Trendy Trench Coat

Wednesday, December 1, 2010 by Zura Ahmad

Jangan tanya berapa suhu kota Paris atau Amsterdam awal Mac nanti, yang penting masa tu nanti masih sejuk dan saya masih perlukan trench coats, jackets, boots, thermal wear maybe tak payah kot and gorgeous glovesss!!

In order to add on apa yang dah sedia ada dalam wardrobe - so far I have my old Naf Naf leopard prints trench coat (yang ni kena pakai unbutton atas sebab-sebab you-know-why-lah-kan), Miss Sixty inspired mustard wool jacket, BCBGMaxazria asymmetrical twill jacket, Uniqlo quilted kaler hitam dan fuchsia. Eh, banyak yer? But I still need trench coat paras lutut dengan material "anti-gigil" dan boleh button! Survey punya survey, jom tengok, trench coat mana yang terkenan di hati. 

Big NO NO to boring black trench coat, bosan gila doh. Boring black trench coat maknanya dahlah kaler hitam, lepas tu design pun sangatlah typical. Frankly, bila tengok gambar-gambar winter vacation sesiapa je lah, mesti background bangunan kelabu asap, lepas tu baju hitam ala nak pegi funeral. Tak meriah langsung! I love colours. Colour blocking kadang-kadang might be OTT, tapi saya tetap suka. Suka hatilah kan? To me, COLOUR is the new BLACK.  

Tapi....

yang bawah ni terkecuali ;p

        G2000 Runway

Look at the "tongue" on the shoulders, pakai pulak dengan long cut gloves. Kalau pair dengan leopard prints legging mesti best! I just loving it :) Minus peha besarku yang bakal "memburukkan" penampilan. This wool coat jumpa kat G2000 One Utama, priced at RM599. Good news, Mr Farief bought for me :)

Next!

Blair Cornelia Wardolf - Gossip Girl

Tengoklah pompuan cantik ni! Me green with envy. She's wearing my fave colour! and wait! the polka dots scarf, saya ada yang tu! This look, boleh tiru. Oops, bukan tiru, jadikan inspirasi. Bertuahnya bila saya terjumpa trench coat dengan rona forestgreen yang hampir serupa dengan apa yang dilihat dalam gambaq di atas. Hu hu, found it at Promod One Utama, ada SALE RM279 jer! Lagi terbaek bila adik saya Melda hadiahkan trench coat ni untuk saya. Apa lagi, lompat sampai siling butik Promod. Adush!

Jap iklan jap, cantiknya trench coat hijau double breasted Miss Sixty niiiiii....

Okay next!

Fuiyo! Animal prints ni is so me. Jumpa kat Mango Outlet kat mana tau tak? East Coast Mall Kuantan, ya tak silap baca, kat Kuantan, Pahang sana tu! Gila RM199 jer, geram nak beli. Very the Miranda Priestly dalam Devil Wears Prada, tinggal nak kena simbah cat merah jer. Eh, apsal plak. Ini faux fur jer kot. Takde seekor binatang pun yang terlibat. Saya pun sayang haiwan jugak :) Kalau bawak coat ni ke Paris mesti best sebab boleh lipat-lipat buat bantal ;p Tapi, mesti memberatkan luggage saya nanti. Ok, fine! Letak balik.

Next entry, stori mori gloves pulaklah!






 



 
Posted in Labels: | 2 Comments »

2 comments:

Alia L.M. said...

Love this coat!!! nakkk

Zura Ahmad said...

Babe, Paris mesti ada lagi best!

www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011