Halal Direktori

Sunday, January 30, 2011 by Zura Ahmad
Susah nak cari makanan Halal bukan alasan untuk katakan "tidak" untuk travel di negara bukan Islam. Ada je cara lain, bawak maggie cup, sandwich, roti. Tapi untuk bukak mata korang atau sebagai persiapan untuk lihat restoran Halal atau tempat menjual makanan Halal di segala ceruk dunia, tengok kat website Zabihah.com:

Search nama tempat atau kawasan yang dikehendaki untuk lihat restoran Halal terdekat. Bukan tu saja, siap ada review dan price range untuk jadikan panduan bajet korang. Sekarang lega, di Paris nanti saya dah tau jalan terdekat mana patut dituju jika perut berkeroncong!

Contohnya, di hari keempat nanti saya and the gang banyak habiskan masa di kawasan Latin Quarter. Untuk lunch saya ada pilihan sama ada ke Rue Dauphine untuk restoran Thai Halal atau Rue de Vaugirard untuk restoran Indonesia Halal. Tapi bila baca review restoran Indonesia tu tak cukup authentic. But at least, restoran Thai which is my fave masih ada. Untuk dinner pulak, mungkin ke Boulevard de Sebastopol, dekat dengan area Hotel de Ville pekena Euro Chicken yang mengikut review macam murah dan best. Selamat mencari!    
 
 
.
Posted in Labels: | 0 Comments »

Top 10 Hotel Paling Trendy, Dekat Jer!

Tuesday, January 25, 2011 by Zura Ahmad

Ha! Jangan singgah amek gambar kat depan jer, bila Hard Rock Hotel Penang dinobatkan antara Top 10 Trendiest Hotel in Asia oleh Trip Advisor rugi kalau korang tak pernah rasa sendiri menginap di sini. Me myself, dah dua kali tau! Tapi tetap tak puas dan nak repeat lagi sebab banyak elemen best kat hotel ni yang melekat di hati. 

Antaranya, bilik hotel yang selesa dan walla! dengan tilam empuk buat terasa diri ini ala rock star:



Konsep interior dengan memoribilia menarik sana sini, staff hotel yang sangat friendly, pizza sedap di Pizzeria:

Smoked Turkey Pizza

...live band gempak dan energetik di lobi hotel oleh sekumpulan pakcik, swimming pool best:


...manja diri kat Rock Spa, , hmmm macam-macam lagilah! Memang every angle best untuk snap gambar "Facebook" ;p Untuk yang dah biasa ke Penang, lepak jer sehari suntuk kat dalam hotel. Barulah berbaloi! Sentiasa check out http://penang.hardrockhotels.net/ kot-kot ada promotion best. My tip; pegi bercuti weekdays, orang pun tak ramai dan rate pun murah sikit. 

Lagi gempak kalau dapat stay kat Kings Club Seaview, Seaview Studio Suite, Rock Star Suite dan Kings Suite. Siap dapat akses eksklusif ke Kings Club Lounge, breakfast dari tingkat 6, atas sekali. Tak perlu turun ke Starz Diner. Tapi, tapi , tapi... kalau duduk bilik lain pun boleh jugak but you need to top up RM120++ per room per night dan RM60++ untuk tetamu ketiga. 

Okay, kalau dah cukup teruja bagi yang belum ke sana, bolehlah mula plan percutian yang rock habis! Janji rock!
Posted in Labels: , | 0 Comments »

Semak Status Ke Luar Negara

by Zura Ahmad
Soalan khas buat penghutang tegar PTPTN: Berdebar-debar setiap kali nak ke luar negara? Takut kena tahan sesampainya di pintu imigresen? Sebelum percutian idaman dirosakkan dengan pinjaman silam, baca Bismillah dan check status korang di sini: http://sspi2.imi.gov.my/
Posted in Labels: | 0 Comments »

Backpack Babe

Thursday, January 20, 2011 by Zura Ahmad
Pretty Nylon Knapsack Marc by Marc Jacob
 
Since me and BFF plan nak ke Amsterdam backpacking style, tetiba terbayang Deuter kepam Mr hubby yang tak cantik tu. Oh, tidak! I'm not gonna carry that bag man! Backpacking, backpacking jugak. Nak jugak pakai cantik-cantik. Lagipun bukannya banyak barang pun nak bawak. Pegi dua hari je, so boleh travel light. During Boxing Day sale kat Singapore hari tu, lepas park kereta, terus terjah butik Marc by Marc kat Mandarin Gallery, Orchard Road. Kat situ ada jual quilted knapsack dengan pilihan warna menarik macam dalam gambar atas ni. After less bout RM700++ duit kita. I was tempting to buy, tapi tetap dengan prinsip "puasa" shopping sakan kononnya nak "bukak puasa" shopping kat Paris nanti. So we left the bag. Tapi sebab dah sampai rumah termimpi-mimpi, carilah pulak kat KL. Terkilan sebab KL tak carry knapsack ni. So me and BFF Diot mulalah melilau mata cari knapsack yang cantik di mata kami. 

Finally we found this:

Bag apa ni? Cantik tak? Senyum lebar kitorang bila jumpa quilted knapsack girlish habis in pink karer summore! Now it sounds bimbo & loqlaq. It's from Fiorucci, the Pin Up Collection. Pergi cari kat Robinson The Gardens level atasssss sekali area luggage. They have it in black and dark brown jugak.


I would say this knapsack lagi gempak dari Marc by Marc (okaylah nak sedapkan hati), nak tahu kenapa? 
Cuba tengok compartments dia:

Ada LIMA bahagian; paling depan, tengah yg banyak pockets, the main one, kiri untuk bahagian belakang to place your laptop or iPad dan kanan bahagian tepi ada dua pockets. Kualiti warna gambar tak berapa elok due to camera murahan dan lighting yang tak kena tempat. Tapi warna pink sebenar ialah warna macam dalam gambar terakhir. Hanya RM308, hampir separuh harga Marc by Marc. Dan Diot dengan rakusnya "sapu" luggage set dari collection yang sama, warna yang sama. Dari jauh kat airport orang boleh cam, "Eh, tu Diot!".  

     
Posted in Labels: | 2 Comments »
www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011