Meet Craig

Monday, September 12, 2011 by Zura Ahmad
Siapa Craig aka Khairul (konon nama manja Malaysianya)? Ha... kalau nak tahu kisah hebatnya hitch-hiking dari Turkey hingga ke Malaysia, jom kita baca di travel blog mamat Jerman ni www.thumbingasia.blogspot.com. Craig yang fasih berbahasa Melayu ni sangat kelakar orangnya. We met once at AirAsia buka puasa event Ramadhan lalu dan sempat jugak dia share pengalaman gempaknya menumpang kenderaan orang dari satu tempat ke satu tempat sehinggalah ke Shah Alam. Kisah perjalanannya juga ada dikeluarkan di Utusan Malaysia baru-baru ini...


p/s: Teringat cerita kelakar Euro Trip!
Posted in Labels: | 0 Comments »

"The Beach"

Wednesday, September 7, 2011 by Zura Ahmad
google image

I was here in Aug 2008. Gara-gara setahun sebelum tu tengok cerita The Beach lakonan Leonardo Di Caprio, saya mencari-cari kalau possible untuk saya sampai di Maya Bay, Koh Phi Phi, Krabi ni. Research punya research, masa tu sangatlah tak sangka AirAsia ada terbang ke Krabi. Itu cerita tiga tahun lepas. Saya jatuh cinta dengan Krabi. Sebab itu saya suka recommend kengkawan supaya pergi bercuti ke sana. Dan disebabkan itu juga saya dah share lebih 10 teman di FB sebab saya asyik dijadikan reference bila mereka rancang bercuti di Krabi. Penat tau cut paste cut paste dari inbox. Jadi kat bawah ni saya dah cut and paste contoh itenarary untuk 4h3m supaya senang saya suruh mereka rujuk saja di blog ni :) 


Krabi
Babe, u cuba adapt itenarary yg i dah buat kat bwh ni:

bajet tu depends on ow many days nak pegi. But I would say below RM1000 for 4d3n overall. Maybe u can adapt the itenarary below mcm last time kitorg pegi:

Check out hotel ni www.royalnakara.com. Located at Ao Nang beach. You can imagine Krabi ni kononnya mcm PD, pastu Ao Nang beach ni kononnya Pantai Teluk Kemang.

You may ask Ms Parichat at reservation@royalnakara.com for the rate. You can also ask her for the transportation. Mintak driver muslim so senang nak pegi makan.

Recommended Itenarary:

1st day -

Check in hotel, makan malam n jalan2 kat area Ao Nang. Halal food senang je nak cari, u can ask the hotel receptionist n even some of the staffs are muslim. Malam ni you n partner can go for body massage/reflexology etc. Body massage dia murah gila dalam RM25 per hour! You boleh jalan sepanjang jalan Ao Nang tu utk pilih massage centre. Kat situ pun ada bazaar if u wanna get sourviniers, t shirts...

2nd day - The Beach

Pagi ni you boleh amek pakej tour to Koh Phi Phi. Sorang kene bayar dalam RM120. Pakej ni termasuklah boat yg akan bawa you to Koh Phi Phi and Pulau sekitar, snorkelling and halal food lunch buffet. Kat Koh Phi Phi ni ramai Muslim. Buffet pun not bad sedap. Koh Phi Phi ni terletak di antara Krabi and Phuket. So ramai jugak tourist dari Phuket yang akan ke sini dan lunch sama2. Masa ni diaorg akan bawak you pergi Maya Bay, scene dalam film The Beach yg Leonardo Di Caprio berlakon tu!

3rd day - Jungle Discovery

You amek pakej ke hutan pula! Best! Rate pun tak silap sama dalam RM120 seorang. Termasuk lunch, transport. Dia akan bawak you pegi EMerald Pool, Hot Spring dgn Tiger Temple kalau tak silap. Tapi bayaran masuk ke tempat2 ni you kene bayar. Kalau tak silap RM15 kot sorang. Tip nak masuk free: Pegi after 5pm, guard yg jaga pintu tu dah balik rumah. Tp mmg tak sempat kalau nak tunggu petang sgt.

4th day - Town

Kalau u larat nak amek pakej lagi utk berkayak ke pulau2 berdekatan mcm Hong Island, Poda Island boleh teruskan amek pakej yg harga pun sama rasanya RM120 sorang. Tapi kalau dah letih, u can jalan2 kat Railay beach. Pantai kat sini cantik. Terletak bersebelahan dgn Ao Nang. Pastu sambung ke town Krabi pulak utk sesi shopping. Kat sini murah sket kalau nak shopping and ask them kalau ada pasar malam yg ada jual baju2.

5th day - Balik.

utk pakej u boleh compare dgn ejen kat Krabi ni. Maybe u boleh minta kurang kat this girl named Patty. Ni website dia http://www.krabitours.com/

Pastu kalau you nak tau lagi review n pix pasal Krabi, check out this website:

http://www.krabi-beach-lover.com/
The Royal Nakara - Ao Nang Krabi Thailand
www.royalnakara.com
The Royal Nakara - Ao Nang Krabi Thailand
Posted in Labels: | 6 Comments »

Keropok Lekor Review

Monday, September 5, 2011 by Zura Ahmad
Dah alang-alang ke Kuala Terengganu raya lalu, shopping keropok lekor is a must. Terbaru, saya terdengar keropok lekor BTB (Bukit Tok Beng) dekat Seberang Takir di Kuala Terengganu antara yang sedap kala ini (siap kena amek nombor giliran u olls). Tapi sayangnya hari itu hari Jumaat, jadi kaunter keropok lekor BTB tutup lah pulok!

Kalau nak tahu keropok kat mana lebih sedap, saya lebih suka yang terjual di tepi jalan nun jauh di Kemaman (depan sikit selepas Shell jika menuju ke KL). Keropok cap teratai memang sedap!

Memandangkan di musim raya kemungkinan gerai tutup adalah tinggi, jadi saya ke Losong, juga terletak di Kuala Terengganu. Saja beli jugak keropok kat situ untuk kengkawan dan officemates walaupun penduduk tempatan mengatakan keropok Losong dah tak berapa "kaw" leng ning (hari ni). Satu gerai jer yang selalu saya singgah selama ni, iaitu Gerai Kak Yah. Tapi tak tahu kenapa gerai ni semakin suram, tak happening macam dulu, beratur panjang. Ada sebuah gerai bernama Adnan pula yang dipenuhi orang. So, Ive decided to try out keropok yang dah digoreng di setiap gerai yang ada (dan dibuka pada hari itu).

Lapan gerai saya singgah iaitu Kak Yah, Kak Mek, Ori, Rohayati, Zah (Zan), Kedai Kita, Paksu dan Warisan 14. Yang lain-lain tidak tercuba sama ada kedai tu tutup atau diorang tak jual keropok yang dah disiap goreng. Kunyah punya kunyah satu persatu, saya dapati Kak Yah, Warisan 14 dan Paksu antara yang boleh dikatakan enak. Tapi saya kecewa dengan sos cili yang tak sedap. Kenapa agaknya ya?

I was lucky, gerai keropok di Kemaman buka pada hari itu. Memang lebih sedap, sosnya juga!  




   
Posted in Labels: | 2 Comments »
www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011