Bangkok Sebelum Banjir

Saturday, December 17, 2011 by Zura Ahmad
 

Mungkin ketika posting story ni, banjir di kota Bangkok sudah pun surut. Kini bila kerja di office pun dah "surut" barulah saya boleh klik "New Post" dan sambung berkongsi kisah jalan-jalan saya yang seterusnya.

Oktober lalu, bila kawan saya Azri dari Universal Music hantar jemputan ke Bangkok untuk menyaksikan showcase David Garrett  (alah... si violinist seksi tu!), saya terus katakan "Yes!". Satu, sebab dapat jumpa pemain violin paling pantas di dunia, satu lagi sebab saya dah mula mengidam dan rindukan Tom Yam Farida Fatornee sejak kebelakangan itu. Nak tengok pic saya dengan Garrett tak? Hehehe...

 
Yes, he's freaking tall! Saya yang memang dah sedia pendek dah macam midget pulak.

Berbalik kepada cerita Tom Yam... itu sebenarnya yang saya nak cerita. Antara banyak-banyak restoran Halal di Bangkok, kedai sempoi Farida Fatornee ni jugak terbaek! Sebabnya, murah dan sedap. Disebabkan saya pun dah selalu makan kat situ, boleh call jer Kun Farida dan order lauk siap-siap. Saya dah snapkan phone number untuk u olls...


Lokasinya, cakap kat taxi driver nak pegi Petchaburi Road (sebutan Petchabuli Load), Soi 7 (sebutan Soi Jet yang bermakna Lorong 7), dekat dengan Masjid Darul Aman. Beberapa pintu dengan Restoran Mak Yah. Baca review di sini.

I loveeeee Bangkok! Kemestian ke Platinum Mall dari pagi sampai ke petang, kalau tak showcase David Garrett punya hal, sampai ke malam pun takde hal! Malam pertama, jalan-jalan sambil mendapatkan urutan first class di Pat Pong dengan hanya THB280 sejam! Lebih kurang RM28 jer! Sambung lagi shopping dari peniaga kaki lima, dan habuannya...


 Peeptoes ala Louboutin at only THB350! Sekali lagi, RM35 jer!!! Yang penting outsole kaler merah okay! Jalan punya jalan kat pasar malam Pat Pong ala Petaling Street tu, "ter"laga bahu dengan si mamat violinist tu pulak! Oopsie! Hehehe...

Malam seterusnya, saya dan kengkawan lain lepak-lepak di Khao San Road. Kat sini hotspot mat salleh. Oleh kerana terlampau banyak tempat minum kat sini, bar-hopping lah kami.


 Tapi minuman "virgin" lebih mahal dari beralkohol. I need to top up THB50 untuk Mojito yang berharga THB80. Baru sekitar RM13! Masih belum mahal kalau kat KL ;p

Lagi, antara gerai yang menarik perhatian saya ialah...



Terus teringat kat Andrew Zimmern! Nak amek gambar pun kena bayar THB10! Did I try? Yes, I did! Tapi gigit kaki belalang jer... Tak sanggup nak telan perut lipas! Euuwww!!!

Last but not least, penginapan kali ni ialah di Hansar Hotel, terletak di Rajdamri Road. Belakang Four Seasons Hotel. Hotel ini turut memenangi Best Boutique City Hotel dari World Boutique Hotel Awards (UK). Silakan cuci mata sebelum decide menginap di sini...









Pending story; water chalets, (Golden Palm Tree & Avillion) dan Singapore lagi!
Posted in Labels: , | 3 Comments »
www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011