10 Days Until Paris

Monday, February 21, 2011 by Zura Ahmad
Semakin dekat nampaknya hari yang dinanti-nantikan. Trip tiga orang BFF yang dijangka exciting menjadi lebih exciting lagi bila disaat-saat akhir percutian Paris/Amsterdam disertai dengan tiga orang lagi termasuklah Mr Farief, menjadikan semua yang terlibat enam orang! Nampaknya, plan untuk sewa apartment di Arrondissement 9th terpaksa dibatalkan, deposit pun terpaksa pejam mata hangus begitu saja. Apartment yang hanya boleh memuatkan maksimum 3 orang dengan harga reasonable iaitu sekitar RM2000 seminggu itu nampaknya tak sesuai disumbat ramai-ramai. Rasa bersalah pulak pada landlord, Madame Made, a Balinese lady yang sanggup call lama-lama dari Paris untuk bincang macam-macam hal. Last-last terpaksa cancel sbb tak convinient kalau nak stay berasingan. 

Segala plan yang bermula dari Station Auber, terpaksa dipinda ke Station Charles Michels. Nasib baik ada Knopf Mapguides yang sememangnya banyakkkk membantu. Terima kasihlah kepada kawan saya Odelia from Pansing yang rekomen naskah ni untuk dijadikan panduan. Bukan untuk Paris saja, ada banyak lagi edisi destinasi lain yang available. Saya suka buku ni sebab senang faham kerana ada section by section maps. Boleh didapati di semua gedung buku ternama pada harga RM36.90 saja.

So far, tiket-tiket utama seperti access ke summit Eiffel Tower, Thalys train ke Amsterdam, tiket bas Eurolines pulang ke Paris dan pas ke 2 taman di Eurodisney dah pun dibeli secara online. Mestilah nak jimat masa yang tak berapa nak ada. Lagi best bila dapat beli tiket Thalys dan Eurodisney dengan harga lebih rendah. Nanti saya share dalam entry khas okay!

   

   
Posted in Labels: , | 3 Comments »

3 comments:

Alia GLM said...

Wow, you sound VERY READY! Jgn lupa makan Pierre Herme and minum hot chocolate at Angelina! :D

Zura Ahmad said...

Alia, thanks to you too! You are part of my Paris plan :)

Pierre Herme wajib! Angelina hot choc right after we visited Musée de La Mode et du Textile. Nak order chocolate chaud au chocolat blanc!

Alia GLM said...

Good girl :D

www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011