Percutian Coklat

Saturday, April 23, 2011 by Zura Ahmad

Kalau korang peminat coklat (seperti saya) dan pada masa sama suka travel, nah saya bagi 10 idea lokasi "percutian coklat" yang pasti korang suka...

BRUSSELS: Syurga Coklat

Nama pun "Chocolate Capital of Earth", Belgium sememangnya taman coklat fantasi kerana di sini ada 16 muzium coklat dan lebih 2000 kedai coklat. Sinilah lahirnya Godiva dan Leonidas! Antara banyak-banyak coklat, pralines adalah yang paling popular. The Musee du Cacao et du Chocolate (dekat dengan Grand Place of Brussels) berbaloi untuk dikunjungi jika nak tahu cara pembuatannya dan beli coklat terbaik di Grand Sablon Square.

PARIS: Fashionable Chocolate
 
Culinary hub yang tak asing lagi, Paris sinonim dengan coklat mewahnya. Antara chocolatier terbaik; Christian Constant, pemenang Europe's Grand Prix Chocolate Award 2001. Kedai coklatnya terletak di 6th Arrondissement, di rue Assas - berdekatan dengan Jardin du Luxembourg adalah antara lokasi korang patut highlight ketika di Paris.

NEW YORK: Pencarian Coklat di Bandar Big Apple

NYC adalah di mana terletaknya antara kedai coklat terbaik dunia termasuklah MarieBelle, Chocolate Bar, Richart Design et Chocolate dan Li-Lat. Antara paling terbaik juga ialah The Jacques Torres Chocolate di mana tempat untuk korang nikmati hot chocolate "kow", pastri coklat dan choc-cloaked almonds. Nak lebih lagi? Consider The Luxury Chocolate Tour atau New Cuisine Chocolate Tour untuk "pengembaraan" ke dunia kedai coklat sebenar.   

BARCELONA: Partay, Partay Chocolatay!

Di sinilah "port" chocoholic! Di sini juga tempatnya mesin membuat coklat dibuat ketika abad ke-18. Warisan coklat telah diabadikan di The Museo de La Xocolata, sebuah muzium coklat yang penuh dengan pelbagai figura coklat. Gourmet Brands seperti Antoni Amatller dan Simon Coll asal dari sini. Tak lengkaplah kalau tak visit kedai coklat Chocolates Amatller, Chocolate a la Taza, Fargas, Dulcinea, dan Pasteleria Escriba. Letih nak link, cer google sendiri! ;p 

COLOGNE: Pengembaraan Coklat Hebat!

"Ibu negeri coklat" di Jerman, di mana Cologne ialah hideout Stollwerck Chocolate Company, merupakan supplier coklat kedua terbesar ke US. The Imhoff Stollwerck museum juga dikenali sebagai "Chocolate Museum" meraikan sejarah coklat seluruh dunia dengan pameran interaktif, samples dan chocolate fountain gergasi. Antara lokasi coklat lain yang popular di sini ialah La Maison du Chocolate, Tortchen Tortchen, Weibler Confectionery, Demnitz Chocolaterie, Mama Chocolate dan Leonidas Chocolates.   

BROC: Tiket Emas Ke Kilang Charlie!

Sebutannya bukan "berok" tapi "beghok"! Kilang coklat The Maison Cailler di Broc, Switzerland bagai melangkah masuk ke alam "Charlie and the Chocolate Factory". Kini kepunyaan NestlĂ©, pasti memberi pengalaman selama 45 minit yang menyeronokkan!  
 
 VILLAJOYOSA: Kembali Ke Alam Coklat Silam!

Peliknya bunyi nama tempat ni. Sebutannya ialah "Viyahoyosa" dan satu lagi "Chocolate City" yang terletak di Sepanyol selain Barcelona tadi. Inilah hometown Valor, pembuat coklat paling tua di Sepanyol sejak 1881. Saksikan sendiri proses pembuatan coklat di muziumnya! 

SAN FRANCISCO: Bersantai di Mall Coklat

Peminat fanatik coklat wajib pergi sini. Bukan hanya kerana coklat mewahnya, tapi The Ghirardelli Square ni telah wujud sejak zaman purba lagi - dulunya sebagai kilang coklat Ghirardelli.


OAXACA: Coklat Sepanjang Jalan


Sebut betul-betul... "wa-ha-ka". Tempat asal Mesoamericans yang memberi "hadiah" coklat buat dunia. Ini di Mexico. Luang seharian di 20 de Noviembre street. Aroma coklat yang menusuk hidung pasti buat korang gila membeli berkilo-kilo jenis coklat, La Soledad, Moyordomo, dan Guelaguetza antara pengeluar coklat popular yang boleh didapati di sini.  

LONDON: Kelab Coklat

Selalu ke London atau akan ke London? Singgah di Elizabeth Street, dan melangkah masuk ke The Chocolate Society; butik coklat mewah buatan tangan, antara terbaik di kota London!


Cukup 10 semuanya. Sekarang tekak terasa nak hirup coklat panas sambil gigit coklat bar lah! Kalau korang ada idea atau pernah ke destinasi coklat yang best (seperti menginap di Hershey Hotel. Oh, bestnya!), marilah share di comment box!
Posted in Labels: | 0 Comments »

0 comments:

www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011