UK 2013 1/10: Avis UK - Sewa Kereta di London dan Memandu di United Kingdom

Saturday, August 31, 2013 by Zura Ahmad

Hai....... okay mood nak menaip dah datang. Jom saya mulakan cerita pengalaman menyewa dan memandu kereta dari Heathrow Airport sampai Fort William nun hujung Scotland. Informasi pertama yang perlu dketahui ialah United Kingdom atau Great Britain adalah sebuah negara yang mempunyai 4 negeri iaitu England, Scotland, Ireland dan Wales. Oleh kerana 14 hari agak suntuk untuk jelajah keempat-empat negeri, kami akhirnya buat keputusan hanya ke sebahagian England dan Scotland. 14 hari memang tak cukup! Route saya seperti di bawah:

A/J - Heathrow/London, England
B - Nottingham, England
C - York, England
D - Edinburgh, Scotland
E - Fort William, Scotland
F - Lake District, Cumbria, England
G - Liverpool, England
H - Manchester, England
I - Oxford, England
J - London


Self achievement. Semenanjung Malaysia pun tak drive pusing sejauh ni. 11 hari menyewa kereta terusdari Avis UK. Mengikut nasihat kawan, reputasi Avis lebih trusted than other car hire companies. Lagipun Avis ni ada banyak branch and we may pick up and return the car di lokasi berlainan. Mengikut nasihat kawan lagi, booking kereta dari Avis.com.my (Avis Malaysia) lebih murah walaupun ia bukan untuk sewaan kereta di Malaysia compare to Avis.com atau Avis.co.uk. Setelah berkali-kali klik, memang betul. Boleh book dan bayar di sana, atau bayar terus dengan harga lagi murah. Jadi saya pilih untuk bayar terus. Tapi entah kenapa bila nak bayar, tersangkut pulak. Bukak dan check semula rate di web Avis UK memang lebih mahal. Saya cuba hubungi Avis Malaysia tapi macam tak membantu. 

So saya pun buka FB, cari Avis UK kemudian saya inbox mereka berkenaan masalah saya. Segera dibalas Mr. Dan yang mengendali Avis Social Media. Mr Dan tawarkan khidmat untuk dia menelefon saya untuk buat booking terus melalui telefon. Saya pun apa lagi, setujulah tak payah bayar bil mahal telefon oversea! Melalui telefon, Mr Dan yang sangat efisyen cuba bantu saya dapatkan rate terbaik seperti yang saya berjaya dapat di web Avis Malaysia. Alhamdulillah, walaupun rate lebih RM100 dari yang asal, ia tetap jauh lebih murah berbanding saya book sendiri. Plus, saya request nak kereta diesel supaya lebih jimat nanti. Masa ni awal musim panas jadi rate tidak setinggi di pertengahan musim panas. Rate untuk 11 hari yang berjaya saya dapatkan dengan bayar terus ialah 417.01Pound. Bahagi empat orang bersamaan 104.25 Pound seorang. Dari 30 May sehingga 10 Jun. Boleh guna Enrich membership no untuk diskaun ketika buat booking di web Avis Malaysia. Please also note kena stand by credit card untuk deposit USD100 ketika mengambil kereta.

Lagi apa yang perlu tahu sebelum memandu di UK?

1. Lesen antarabangsa boleh dibuat di JPJ dengan harga RM150 untuk tempoh laku setahun. Terus ke kaunter dan jangan lupa bawa 2 keping gambar berukuran passport. Lesen ini laku di hampir kesemua negara. Yes, bayar je, takde ujian apa-apa.

2. GPS. Paling penting! Poskod di UK adalah spesifik. Contohnya bila taip poskod "W1C 1LF" di GPS akan bawa saya terus ke Oxford Street dan saya hanya perlu cari nombor kedai saja. Memang senang, Ada je poskod, GPS akan bawa terus sampai di lokasi, hanya perlu cari nombor unit rumah/kedai etc. GPS boleh disewa ketika ambil kereta di Avis dengan harga sekitar RM600 untuk tempoh 11 hari. Kalau boleh pinjam sesiapa lagi bagus, cuma tahap konsistennya fungsi GPS kalau bukan dari UK tu tak pasti. 

3. Tiada tol di sepanjang perjalanan, cuma ketika masuk London kena bayar congestion charge. Untungnya saya masuk London hari Ahad dan tiada caj dikenakan. 

4. Keselesaan amat penting bagi saya. Jadi untuk empat orang yang membawa luggage bersaiz besar setiap seorang, saya pilih kereta manual dari Group G yang dikategorikan sebagai Estate/Station Wagon Large (e.g. Peugeot 308 SW or similar). I was lucky, dapat kereta diesel dan hybrid. Jumlah kos diesel sepanjang 11 hari sekitar RM800. Bahagi empat orang bersamaan RM200 seorang. Berbaloi dan lebih murah daripada naik bas/train dan terpaksa tarik beg yang bukan seorang satu!



5. Lagi mengenai keselesaan dan kemudahan. Untuk elak berangkut beg naik turun tube, saya pilih lokasi ambil kereta di Heathrow. Kemudian pulangkan di Westfield Shopping Centre di Central London (sebab centre ni paling dekat dengan tube dan tak jauh tempat saya menginap iaitu di Paddington). Bila tiba, ada shuttle bus Avis yang menunggu di luar airport untuk bawa ke Avis Centre Heathrow Airport T1,2,3,4. Saya pulangkan kereta sehari selepas tiba di London. Tiba hari Ahad dan pulangkan pagi Isnin sebab Avis di Westfield Shopping Centre ni tutup pukul 6ptg kalau tak silap. Jangan lupa isi minyak penuh sebelum pulangkan kereta semula.

Avis Shuttle Heathrow T1,2,3,4

6. Petrol atau diesel? Mulanya agak suspen berapa agaknya kos sepanjang percutian disebabkan harga minyak di sana tak sama setiap hari dan tak sama di setiap stesen minyak. Diesel kelihatan lebih mahal dari petrol namun ia lebih tahan lama dan menjimatkan. Seperti yang dikatakan di atas tadi, kos minyak diesel sepanjang perjalanan memandu kereta sewa manual, diesel dan hibrid ini adalah sekitar RM800. Kami bahagikan kepada empat orang, jadi hanya RM200 seorang!

Off topic: Cadbury chocolate kat petrol pump jugak lebih murah walaupun dibandingkan di Outlet Village. Kalau terjumpa 3 coklat for 1 Pound tu beli je lah tak payah fikir dua kali!

Next, Nottingham!  


    


www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011