Love The Gloves

Saturday, December 11, 2010 by Zura Ahmad
Becky Bloomwood - Confession of a Shopaholic

Alahai... susah betul nak cari fashionable leather gloves kat "Ke-el" ni. Ciri-ciri yang dicari; kalau boleh nak cari yang long cut dan mesti ada "statement". Sampai ke Singapore mencari gloves cantik, banyak tu memanglah banyak especially kat Taka level bawah sekali. Ada macam-macam colour, tapi most of em ba-alip-ba-ya. Memang tak lah kan! Jumpa kat Furla, not bad. Tapi tu BFF saya Maisara dah "chop" dulu. Okay, jom balik ke KL kembali. Maka bertemulah saya dengan my top 3 gloves:



Paul Smith Swirl
    Paul Smith Pink

 Miss Sixty

Both colourful swirl dengan passionate pink tu ada kat Paul Smith KLCC. Price? Ini yang tak berkenan ni, after less (tak ingat berapa percent) bout RM900++. Di kala "berpuasa" splurge ni tak mungkin lah kan! Dan yang lagi satu in marvellous mustard tu dari Miss Sixty KLCC. After less 20% about RM300++. I love the lubang part, it reminds me to gloves Carrie Bradshaw masa scene kat public phone ingat tak? Alah, yang ni lah...


Faktor harga cekik darah (mungkin lebih murah di Paris, we'll see) dan design yang boleh membuatkan saya menggeletar kesejukan sebab gloves tak cukup panjang membuatkan saya tiba-tiba *ting! idea! Me and BFF created our very own leather gloves design. Nak tengok macam mana rupanya? Surprise, surprise, surprise! (nada Eric Leong). Tengoklah nanti gambar kami di Paris ;p 
Posted in Labels: | 0 Comments »

Trendy Trench Coat

Wednesday, December 1, 2010 by Zura Ahmad

Jangan tanya berapa suhu kota Paris atau Amsterdam awal Mac nanti, yang penting masa tu nanti masih sejuk dan saya masih perlukan trench coats, jackets, boots, thermal wear maybe tak payah kot and gorgeous glovesss!!

In order to add on apa yang dah sedia ada dalam wardrobe - so far I have my old Naf Naf leopard prints trench coat (yang ni kena pakai unbutton atas sebab-sebab you-know-why-lah-kan), Miss Sixty inspired mustard wool jacket, BCBGMaxazria asymmetrical twill jacket, Uniqlo quilted kaler hitam dan fuchsia. Eh, banyak yer? But I still need trench coat paras lutut dengan material "anti-gigil" dan boleh button! Survey punya survey, jom tengok, trench coat mana yang terkenan di hati. 

Big NO NO to boring black trench coat, bosan gila doh. Boring black trench coat maknanya dahlah kaler hitam, lepas tu design pun sangatlah typical. Frankly, bila tengok gambar-gambar winter vacation sesiapa je lah, mesti background bangunan kelabu asap, lepas tu baju hitam ala nak pegi funeral. Tak meriah langsung! I love colours. Colour blocking kadang-kadang might be OTT, tapi saya tetap suka. Suka hatilah kan? To me, COLOUR is the new BLACK.  

Tapi....

yang bawah ni terkecuali ;p

        G2000 Runway

Look at the "tongue" on the shoulders, pakai pulak dengan long cut gloves. Kalau pair dengan leopard prints legging mesti best! I just loving it :) Minus peha besarku yang bakal "memburukkan" penampilan. This wool coat jumpa kat G2000 One Utama, priced at RM599. Good news, Mr Farief bought for me :)

Next!

Blair Cornelia Wardolf - Gossip Girl

Tengoklah pompuan cantik ni! Me green with envy. She's wearing my fave colour! and wait! the polka dots scarf, saya ada yang tu! This look, boleh tiru. Oops, bukan tiru, jadikan inspirasi. Bertuahnya bila saya terjumpa trench coat dengan rona forestgreen yang hampir serupa dengan apa yang dilihat dalam gambaq di atas. Hu hu, found it at Promod One Utama, ada SALE RM279 jer! Lagi terbaek bila adik saya Melda hadiahkan trench coat ni untuk saya. Apa lagi, lompat sampai siling butik Promod. Adush!

Jap iklan jap, cantiknya trench coat hijau double breasted Miss Sixty niiiiii....

Okay next!

