10 Days Until Paris

Monday, February 21, 2011 by Zura Ahmad
Semakin dekat nampaknya hari yang dinanti-nantikan. Trip tiga orang BFF yang dijangka exciting menjadi lebih exciting lagi bila disaat-saat akhir percutian Paris/Amsterdam disertai dengan tiga orang lagi termasuklah Mr Farief, menjadikan semua yang terlibat enam orang! Nampaknya, plan untuk sewa apartment di Arrondissement 9th terpaksa dibatalkan, deposit pun terpaksa pejam mata hangus begitu saja. Apartment yang hanya boleh memuatkan maksimum 3 orang dengan harga reasonable iaitu sekitar RM2000 seminggu itu nampaknya tak sesuai disumbat ramai-ramai. Rasa bersalah pulak pada landlord, Madame Made, a Balinese lady yang sanggup call lama-lama dari Paris untuk bincang macam-macam hal. Last-last terpaksa cancel sbb tak convinient kalau nak stay berasingan. 

Segala plan yang bermula dari Station Auber, terpaksa dipinda ke Station Charles Michels. Nasib baik ada Knopf Mapguides yang sememangnya banyakkkk membantu. Terima kasihlah kepada kawan saya Odelia from Pansing yang rekomen naskah ni untuk dijadikan panduan. Bukan untuk Paris saja, ada banyak lagi edisi destinasi lain yang available. Saya suka buku ni sebab senang faham kerana ada section by section maps. Boleh didapati di semua gedung buku ternama pada harga RM36.90 saja.

So far, tiket-tiket utama seperti access ke summit Eiffel Tower, Thalys train ke Amsterdam, tiket bas Eurolines pulang ke Paris dan pas ke 2 taman di Eurodisney dah pun dibeli secara online. Mestilah nak jimat masa yang tak berapa nak ada. Lagi best bila dapat beli tiket Thalys dan Eurodisney dengan harga lebih rendah. Nanti saya share dalam entry khas okay!

   

   
Posted in Labels: , | 3 Comments »

Percutian Penuh Gaya

Wednesday, February 16, 2011 by Zura Ahmad
Saya sendiri belum jejak lagi ke Kota London walaupun inilah antara destinasi impian saya. Walau mulanya merancang nak turun London dari Paris, sebab kesuntukan masa, baik jangan tamak nak pegi banyak tempat. Bertuahnya kawan saya yang bernama Sham bila dia berpeluang ke destinasi perlancongan best sebagai tuntutan kerjayanya sebagai travel photojournalist untuk majalah travel ini. Asal dia update status tgh "bekerti" (bekerja sambil bercuti) mesti saya akan komen "menyampah!" ;p

Antara coretan paling saya jeles pastinya story London dalam isu terbaru majalah Gaya Travel ni. Tapi terubat sket jeles sebab Sham belikan saya macaroon Laduree :)

Okaylah, jom ramai-ramai dapatkan majalah ni. I swear mamat ni pergi merata-rata tempat so mesti banyak cerita menarik yang dikongsi untuk dibaca.

Ada lagi, ada lagi!


Nak menang voucher ni? Penginapan 3 hari 2 malam di The Kee Resort and Spa bernilai RM1500!
Apa yang perlu korang buat ialah tuliskan butir peribadi ke experience@gayatravel.com dan korang akan diberi details tentang cara-cara menghantar artikel pengalaman percutian korang, tapi dalam Bahasa Inggeris ya! Manalah tau kot-kot terpilih untuk disiarkan dalam website Gaya nanti. Setiap artikel mesti melebihi 3500 patah perkataan berserta gambar-gambar dan any supporting documents.

Selamat mencuba!


 

Dah Episod Lima!

Monday, February 14, 2011 by Zura Ahmad
Okay kali ni Insyallah tak lupa lagi. Saksikan gelagat percutian dua budak nakal si Shafek dan "Dollah Hapak" (okay tu cerita lain) di 3 Hari 2 Malam, ini malam jam 9.30 di TV9.
Posted in Labels: | 0 Comments »

Resorts World Designer Hotels: Hard Rock Hotel Singapore

Wednesday, February 9, 2011 by Zura Ahmad
Bila sebut Resorts World di Sentosa Island, ya betul! Universal Studios adalah tarikan utama di sini. Tapi jangan tak tahu, kat sini juga ada lima designer hotels, Festive Walk sebagai pusat membeli-belah termasuklah butik pertama Victoria Secret di luar Amerikah, Casino, Voyage de la Vie dan macam-macam benda menarik yang tak teringat dalam memori otakku. Buat yang masih confuse, Resorts World ni macam mana, dan terletak di mana, senang cerita imagine Genting Highland, kan ada theme park, hotels etc dalam satu kawasan. Macam tu jugak Resorts World yang juga sister company Resorts Genting Pahang tu. Lagi satu kedudukannya pulak macam ni; bila masuk je ke pintu masuk Pulau Sentosa tu, kawasan Resorts World adalah di sebelah kanan. Dari tepi boleh nampak Universal Studios yang pasti buat korang rasa tak sabar-sabar nak masuk.

Cukup hal ehwal Resorts World, sekarang ni nak share tiga antara lima bijik designer hotels (kecuali Crockfords Tower yang hanya boleh menginap by invitation dan Equarius Hotel yang tak buka-buka lagi sampai la ni) yang terletak di kawasan gempak terbaru di Singapura ni (selain Marina Bay Sands). Pertama, jom jengah ke Hard Rock Hotel Singapore! 

