UK 2013 1/10: Avis UK - Sewa Kereta di London dan Memandu di United Kingdom

Saturday, August 31, 2013 by Zura Ahmad

Hai....... okay mood nak menaip dah datang. Jom saya mulakan cerita pengalaman menyewa dan memandu kereta dari Heathrow Airport sampai Fort William nun hujung Scotland. Informasi pertama yang perlu dketahui ialah United Kingdom atau Great Britain adalah sebuah negara yang mempunyai 4 negeri iaitu England, Scotland, Ireland dan Wales. Oleh kerana 14 hari agak suntuk untuk jelajah keempat-empat negeri, kami akhirnya buat keputusan hanya ke sebahagian England dan Scotland. 14 hari memang tak cukup! Route saya seperti di bawah:

A/J - Heathrow/London, England
B - Nottingham, England
C - York, England
D - Edinburgh, Scotland
E - Fort William, Scotland
F - Lake District, Cumbria, England
G - Liverpool, England
H - Manchester, England
I - Oxford, England
J - London


Self achievement. Semenanjung Malaysia pun tak drive pusing sejauh ni. 11 hari menyewa kereta terusdari Avis UK. Mengikut nasihat kawan, reputasi Avis lebih trusted than other car hire companies. Lagipun Avis ni ada banyak branch and we may pick up and return the car di lokasi berlainan. Mengikut nasihat kawan lagi, booking kereta dari Avis.com.my (Avis Malaysia) lebih murah walaupun ia bukan untuk sewaan kereta di Malaysia compare to Avis.com atau Avis.co.uk. Setelah berkali-kali klik, memang betul. Boleh book dan bayar di sana, atau bayar terus dengan harga lagi murah. Jadi saya pilih untuk bayar terus. Tapi entah kenapa bila nak bayar, tersangkut pulak. Bukak dan check semula rate di web Avis UK memang lebih mahal. Saya cuba hubungi Avis Malaysia tapi macam tak membantu. 

So saya pun buka FB, cari Avis UK kemudian saya inbox mereka berkenaan masalah saya. Segera dibalas Mr. Dan yang mengendali Avis Social Media. Mr Dan tawarkan khidmat untuk dia menelefon saya untuk buat booking terus melalui telefon. Saya pun apa lagi, setujulah tak payah bayar bil mahal telefon oversea! Melalui telefon, Mr Dan yang sangat efisyen cuba bantu saya dapatkan rate terbaik seperti yang saya berjaya dapat di web Avis Malaysia. Alhamdulillah, walaupun rate lebih RM100 dari yang asal, ia tetap jauh lebih murah berbanding saya book sendiri. Plus, saya request nak kereta diesel supaya lebih jimat nanti. Masa ni awal musim panas jadi rate tidak setinggi di pertengahan musim panas. Rate untuk 11 hari yang berjaya saya dapatkan dengan bayar terus ialah 417.01Pound. Bahagi empat orang bersamaan 104.25 Pound seorang. Dari 30 May sehingga 10 Jun. Boleh guna Enrich membership no untuk diskaun ketika buat booking di web Avis Malaysia. Please also note kena stand by credit card untuk deposit USD100 ketika mengambil kereta.

Lagi apa yang perlu tahu sebelum memandu di UK?

1. Lesen antarabangsa boleh dibuat di JPJ dengan harga RM150 untuk tempoh laku setahun. Terus ke kaunter dan jangan lupa bawa 2 keping gambar berukuran passport. Lesen ini laku di hampir kesemua negara. Yes, bayar je, takde ujian apa-apa.

2. GPS. Paling penting! Poskod di UK adalah spesifik. Contohnya bila taip poskod "W1C 1LF" di GPS akan bawa saya terus ke Oxford Street dan saya hanya perlu cari nombor kedai saja. Memang senang, Ada je poskod, GPS akan bawa terus sampai di lokasi, hanya perlu cari nombor unit rumah/kedai etc. GPS boleh disewa ketika ambil kereta di Avis dengan harga sekitar RM600 untuk tempoh 11 hari. Kalau boleh pinjam sesiapa lagi bagus, cuma tahap konsistennya fungsi GPS kalau bukan dari UK tu tak pasti. 