Fuiyo! Animal prints ni is so me. Jumpa kat Mango Outlet kat mana tau tak? East Coast Mall Kuantan, ya tak silap baca, kat Kuantan, Pahang sana tu! Gila RM199 jer, geram nak beli. Very the Miranda Priestly dalam Devil Wears Prada, tinggal nak kena simbah cat merah jer. Eh, apsal plak. Ini faux fur jer kot. Takde seekor binatang pun yang terlibat. Saya pun sayang haiwan jugak :) Kalau bawak coat ni ke Paris mesti best sebab boleh lipat-lipat buat bantal ;p Tapi, mesti memberatkan luggage saya nanti. Ok, fine! Letak balik.

Next entry, stori mori gloves pulaklah!






 



 
Posted in Labels: | 2 Comments »

Paris With BFFs

Friday, November 26, 2010 by Zura Ahmad
Tiket flight; booked! Tempat tinggal; secured! Dengan ini, maka tercapailah impian saya yang telah tergendala sejak lamanya nak ke Paris! Lagi best bila dapat pegi dengan BFF aka KSS (kawan karib selamanya), dan lagi best bila kitorang decided nak ke Sexcity, mana lagi kalau bukan:

Hmmm... trip 8 hari (sahaja) ke Paris awal Mac, maknanya it's still winter yo! Ni yang nak kene cari trench coat, gloves dan lagi dan lagi dan lagi. Maka pencarian pun bermula, Cosmo girl mestilah nak travel in style kan? :)


Posted in Labels: , | 4 Comments »

Diwali Bali

Monday, October 11, 2010 by Zura Ahmad
Dek kerana kebetulan cuti Deepavali tahun ini jatuh pada hari Jumaat, me and the "Cosmo girls" and the Mr Photographer, Incik Kamali yang masih bujang beramai-ramai "terbang" ke Bali for a 3d2n spa getaway weekend. This is my second visit to Bali sejak 2007. Kalau dulu, menginap di Ramada Bintang, kali ni di J Boutique Hotel juga di pekan Kuta atas pilihan abe Kamali kita.

It's a new hotel. Sangat dekat dengan airport. Maknanya terletak di bahagian permulaan pekan Kuta. Jadi jangan tertipu dengan taxi driver yang cekik darah caj tambang sampai beratus ribu Rupiah. Guna meter jer! Atau lagi bijak, request kat hotel untuk free airport transfer. Hotel ni takdelah besar manapun kalau nak dibandingkan dengan Ramada Bintang yang seluas alam, tapi cantik! Tak percaya, tengok ni:


Sebab sampai pun dah malam, tak sahlah kalau tak dinner kat Jimbaran kan? Jadi kitorang pun ke sana makan seafood dengan harga lebih kurang RM300++ untuk enam orang. Kepah bakar dia sama sedap macam yang pernah saya rasa dulu. Yummm!

Seterusnya, bila yang lain dah penat dan terus zzzz balik dari Jimbaran, me, Net and Kamali berjalan kaki ke Hard Rock Hotel Bali yang terletak di "hujung dunia" Kuta. Esok pagi bila naik cab ke sana kagum sekejap, "Gila jauh kita jalan semalam!".

 Esok paginya, Ubud lokasi pertama yang dituju. Tempat yang terkenal dengan lukisan hebat dan murah. Saya bawa pulang berbelas lukisan cantik, ya yang makcik atas tu bungkus saya punyalah tu :)


 Dari Ubud, kami ke tebing cantik di Uluwatu. Masuk kena bayar, lupa berapa. Siap kena pakai talipinggang lagi. Saya dapat yang hijau, my fave. Tapi hilang di tengah jalan, mungkin masa sibuk amek gambar silhouette dan lompat-lompat. Nasib baik masa keluar pak guard tu tak perasan. Kalau kena bayar takpe lagi, buatnya kena sumpah jadi kera kat Uluwatu tu tak pasal-pasal pulak berbulu satu badan.

Lepas berpeluh sampai ke senja, tak tengok sunset pun, kitorang sempat singgah Seminyak borong accessories. Lepas tu kitorang pegi mana tau tak? Tada...

 Karaoke! Kebetulan kitorang ni semua kaki melalak, jadi malam yang masih muda tidak dipersiakan. Rasanya tiga jam jugaklah menjerit sampai lebam ditemani our Supir, Edi yang taknak balik sebab seronok kot lepak ngan kitorang yang gila-gila. Orang suruh balik taknak balik! Tapi apa-apa hal pun Edi memang best sebab...

Hehehe... only-if-u-know. Tak faham sudah, kalau faham, kedai makan ni betul-betul tepi J Boutique Hotel belah kanan dekat roundabout ;p

Hari ketiga, dah nak balik dah. Flight petang, delay pulak tu. Jadi lepas ke spa sempat lagi last minute shopping kat Legian pekan Kuta.

