La Vallee Village di Val d'Europe

Tuesday, April 5, 2011 by Zura Ahmad
Jangan risau, belum habis lagi kisah Paris. Seperti yang dirancang, kami meninggalkan Eiffel Tower ke La Vallee Village. Caranya, jalan kaki ke Metro station terdekat, Bir Hakeim METRO 6, sebelum tu beli tiket Paris Visite untuk dua hari siap-siap.

Lebih untung beli Paris Visite ni sebab kos tiket lagi murah kerana kedudukan La Vallee Village dan Disneyland ialah di zon 6. Alang-alang nak kedua-dua tempat di hari tersebut dan berikutnya, maknanya kami kena beli tiket dua hari untuk zon 1-6. Harga EUR29.90 maknanya lebih kurang RM130 untuk dua hari. Dua hari ni je lah pun kitorang beli Paris Visite sebab dah buat pengiraan siap-siap, hari2 lain kitorang tak perlu tiket ni sebab kos tiket yang dikira lebih rendah dari harga Paris Visite. Tiket Metro hanya EUR1.70. Bila beli 10 tiket lagi jimat. Lagipun bila penat kitorang hanya ambil teksi jadi rugilah kalau amek Paris Visite sepanjang berada di Paris kalau tak guna sepenuhnya.  

Dari Bir Hakiem, menghala ke Charles de Gaulle Etoile. Berhenti dan interchange ke train RER A menghala ke Marnee La Vallee, berhenti di Val d'Europe. Ingat, bukan berhenti di Marnee La Vallee walaupun nama tempat yang dituju ialah La Vallee Village. Sekali lagi, berhenti di Val d'Europe! Ya, seperti di bawah ni:


Yeay! Akhirnya sampai! Bagitau awal-awal, disebabkan sibuk bershopping gambar pun tak banyak.


 Untuk ke La Vallee Village, kena jalan kaki melalui shopping mall Val d'Europe yang best!



Ada macam-macam butik menarik di La Vallee Village walaupun kawasannya takdelah sebesar mana. Sayangnya Ralph Lauren for adult tengah renovate. Tapi kat sini ada Ralph Lauren kids dan home. Antara outlet lain yang saya suka ialah Longchamp (kat sini memang murah cuma pilihan terhad), Bodum (menyesal tak beli kat sini sebab memang murah gila!), Missoni, Jimmy Choo, Burberry, DVF, D&G, Marni, Hackett... Jangan expect harga baju murah macam kat Bandung yer... Sebab ada juga baju dan kasut di Ralph Lauren Kids yang harganya lebih mahal daripada kat Malaysia.  


Walau apa pun, kitorang lebih enjoy shopping dalam Val d'Europe. Kat sini ada macam-macam butik jugak termasuklah H&M, Zara (ada Zara Kids), kedai bag yang carry brand Longchamp, kedai living yang menarik (masih angau tong sampah cantik dan kerusi) dan ada McDonald. Sampai jalan terseret-seret sebab sakit kaki. Esoknya nak ke Disneyland pulak tu! 

   

. 


Posted in Labels: | 3 Comments »

3 comments:

Unknown said...

seret kaki eventho sampai ke toilet! hahahhahahhaha

Zura Ahmad said...

sebijik mcm pok pok pok, bujang lapok! lol

hanabanana said...

banyak nya shopping, best nye :)

www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011