Dari Notre Dame ke Jardin du Luxembourg

Monday, March 28, 2011 by Zura Ahmad
Over minah ni! Oops, saya ada alasan sendiri kenapa outfit masa ni dah macam Lady Gagak. Plan asal, nak pakai baju yang di dalam jer, tapi sebab weather sangat sejuk ya amat (berangan nak pakai lacy dress dgn embellishment gancu pegi Mardi Gras), trench coat yg sepatutnya pakai dengan all black top and bottom terpaksa dipakai juga. Dalam gambar nampak jer panas.

Selepas menikmati dua scoops Berthillon ice cream di Ile Saint-Louis, kami jalan kaki ke Notre Dame yang tak jauh mana pun. Sekali lagi saya paste map dari Berthillon ke Notre Dame. Dari no. 9 ke no. 5. 

       
Antara view yang boleh dilihat sepanjang perjalanan...


My favourite souvenir shop. Ada Eiffel Tower Merci Gustave kat sini and of course its way cheaper here.


Teropong seberang jalan,  tempat kitorang berhenti turun bot tadi.



Yang ni masa tengah jalan kat atas bridge Pont Saint-Louis yang boleh dilihat dalam map di atas. 


Aura-aura spring kelihatan bila ternampak bunga-bungaan di perkarangan Cathedrale Notre Dame.



Kat sini pun banyak kedai souvenir, cafe dan gerai crepe best.



Kitorang tak plan pun nak masuk ke dalam Cathedrale ni. Jadi singgah sekejap amek gambar dan bergegas ke "check point" seterusnya, Rue Bonaparte untuk misi mencari Pierre Herme macaron. Untuk ke sana, kalau ada tenaga kuat berjalan macam kitorang memang takdehal kalau nak berjalan kaki. Maknanya patah balik ke seberang tadi dan berjalan melalui Boulevard Saint-Germain. 




Oh, rupanya di Rue Bonaparte ada cafe Laduree juga. I skipped this one sebab dah pernah rasa. 


Selepas jalan dan berjalan, menempuhi Louis Vuitton dan sebagainya, agak confuse bila sampai di jalan besar. Jadi jangan malu bertanya. Jumpa akhirnya kedai macaron Pierre Herme...



Hamek kau giant macaron! It cost me bout EUR4++ each. Yang kecik pulak EUR1.95 each. Tapi kalau beli  4pcs above kira per gram so it could be cheaper. Oh btw, trillion thanks to Alia for her advice on my Paris itenarary termasuklah part mencuba Pierre Herme macaron ni. Kalau nak Paris trip korang happening, do visit her blog tau! Dan macaron Pierre Herme sememangnya terbaik! I'm brave enough to say this is the best macaron ever, even better than Laduree's. Macaron Laduree mungkin terlalu manis untuk tekak saya. Sampai tak tau beza yang ni flavor apa, ni flavor apa. Tapi terpulang juga pada tekak masing-masing yer.

Seterusnya, kitorang kuatkan semangat jalan lagi ke depan sikit melalui Rue St Sulpice untuk sampai ke taman Jardin du Luxembourg. Mak ai... cantiknya landscape taman ni!!! Kalau dah berbunga mesti lagi cantik!



Nampak tak blocks pokok-pokok tersusun kat belakang tu?







Bila jam dah menunjukkan hampir 7.00pm, kitorang bergegas ke Metro Odeon untuk ke Hotel de Ville. Last stop perayaan Mardi Gras atau lebih dikenali sebagai Carnaval de Paris yang sedang berlangsung pada hari itu! Tak sabar!!!



Posted in Labels: | 2 Comments »

2 comments:

Shamsul Bahrin b. Zainuzzaman said...

menarik menarik!! macam nak pegi jer baca blog ni...

Alia GLM said...

Memang Pierre Hermé lagi sedap! Good girl :p

www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011