La Grande Mosquee de Paris

Friday, March 25, 2011 by Zura Ahmad


Google Image

Sengaja tak plan apa-apa untuk hari pertama sebab nak ikut kesesuaian masa. Antara pilihan sama ada nak ke Palais de Tokyo, lepak di Montmarte tapi hari dah lewat atau ke "moski" (mosquee) masjid besar di Paris. Bincang punya bincang, ke masjid jawabnya! Masjid cantik ni terletak di Arrondissement 5th, dekat dengan Jardin des Plantes. Boleh dinner terus kat halal Restaurant du Hammam de la Mosquee attached dengan masjid ni memandangkan hari pun dah lewat petang. Ya, sebuah restoran dan juga hammam atau spa. Kalau banyak masa, teringin jugak nak try Turkish bath kat sini. Kengkawan bujang (dan yang tak bujang, ehem...) semakin teruja bila sampai depan masjid kami "disambut" mamat Spanish, Muslim dan hensem ;p   

Disebabkan kebuluran, kitorang decided makan malam dulu...


Ni snapped siap-siap, EUR58 (kira-kira RM250) untuk one session of Turkish bath siap dengan makan lagi! Phone number pun dah ada, apa lagi buatlah appointment!


We had "kuskus" (couscous) bersama ayam dan lamb skewer yang dihidang bersama kuah ala-ala dahl, kismis, kekacang, penuh semeja. Kalau tak silaplah, satu set couscous dengan ayam sekitar EUR16. Oh, mint tea dia sangat sedap!    


Wajah-wajah kepenatan dan kebuluran. Ambience kat sini memang boleh tangkap lentok macam nak tidur jer terus sampai pagi esok. Tak percaya tengok ni:





Kalau kulit biawak tahan angin sejuk nak lepak kat luar ni pun best.    


Kaunter manisan terletak di hadapan, in between restoran dengan hammam. 


Bila dah kenyang, barulah patah balik ke masjid. Sayangnya, masjid dah tutup!!! La... ingatkan bukak 24 jam. My bad sebab tak tanya dulu kat mamat kacak lagi menawan tadi. Takde rezeki nak tengok sendiri keindahan dalam masjid yang nampak cantik dalam internet :(

39, Rue Geoffroy Saint-Hilaire

METRO:
Censier Daubenton (460 m)
Place Monge (468 m)
M├ętro Saint Marcel (672 m)  
 
Posted in Labels: | 0 Comments »

0 comments:

www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011