Pesta Air Di Bukit Gambang

Sunday, February 6, 2011 by Zura Ahmad
Mungkin ramai KL-ites yang merancang untuk pandu ke Timur semata-mata untuk ke water park ini. Nasihat saya untuk mereka yang fleksibel dari segi masa, pegilah during weekdays. Kecuali hari Selasa sebab tutup kalau bukan cuti umum. I was there di cuti raya cina yang kedua Jumaat lalu, gilerrrr ramai!!!!!!!! Dengan orang-orang kampung turun (termasuklah saya yang datang dari Kuantan masa tu), orang luar lagi. Long queue masa nak membilas, beli food. Ada yang siap bawak buaian anak, siap bentang tikar! Mana taknya, tempat duduk pun mostly occupied, ada cabana untuk rental RM32-42 per day pun fully booked. Kalau orang tak ramai, mesti best sebab water park ni happening jugak. Kalau datang ke Gambang semata-mata nak ke sini, menginap di Caribbean Bay Suites dalam Gambang resort City pun okay. Kalau tak, Kuantan pun dah tak jauh, 35km jer. Stay kat Kuantan boleh enjoy pantai pulak.

Disebabkan saya tengah seronok menggunakan app Lomo Lomo, enjoy the pics taken by me in Valentine Martini mode:

 Lihatlah sendiri betapa ramainya orang...

Harga tiket dewasa RM21.90 seorang dan kanak-kanak bawah 12 tahun RM14.90 seorang. Kanak-kanak di bawah 90cm masuk percuma.

Water park ini adalah cashless park. Jadi untuk membeli-belah makanan dan minuman, kene top up di kaunter khas dengan pilihan sebanyak RM50/RM100/RM200. Harga makanan agak reasonable, contohnya RM7.80 untuk set fish burger with fries and soft drink. Coke RM2.00 setin. Murahlah sebenarnya, tapi sedap tak sedap tu telan je lah memandangkan makanan luar tidak boleh dibawa masuk. For me, food dia okay jer. Takdelah tak sedap. Macam beli burger daging kat pasar malam. Fries pun okay.   

Klik untuk lebih info mengenai Bukit Gambang Resort City
 

   
Posted in Labels: , | 0 Comments »

0 comments:

www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011