Lady Eiffel

Tuesday, March 29, 2011 by Zura Ahmad
Tak sahlah trip Paris kalau tak "panjat" Eiffel Tower ye tak? Tak kira sama ada hanya ke tingkat 1, atau 2 atau terus ke puncak menara. Sebelum apa-apa hal, dinasihatkan belilah tiket siap-siap secara online sebelum menyesal di kemudian hari.  Pagi ketiga di Paris, kitorang ke sini!

 Muka excited!


Dengan adanya digital ticket ni, tak perlu berjanggut beratur. Memang VIP access lah! Harga tiket untuk ke summit Eiffel Tower ialah EUR13.10 seorang terus menaiki lif. Boleh singgah di level 2 dan 1. Satu jer kelemahan beli tiket secara online, pastikan confirmed hari dan waktu nak ke sini sebab ketika proses membeli di internet, kena pilih waktu yang dikehendaki. Maknanya kenalah tiba di sini on time. Kalau tak, puja dari bawah je lah jawabnya. 


Antara "must have" snap shot; bayang-bayang Eiffel Tower. Tip: cari tearsheet siap-siap untuk amek angle menarik Eiffel Tower. Google jer!

I can see my hotel from here! Ingat tak bot-bot depan Novotel tu?

 Puncak Menara Eiffel! 

 Oh, saya ternampak "rumah"! Sob, sob...


Kat atas ni pun ada a few restaurants. You may check out from the website. Bolehlah beromantic dinner kat sini.

Perempuan Melayu Tergedik. Pondan mana belakang tu ntah!

Singgah kedai souvenir, juga di atas menara ni. Harga sama jer dengan kedai kat bawah. Tapi kononnya for the sake of "sentimental value", I bought a few souvenir here. Termasuklah sebotol Extra Virgin Oil Eiffel Tower.



Okay dah, turun, turun! Kita tengok pulak apa ada kat bawah...



Kat bawah ni macam-macam bangsa ada menjual souvenir. Jangan takut! Kalau sebelum ni saya dengar macam-macam benda negatif pasal Parisien. Surprisingly, jangkaan semua meleset. 90% yang saya approached in English bagi respond positive. Yang 10% tu pun sedaya upaya cuba tolong bagi direction. Ada yang siap tegur nak tolong bila nampak saya mula bukak map. Tak kira tua ke muda. Sama jugak ketika di approach pak itam-pak itam di bawah Eiffel Tower ni. Janganlah buat muka kerek kalau tak nak beli, diorang pun cari makan betul tak? Senyum je selalu buat muka kesian, diorang pun akan senyum balik.

Mostly diorang jual mini Eiffel Tower keychain EUR1 for 6pcs. Kat sini memang lebih murah nak dibandingkan kat tempat lain. Jadi, beli jer lah sebelum beredar dari sini. Kitorang siap dapat free gift (extra keychains) sebab beli banyak.


Hah... beruk ni bahaya. Nanti korang tengah feeling-feeling amek gambar tetiba dia menyelit kat belakang, pastu mintak duit sebab kononnya kita amek gambar dengan dia.


Next, shopping di La Vallee Village dan Val D Europe!
Jap, jap... dah alang-alang cerita pasal Eiffel Tower, pada malam terakhir, kitorang sempat camwhoring dengan "Lady Eiffel" buat kesekian kalinya... Uhuk, excuse my baju tido and indoor shoes.

Penat!



Posted in Labels: | 1 Comment »

Mardi Gras di Carnaval de Paris!

by Zura Ahmad

Ha... inilah tempat yang sesuai nak berpakaian macam orang gila macam dalam filem Shopaholic (makcik yang tolak trolley tu). I would say, attending this celebration was the ultimate itenarary sebab celebration ni hanya setahun sekali. Seperti yang telah saya luahkan sebelum ini di sini, its like a dream comes true bila dapat lihat sendiri perarakan warna warni di karnival yang diorganized by MACAQ bermula dari Place Gambetta - Belleville - Republique - Hotel de Ville pada 6 Mac lepas. Maka dengan ini, itenarary padat untuk hari ini 100% successful! Okay, taknak cakap banyak. Let the pictures do the talking...    

