Keropok Lekor Review

Monday, September 5, 2011 by Zura Ahmad
Dah alang-alang ke Kuala Terengganu raya lalu, shopping keropok lekor is a must. Terbaru, saya terdengar keropok lekor BTB (Bukit Tok Beng) dekat Seberang Takir di Kuala Terengganu antara yang sedap kala ini (siap kena amek nombor giliran u olls). Tapi sayangnya hari itu hari Jumaat, jadi kaunter keropok lekor BTB tutup lah pulok!

Kalau nak tahu keropok kat mana lebih sedap, saya lebih suka yang terjual di tepi jalan nun jauh di Kemaman (depan sikit selepas Shell jika menuju ke KL). Keropok cap teratai memang sedap!

Memandangkan di musim raya kemungkinan gerai tutup adalah tinggi, jadi saya ke Losong, juga terletak di Kuala Terengganu. Saja beli jugak keropok kat situ untuk kengkawan dan officemates walaupun penduduk tempatan mengatakan keropok Losong dah tak berapa "kaw" leng ning (hari ni). Satu gerai jer yang selalu saya singgah selama ni, iaitu Gerai Kak Yah. Tapi tak tahu kenapa gerai ni semakin suram, tak happening macam dulu, beratur panjang. Ada sebuah gerai bernama Adnan pula yang dipenuhi orang. So, Ive decided to try out keropok yang dah digoreng di setiap gerai yang ada (dan dibuka pada hari itu).

Lapan gerai saya singgah iaitu Kak Yah, Kak Mek, Ori, Rohayati, Zah (Zan), Kedai Kita, Paksu dan Warisan 14. Yang lain-lain tidak tercuba sama ada kedai tu tutup atau diorang tak jual keropok yang dah disiap goreng. Kunyah punya kunyah satu persatu, saya dapati Kak Yah, Warisan 14 dan Paksu antara yang boleh dikatakan enak. Tapi saya kecewa dengan sos cili yang tak sedap. Kenapa agaknya ya?

I was lucky, gerai keropok di Kemaman buka pada hari itu. Memang lebih sedap, sosnya juga!  




   
Posted in Labels: | 2 Comments »

2 comments:

JHaZKiTaRo said...

salam kenal.. kalau nak baca my experience mengembara ke 46 buah negara, jemput berkunjung ke my blog.. :)

Zura Ahmad said...

Salam kenal, sure thing! :)

www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011