3. Tiada tol di sepanjang perjalanan, cuma ketika masuk London kena bayar congestion charge. Untungnya saya masuk London hari Ahad dan tiada caj dikenakan. 

4. Keselesaan amat penting bagi saya. Jadi untuk empat orang yang membawa luggage bersaiz besar setiap seorang, saya pilih kereta manual dari Group G yang dikategorikan sebagai Estate/Station Wagon Large (e.g. Peugeot 308 SW or similar). I was lucky, dapat kereta diesel dan hybrid. Jumlah kos diesel sepanjang 11 hari sekitar RM800. Bahagi empat orang bersamaan RM200 seorang. Berbaloi dan lebih murah daripada naik bas/train dan terpaksa tarik beg yang bukan seorang satu!



5. Lagi mengenai keselesaan dan kemudahan. Untuk elak berangkut beg naik turun tube, saya pilih lokasi ambil kereta di Heathrow. Kemudian pulangkan di Westfield Shopping Centre di Central London (sebab centre ni paling dekat dengan tube dan tak jauh tempat saya menginap iaitu di Paddington). Bila tiba, ada shuttle bus Avis yang menunggu di luar airport untuk bawa ke Avis Centre Heathrow Airport T1,2,3,4. Saya pulangkan kereta sehari selepas tiba di London. Tiba hari Ahad dan pulangkan pagi Isnin sebab Avis di Westfield Shopping Centre ni tutup pukul 6ptg kalau tak silap. Jangan lupa isi minyak penuh sebelum pulangkan kereta semula.

Avis Shuttle Heathrow T1,2,3,4

6. Petrol atau diesel? Mulanya agak suspen berapa agaknya kos sepanjang percutian disebabkan harga minyak di sana tak sama setiap hari dan tak sama di setiap stesen minyak. Diesel kelihatan lebih mahal dari petrol namun ia lebih tahan lama dan menjimatkan. Seperti yang dikatakan di atas tadi, kos minyak diesel sepanjang perjalanan memandu kereta sewa manual, diesel dan hibrid ini adalah sekitar RM800. Kami bahagikan kepada empat orang, jadi hanya RM200 seorang!

Off topic: Cadbury chocolate kat petrol pump jugak lebih murah walaupun dibandingkan di Outlet Village. Kalau terjumpa 3 coklat for 1 Pound tu beli je lah tak payah fikir dua kali!

Next, Nottingham!  


    


#TravelistahUKTour2013 Accomplished!

Saturday, June 15, 2013 by Zura Ahmad

Hello, hello, hello! I did it! We did it! Yeah! Gambar steam train The Jacobite meniti the infamous Glenfinnan Viaduct (terbayang-bayang Harry Potter kejar train ke Hogwarts dengan kereta terbang) di atas diambil oleh my travel partner Emmy Agung, dan semestinya saya di belakang dia! Penat dua minggu bercuti di UK tak hilang lagi, jadi update official terpaksa ditunda dahulu. For more teaser of the trip boleh follow atau dilihat di Instagram saya @zuraahmad atau hashtag #TravelistahUKTour2013. My travel plan kali ni boleh dikatakan 99% silky smooth! Semuanya atas kerjasama you, you and you! Thank you! Alhamdulillah...
Posted in | 2 Comments »

30 Days Until UK Spring/Summer Tour!

Wednesday, May 1, 2013 by Zura Ahmad

The Jacobite aka Hogwarts Express - The greatest railway journey in the world in all its glory. Guess what? Kami dah beli tiketttt!!! Choo choo...

Sebulan je lagi tak lama. Next week ill be leaving to Indonesia for business trip, balik KL ada dua minggu lagi untuk siapkan kerja bertimbun for July issue until UK trip. Teruja gambar locomotive steam train di atas? Yes, yes, yes! Menaiki train purba Harry Potter ini yang pernah datang dalam mimpi saya (sumpah!) antara itinerary yang akan menjadi epik dalam percutian kami nanti! Siapa "kami" untuk trip kali ini? My travel partner kali ni tak lain tak bukan Emmy (dari tahun lepas we were talking nak pegi UK sama-sama, menjadi jugak!) and he'll bring along his parents sempena wedding anniversary mereka. How sweet anak mithali :)

Bila dah ada orang tua in the group, pastinya I need to plan carefully supaya trip ni bukan trip yg terkejar2 ala-ala backpackers. Accommodations juga mesti selesa and we decided to rent a wagon from Avis. Memang taklah nak bajet RM5k termasuk flight tix, somehow memang possible sebenarnya, RM5k (tmasuk flight tix RM2500 return) for 2 weeks. Kalau pilih accommodation paling murah and sewa kereta paling kecik (tapi kene travel light sbb luggage besar x muat nak sumbat dalam car booth). Bajet ini possible jika travel seramai 4 orang. 