     












Posted in Labels: | 3 Comments »

Dari Notre Dame ke Jardin du Luxembourg

Monday, March 28, 2011 by Zura Ahmad
Over minah ni! Oops, saya ada alasan sendiri kenapa outfit masa ni dah macam Lady Gagak. Plan asal, nak pakai baju yang di dalam jer, tapi sebab weather sangat sejuk ya amat (berangan nak pakai lacy dress dgn embellishment gancu pegi Mardi Gras), trench coat yg sepatutnya pakai dengan all black top and bottom terpaksa dipakai juga. Dalam gambar nampak jer panas.

Selepas menikmati dua scoops Berthillon ice cream di Ile Saint-Louis, kami jalan kaki ke Notre Dame yang tak jauh mana pun. Sekali lagi saya paste map dari Berthillon ke Notre Dame. Dari no. 9 ke no. 5. 

       
Antara view yang boleh dilihat sepanjang perjalanan...


My favourite souvenir shop. Ada Eiffel Tower Merci Gustave kat sini and of course its way cheaper here.


Teropong seberang jalan,  tempat kitorang berhenti turun bot tadi.



Yang ni masa tengah jalan kat atas bridge Pont Saint-Louis yang boleh dilihat dalam map di atas. 


Aura-aura spring kelihatan bila ternampak bunga-bungaan di perkarangan Cathedrale Notre Dame.



Kat sini pun banyak kedai souvenir, cafe dan gerai crepe best.



Kitorang tak plan pun nak masuk ke dalam Cathedrale ni. Jadi singgah sekejap amek gambar dan bergegas ke "check point" seterusnya, Rue Bonaparte untuk misi mencari Pierre Herme macaron. Untuk ke sana, kalau ada tenaga kuat berjalan macam kitorang memang takdehal kalau nak berjalan kaki. Maknanya patah balik ke seberang tadi dan berjalan melalui Boulevard Saint-Germain. 




Oh, rupanya di Rue Bonaparte ada cafe Laduree juga. I skipped this one sebab dah pernah rasa. 


Selepas jalan dan berjalan, menempuhi Louis Vuitton dan sebagainya, agak confuse bila sampai di jalan besar. Jadi jangan malu bertanya. Jumpa akhirnya kedai macaron Pierre Herme...



Hamek kau giant macaron! It cost me bout EUR4++ each. Yang kecik pulak EUR1.95 each. Tapi kalau beli  4pcs above kira per gram so it could be cheaper. Oh btw, trillion thanks to Alia for her advice on my Paris itenarary termasuklah part mencuba Pierre Herme macaron ni. Kalau nak Paris trip korang happening, do visit her blog tau! Dan macaron Pierre Herme sememangnya terbaik! I'm brave enough to say this is the best macaron ever, even better than Laduree's. Macaron Laduree mungkin terlalu manis untuk tekak saya. Sampai tak tau beza yang ni flavor apa, ni flavor apa. Tapi terpulang juga pada tekak masing-masing yer.

Seterusnya, kitorang kuatkan semangat jalan lagi ke depan sikit melalui Rue St Sulpice untuk sampai ke taman Jardin du Luxembourg. Mak ai... cantiknya landscape taman ni!!! Kalau dah berbunga mesti lagi cantik!



Nampak tak blocks pokok-pokok tersusun kat belakang tu?







Bila jam dah menunjukkan hampir 7.00pm, kitorang bergegas ke Metro Odeon untuk ke Hotel de Ville. Last stop perayaan Mardi Gras atau lebih dikenali sebagai Carnaval de Paris yang sedang berlangsung pada hari itu! Tak sabar!!!



Posted in Labels: | 2 Comments »
www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011