Bukan tu je, siap kena paksa dengan ibuk ibuk buat pedicure lah, braid lah masa tengah jenjalan kat Pantai Kuta. Takpelah, buat je niat nak sedekah. Lagipun murah gila kot bout RM15 untuk rambut dan pedicure lagi murah dari tu.

Sekian saja cerita pendek hari yang suntuk di Bali.

Pic credit: Kamm Studio, Anida's, Nana's and Izza's FB.
Posted in Labels: , | 0 Comments »

Summer In Beijing

Thursday, August 12, 2010 by Zura Ahmad
I had a wonderful yet funny experience when I was in Beijing, China for 6 days last Aug 4-9. Selain "mengenali" dengan lebih dekat Muslim culture di sini, saya ada agenda tersendiri untuk dilaksanakan sebaik saja tiba di Wilayah Beijing. Cuba teka apa?
 
Grab shirts at Hard Rock for beloved family members, memang acara wajib. Lagi?

Yesza, H&M yo! Lepas letak je luggage kat hotel room, "zassss" terus bergegas ke Qianmen Square. Siapa tak pegi sini memang rugi. Dekat dengan area Tiannamen Square. Masalah bahasa bukanlah penghalang! Caranya? Terpaksa mintak tolong reception tulis address in chinese character. Barulah driver taxi faham nak pegi mana. The funny part was when one of us tunjuk gambar HRC kat taxi driver from his camera (sebagai petunjuk yg kitorg nak pegi situ), taxi driver tu boleh plak amek dan letak kat telinga! Zaman batu ke apa camera dengan phone pun takleh nak beza. LOL! But it was a bit late, around 9pm. So, grab saja apa yang terdaya. Mostly for kids; 3 pairs of boots, socks, accessorise, payung Mickey Mouse comel, shirts, hats, leggings, ... hmmm macam-macam lagi lah! Dengan ini, mission accomplished pada malam pertama di Beijing. Love love love! Baru boleh jalan esoknya dengan senang hati :) 

Antara hasil buruan; H&M, HRC, Silk Market.

Zura was here!

Kalau nak amek gambar best, sewalah pakaian ala pahlawan China di perkarangan masuk Tembok Besar China ni. Harga tak mahal but I can't recall. Tapi tak lebih RM50 duit kita rasanya. Kat sini pun boleh beli "certificate" tau kononnya dah diiktiraf "panjat" tembok terpanjang dunia ni.


 ... dan jangan lupa bawak padlock dan kuncikan "cintamu" di sini :)


 Bila dah sampai kat taman yang redup di Forbidden City, mesti jumpa pelukis ni. Nama pakcik ni Mr Hong Yi. Karyanya dijual pada harga 300 Yuan satu.

Jom makan dulu!

Sepanjang kat sana, banyak jugaklah restoran halal yang saya pegi. But this one A Fun Ti Carnival,restoran halal paling saya suka di Beijing. Makan sedap, tempat cantik, lepas tu siap ada performance setiap 8.00 malam oleh leng chai dan leng loi Muslim Xinjiang yang hensem dan cantik gila! Ok, jom masuk...

Bayangkan sambil makan, diiringi irama lagu ala Arab tapi dinyanyikan dalam bahasa Xinjiang. Memang culturistic habislah! Okay, kalau nak tahu hidangan Xinjiang ni ada influenced Timur Tengah. "Kena" sikit dengan selera kita orang Malaysia berbanding hidangan halal cina tempatan yang tawar hebey. Lepas ni, kalau ke Beijing, makan kat sini hari-hari pun takpe! Mutton skewer dia memang sedap dan boleh diterima untuk orang yang tak makan kambing macam saya.

 "Apakah perasaan cik adik sebagai orang Malaysia bila tiada sambal belacan di sini?" - Nasi Lemak Kopi O TV9.

Sempat bertepuk tampar dengan Mr James Bond (sumpah tu nama dia), pemilik A Fun Ti. Lokasinya? 2 Guaibang Hutong, 188 Chaonei Street.

Aktiviti mesti buat seterusnya, Hutong Tour. Naik beca keliling kampung Hutong. Tasik kat atas ni kalau musim sejuk jadi tempat orang main ski.

 Jakun sekejap tengok electric bus.

Pi Xiu aka baby dragon jade, kononnya "pembawa" rezeki dan diharamkan untuk bawa masuk ke mana-mana kasino di Macau. Takut kasino bankrupt sebab ramai yang akan menang besar! Bought it at 100 Yuan at one of the Jade Factory. Orang lain beli jade, aku pun saja nak beli jugak.
  




Posted in Labels: | 0 Comments »
www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011