Jap, jap! Apa-apa hal kita amek dulu gambar kat sini:


Be "wow"-ed at the lobby area.

 Itu baru lobby area! Jom-jom naik atas...

 Mana tak sibuk bercamwhoring dalam lift. I was surrounded with clear crystals! Atas, bawah, kiri, kanan.


Jemput masuk ke kamar penginapan saya. Bersedia untuk berkata "wow"!     

Okay tiba masanya untuk melihat ke luar tingkap...

Pandang belah kiri...


...dan pandang belah kanan...


Memang tempat paling superb untuk feeling-feeling Rock Star atau untuk percutian bulan madu yang rock!

p/s: Pengakuan ikhlas di hati - bilik hotel yang paling saya suka selepas Sensa Hotel di Bandung.

Credit photo: FBs
Posted in Labels: , | 2 Comments »

Resorts World Designer Hotels: Festive Hotel

Tuesday, February 8, 2011 by Zura Ahmad
 Oh ya, btw this entry copied from my personal baby blog.


Kids gonna loveeeeee their stay in this hotel. Kat sini, budak-budak adalah VIP while the adult is NOTHING! Ha ha... They even can check-in sendiri kat reception table in the above pic. Mengada-ngada tau kids nowadays! Tapi chomel!

Parents, jom bawak anak-anak menginap di hotel yang cukup vibrant ni! Bukan budak-budak jer, kita yang dah tua ni sure over teruja ;p


Posted in Labels: , | 0 Comments »

Resorts World Designer Hotels: Hotel Michael

by Zura Ahmad
Kenal siapa itu Michael Graves?  Ha.. kalau korang nak tau dialah designer untuk produk home and living label Alessi yang mahal dan cantik tu. Hotel Michael ni memang telah diberi keistimewaan khas buat arkitek kontemporari ternama Amerika ini. Jadi segala sudut dan rekaan dalaman adalah mengikut citarasanya. Apa yang saya nampak, kebanyakan perabot, atau apa jua kayu kayan berasaskan warna honey maple dan mozek dengan gambar bungaan macam ni:



Di lobi ada restoran Palio yang nampak menarik...


Juga apa yang saya boleh sebut bila nampak benda ni ialah igloo...








Posted in Labels: , | 0 Comments »

Pesta Air Di Bukit Gambang

Sunday, February 6, 2011 by Zura Ahmad
Mungkin ramai KL-ites yang merancang untuk pandu ke Timur semata-mata untuk ke water park ini. Nasihat saya untuk mereka yang fleksibel dari segi masa, pegilah during weekdays. Kecuali hari Selasa sebab tutup kalau bukan cuti umum. I was there di cuti raya cina yang kedua Jumaat lalu, gilerrrr ramai!!!!!!!! Dengan orang-orang kampung turun (termasuklah saya yang datang dari Kuantan masa tu), orang luar lagi. Long queue masa nak membilas, beli food. Ada yang siap bawak buaian anak, siap bentang tikar! Mana taknya, tempat duduk pun mostly occupied, ada cabana untuk rental RM32-42 per day pun fully booked. Kalau orang tak ramai, mesti best sebab water park ni happening jugak. Kalau datang ke Gambang semata-mata nak ke sini, menginap di Caribbean Bay Suites dalam Gambang resort City pun okay. Kalau tak, Kuantan pun dah tak jauh, 35km jer. Stay kat Kuantan boleh enjoy pantai pulak.

Disebabkan saya tengah seronok menggunakan app Lomo Lomo, enjoy the pics taken by me in Valentine Martini mode:

 Lihatlah sendiri betapa ramainya orang...

Harga tiket dewasa RM21.90 seorang dan kanak-kanak bawah 12 tahun RM14.90 seorang. Kanak-kanak di bawah 90cm masuk percuma.

Water park ini adalah cashless park. Jadi untuk membeli-belah makanan dan minuman, kene top up di kaunter khas dengan pilihan sebanyak RM50/RM100/RM200. Harga makanan agak reasonable, contohnya RM7.80 untuk set fish burger with fries and soft drink. Coke RM2.00 setin. Murahlah sebenarnya, tapi sedap tak sedap tu telan je lah memandangkan makanan luar tidak boleh dibawa masuk. For me, food dia okay jer. Takdelah tak sedap. Macam beli burger daging kat pasar malam. Fries pun okay.   

Klik untuk lebih info mengenai Bukit Gambang Resort City
 

   
Posted in Labels: , | 0 Comments »

Award Hotel Paling Kotor 2011

Tuesday, February 1, 2011 by Zura Ahmad
Kalau sendiri dah pilih hotel yang boleh judge a book by its cover, tak payah nak banyak komplen. Tapi kalau hotel yang menjadi pilihan tu luar je cantik, dalam mak aiii!!! bolehlah bagi review kat Trip Advisor sebagai panduan orang lain atau kalau sudi, kat entry ni pun amat dialu-alukan. Trip Advisor juga dah senaraikan Top 10 Hotel Terkotor 2011, melalui empat kategori Asia, Europe, India dan United States.

Self experienced, Golden Boutique Hotel di Jakarta. Luar jer gah ala Palace of the Golden Horses, lobby pun okay lagi. Masuk je bilik, dengan karpet kepam, dinding dah menggelupas, ada lipas lari sini sana. Nasib baik tidur dua malam je dan masa tak banyak spent kat hotel. Terus pangkah hotel tu!
www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011