Summer In Beijing

Thursday, August 12, 2010 by Zura Ahmad
I had a wonderful yet funny experience when I was in Beijing, China for 6 days last Aug 4-9. Selain "mengenali" dengan lebih dekat Muslim culture di sini, saya ada agenda tersendiri untuk dilaksanakan sebaik saja tiba di Wilayah Beijing. Cuba teka apa?
 
Grab shirts at Hard Rock for beloved family members, memang acara wajib. Lagi?

Yesza, H&M yo! Lepas letak je luggage kat hotel room, "zassss" terus bergegas ke Qianmen Square. Siapa tak pegi sini memang rugi. Dekat dengan area Tiannamen Square. Masalah bahasa bukanlah penghalang! Caranya? Terpaksa mintak tolong reception tulis address in chinese character. Barulah driver taxi faham nak pegi mana. The funny part was when one of us tunjuk gambar HRC kat taxi driver from his camera (sebagai petunjuk yg kitorg nak pegi situ), taxi driver tu boleh plak amek dan letak kat telinga! Zaman batu ke apa camera dengan phone pun takleh nak beza. LOL! But it was a bit late, around 9pm. So, grab saja apa yang terdaya. Mostly for kids; 3 pairs of boots, socks, accessorise, payung Mickey Mouse comel, shirts, hats, leggings, ... hmmm macam-macam lagi lah! Dengan ini, mission accomplished pada malam pertama di Beijing. Love love love! Baru boleh jalan esoknya dengan senang hati :) 

Antara hasil buruan; H&M, HRC, Silk Market.

Zura was here!

Kalau nak amek gambar best, sewalah pakaian ala pahlawan China di perkarangan masuk Tembok Besar China ni. Harga tak mahal but I can't recall. Tapi tak lebih RM50 duit kita rasanya. Kat sini pun boleh beli "certificate" tau kononnya dah diiktiraf "panjat" tembok terpanjang dunia ni.


 ... dan jangan lupa bawak padlock dan kuncikan "cintamu" di sini :)


 Bila dah sampai kat taman yang redup di Forbidden City, mesti jumpa pelukis ni. Nama pakcik ni Mr Hong Yi. Karyanya dijual pada harga 300 Yuan satu.

Jom makan dulu!

Sepanjang kat sana, banyak jugaklah restoran halal yang saya pegi. But this one A Fun Ti Carnival,restoran halal paling saya suka di Beijing. Makan sedap, tempat cantik, lepas tu siap ada performance setiap 8.00 malam oleh leng chai dan leng loi Muslim Xinjiang yang hensem dan cantik gila! Ok, jom masuk...

Bayangkan sambil makan, diiringi irama lagu ala Arab tapi dinyanyikan dalam bahasa Xinjiang. Memang culturistic habislah! Okay, kalau nak tahu hidangan Xinjiang ni ada influenced Timur Tengah. "Kena" sikit dengan selera kita orang Malaysia berbanding hidangan halal cina tempatan yang tawar hebey. Lepas ni, kalau ke Beijing, makan kat sini hari-hari pun takpe! Mutton skewer dia memang sedap dan boleh diterima untuk orang yang tak makan kambing macam saya.

 "Apakah perasaan cik adik sebagai orang Malaysia bila tiada sambal belacan di sini?" - Nasi Lemak Kopi O TV9.

Sempat bertepuk tampar dengan Mr James Bond (sumpah tu nama dia), pemilik A Fun Ti. Lokasinya? 2 Guaibang Hutong, 188 Chaonei Street.

Aktiviti mesti buat seterusnya, Hutong Tour. Naik beca keliling kampung Hutong. Tasik kat atas ni kalau musim sejuk jadi tempat orang main ski.

 Jakun sekejap tengok electric bus.

Pi Xiu aka baby dragon jade, kononnya "pembawa" rezeki dan diharamkan untuk bawa masuk ke mana-mana kasino di Macau. Takut kasino bankrupt sebab ramai yang akan menang besar! Bought it at 100 Yuan at one of the Jade Factory. Orang lain beli jade, aku pun saja nak beli jugak.
  




Posted in Labels: | 0 Comments »
www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011