Novotel Tour Eiffel

Tuesday, March 22, 2011 by Zura Ahmad


Eh, eh, eh... bukan, bukan, bukan! Kitorang bukan kat New York! Well, bimbo and loqlaq like us memang pantang asyik nak bercamwhoring 24/7. Tak sempat-sempat amek gambar background Eiffel Tower dah berlari-lari ke mini Statue of Liberty ni. Tapi takpe, statue ni kan pemberian tanda persahabatan daripada rakyat Perancis kepada rakyat Amerika sebagai simbol demokrasi. Jadi, ada kene-mengena France jugaklah! Cewah, ada je alasan kan? Okay, sambung-sambung...


Selepas drama nyaris terlepas flight sekitar 14 jam sebelumnya (tak nak ingat, tak nak ingat), akhirnya! Sampai jugak kitorang kat Novotel Eiffel Tower, terletak di Quai de Grenelle (sebutan Quai adalah "Keh") about 10 min walk to Menara Eiffel. We stayed here sepanjang berada di Paris for 6 nights. To get there, we took a cab from Orly Airport. Cab fee takdelah mahal seperti yang disangka. Dari Orly Airport ke hotel ni kurang daripada EUR30. Kira okaylah tu! Bahagi tiga orang per cab, baru EUR10 sorang. Relevant apa!


The view of Seine River from our room. Seluas mata memandang. Kat depan sana tu building France Radio. Bawah tu bot-bot Bateaux Mouches yang membawa tourists pusing-pusing keliling Paris melalui Seine River. Itu kita cerita nanti. Apa yang best kat hotel ni? Lokasi strategik, hotel cantik, bersih dan staff friendly habis! In fact, I still remember their names, Mathilde dan Mathilde. Hehehhehe... Lagi dua orang Indian and Japanese tu lupa nama dia. Mathilde tu staff baru. Communication bagus, layanan bagus, faham bahasa (faham apa yang kita nak dan tanya). Takdelah macam ayam dengan itik like what I experienced in Beijing's hotel.
 My room was at level 16, paling tepi so boleh nampak building sebelah yang ala-ala Du Lourve inspired. It's a Superior Room with one queensize bed and sofa. Agak spacious so boleh "bentang" hasil shopping untuk disumbat kembali ke dalam luggage yang dah sedia sendat. In room internet free, WiFi boleh access kat lobby.

Smoked salmon, kentang goreng, scrambled eggs, croissant with nutella and cherry jam, cherry yogurt, peach juice sedap antara menu harian ketika breakfast. Frankly, saya tak pernah jemu. Tu yang naik 5 kilo balik KL! 


Bergantung kepada perancangan masing-masing. Tapi kalau nak penginapan yang selesa dan dekat dengan Eiffel Tower untuk sedap mata memandang (dah kata kat Paris, mestilah best bila keluar hotel jer nampak Eiffel Tower kan?), check out Novotel Tour Eiffel

61, Quai de Grenelle

METRO:
Charles Michels
Bir Hakeim
Posted in Labels: , | 0 Comments »

0 comments:

www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011