iaitu station Marnee la Vallee. Antara sebab kenapa kitorang ke La Vallee Village dulu dan baru ke Disneyland kerana manalah tau kot-kot ada nak terbeli apa-apa lagi di La Vallee Village/Val D'Europe, jadi masih ada peluang untuk singgah kejap masa nak ke Disneyland ni.


My very first Disneyland! Selama ni tengok video hubby jer, his first visit 13 tahun yang lalu!


Tunjukkan printed ticket beserta passport di sini. Mamat di kaunter sangat sarcastic betul! Cuak jugak kalau ticket ni takleh guna, rupanya dia boleh main gurau-gurau pulak! Haishhh... 

Yeay! Tiket dah dapat, map pun sama. Apa lagi, jom masuk! Tapi nak masuk park yang mana dulu yer?


Entrance untuk ke Disneyland Park ni sebelah jer dengan kaunter tiket tadi. But we decided masuk ke Walt Disney Studios dulu sebab tutup awal. Kat Disneyland saya relax sket sebab ada dua otai Disneyland, one of them dah pergi semua Disneyland yang ada kat dunia ni. Jadi serahkan pada yang pakar untuk memilih rides yang best dan tempat nak dituju...





Apple caramel yang sedap!

Okay, first ride was the Tower of Terror!!!

Google Image



Sampai sini jer boleh snap gambar. Rugi wooo sapa tak naik ni. I would say, this is my most favourite ride so far! Teringat cerita Charlie and The Chocolate Factory masa Willy Wonka bawak guests dia naik lif kaca. Feeling-feeling gayat ala-ala macam tu lah!


Ingat tip ni, senyummm je selalu setiap kali naik rides sebab nanti bila kat luar akan ada gambar candid kita. So, kalau berminat boleh beli siap dengan frame lagi.

Next, Rock & Roller Coaster!

Google Image


Kami tak lama di sini sebab nak sambung ke Disneyland Park pula. 




Inilah dia antara bahagian di hadapan dalam Disneyland Park. Rasa macam dalam mimpi jer!!!

...dan oleh kerana perut pun dah lapar, kitorang singgah makan di kafe dalam suasana sekelilling yang mengujakan.




Sambung jalan, yeay! Dah nampak castle! Nampak tak? Nampak tak?




Otai-otai tengah usha map ke lokasi seterusnya.




Sempat amek gambar dengan binatang ni ketika nak naik ride Indiana Jones. Amek gambar tak payah bayar apa-apa yer...



Perkara yang ditunggu-tunggu seterusnya, parade lah! Okay, ni sampai saya yang pendek ni duduk atas tembok tinggi sebab nak snap gambar lebih jelas...






Okay next location, It's a Small... Small... World...




Apa ada kat dalam? Let the pictures do the talking...












Habis sudah...


Ride mesti naik seterusnya...juga terbaekkk!


We had so much fun! Sampai tak terdaya nak naik semua rides... Walaupun kaki dah lenguh semacam dengan weather sejuk yang menggigit tulang, kami gagahkan juga kaki ke Disney Village untuk shopping kat Planet Hollywood dan kedai sourvinier. 


Posted in Labels: , | 3 Comments »

3 comments:

Anonymous said...

Hi Zura! I pun nak pg Paris January next year,sure sejuk gila kan? Suka baca blog u,dpt mcm2 tips+tgk gambar korang mmg happening...Blh I tanya mana korang jumpa gloves colour pink yg cantik2 ye? I cari x jumpa langsung...Pastu I suka coat kawan u yg pink tu (bukan yg quilted)...dia beli kat mana ek? I ingat nak beli kat Promod mcm u punya tapi jumpa colour purple,hijau+merah je yg cun...pakai coat promod tu korang layer byk x sbb rasa mcm x tebal sgt je...Btw,gambar korang mmg gorgeous+fun...semua cantik+stylo habis...:)

Zura Ahmad said...

Hi, Anon! Aah January mesti sejuk gilllsss gilerrr punya! I yg pegi March pun dah tak tahan. Kulit melayulah katakan. Ok, gloves pink ada bow, pegi cari kat Ted Baker sekarang! Cantik ok! Rasanya bout RM200++. Kat Nine West ada gloves hitam ada diamente. tu lagi murah rasanya around rm150 after 50% less. Kat FCUK pun ada kaler hitam ada bow dgn piping purple. Kat Zara ada yg material wool, panjang. RM69 rasanya. Kalau I, I would buy wool gloves Zara tu pakai as lining. Pastu layer dgn leather gloves sbb sejuk beb! Pasal coat tu, sebenarnya its not pink, its maroon. and betul, its from Promod. Sama macam trench coat hijau i. Kat Promod skarang tgh best kan? I nampak ada trench coat yellow and orange! Kat Warehouse ada trench coat electric blue priced bout RM600++. Kalau u tengok balik, masa kat Amsterdam yg i layer baju, blazer and trench coat sbb sejuk gila. Kat Paris layer jugak banyak, but not as tebal mcm kat Amstee. Glad u like to read my blog and enjoy Paris!!! I miss Paris :(

sai said...

malam takde fireworks ke?macam kat disneyland hong kong?

www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011