What to wear? 30 May - 12 June, 14 days spring nak ke summer jadi baju pun tak perlu nak tebal-tebal kecuali kat Scottish Highland nanti. Maybe I just need one or two nice tweed jackets and wellies. Y cakap tak payah over nak pakai gloves, trench coats bagai, buat kene gelak depa pakai seluar pendek je. Tapi saya memang tak tahan sejukkk... 

30 days to go, 7 penginapan thematic hotels & cool apartment dah booked (booking.com awesome!), 2 malam bermalam kat rumah kawan kat Notts (tq M!) tiket penting dah beli, rental Avis dah bayar (tq Dan for assisting me via phone call all the way from Barcelona), GPS UK kawan bagi pinjam (tq Y!), passport dah renew, international licence dah buat (RM150 utk setahun), camera replacement kawan sudi pinjamkan (tq L! tq F!), duit separuh dah tukar (current rate at 4.76 opposite Bangsar Village 2 sama row Papparich), hmmm rasanya 80% dah ready, dan London, we just go with the flow, act like a local. Can't wait! Can't wait!     

50 Days Until United Kingdom!

Wednesday, April 10, 2013 by Zura Ahmad
Photo: SXC.HU/Steve Knight


I would say this coming 14 days UK tour dirancang dalam masa singkat. Ini ialah kali pertama saya ke UK, malangnya time-time nilah kawan rapat semua dah balik Malaysia, balik for good, balik cuti dan bermakna I have to find places to stay and luckily I won't be alone (saat-saat terakhir ada travel partner sekaligus dapat takhta jadi tour guide seperti biasa). We have same mission, tapi tajuk official percutian ke UK kali ini masih menjadi rahsia. Korang agak? ;p

14 hari di UK, 10 lokasi yang akan dijelajah adalah seperti yang ditanda pada map di atas:

LONDON - NOTTINGHAM - GOATHLAND - EDINBURGH - FORT WILLIAM - LAKE DISTRICT - LIVERPOOL - MANCHESTER - OXFORD - LONDON

Alhamdulillah semua dirancang baik, and guess what? I'll be driving to all the places! Seperti di Paris dulu, purposely tak highlight sangat tourist spot yang terlalu commercial, I like hidden gems, something unique, exclusive, something somewhere yang tak ramai orang tahu, tak banyak exposure dan tak sama macam gambar orang lain pergi UK. Lagi2 kat tempat sama. Lagi2 sama.

Mengikut pengiraan Google Map, kesemua jarak lokasi ini berjumlah 1,180 miles, 23 jam 25 minit (tak termasuk jalan-jalan sekitar lokasi). Menurut www.fuel-economy.co.uk minyak kereta akan menelan kos sekitar GBP148.52 ( x 4.80 = RM712.90).


Sewaan kereta (ketika ke luar dari London) pula menelan belanja sekitar RM700++ jika bayar in advance secara online di Avis.com.my. So basically bajet kereta dan minyak cincai RM2000 untuk 10 hari. Tak termasuk tol. Kenapa memandu? Kerana taknak susah payah turun naik keretapi/bas dan boleh berhenti enjoy scenery/attraction/ke WC bila2 masa di mana jua. Saya akan bersama dengan tiga lagi individu untuk trip ini, so RM2000 bahagi 4 = RM500 sorang untuk ke 10 tempat luar London ni, okaylah kan? Pending penginapan 2 lokasi je lagi. Harap-harap misi bajet RM5000 untuk perbelanjaan wajib - flight tix, penginapan dan pengangkutan jadi kenyataan. Stay tune untuk update seterusnya!



www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011