Diwali Bali

Monday, October 11, 2010 by Zura Ahmad
Dek kerana kebetulan cuti Deepavali tahun ini jatuh pada hari Jumaat, me and the "Cosmo girls" and the Mr Photographer, Incik Kamali yang masih bujang beramai-ramai "terbang" ke Bali for a 3d2n spa getaway weekend. This is my second visit to Bali sejak 2007. Kalau dulu, menginap di Ramada Bintang, kali ni di J Boutique Hotel juga di pekan Kuta atas pilihan abe Kamali kita.

It's a new hotel. Sangat dekat dengan airport. Maknanya terletak di bahagian permulaan pekan Kuta. Jadi jangan tertipu dengan taxi driver yang cekik darah caj tambang sampai beratus ribu Rupiah. Guna meter jer! Atau lagi bijak, request kat hotel untuk free airport transfer. Hotel ni takdelah besar manapun kalau nak dibandingkan dengan Ramada Bintang yang seluas alam, tapi cantik! Tak percaya, tengok ni:


Sebab sampai pun dah malam, tak sahlah kalau tak dinner kat Jimbaran kan? Jadi kitorang pun ke sana makan seafood dengan harga lebih kurang RM300++ untuk enam orang. Kepah bakar dia sama sedap macam yang pernah saya rasa dulu. Yummm!

Seterusnya, bila yang lain dah penat dan terus zzzz balik dari Jimbaran, me, Net and Kamali berjalan kaki ke Hard Rock Hotel Bali yang terletak di "hujung dunia" Kuta. Esok pagi bila naik cab ke sana kagum sekejap, "Gila jauh kita jalan semalam!".

 Esok paginya, Ubud lokasi pertama yang dituju. Tempat yang terkenal dengan lukisan hebat dan murah. Saya bawa pulang berbelas lukisan cantik, ya yang makcik atas tu bungkus saya punyalah tu :)


 Dari Ubud, kami ke tebing cantik di Uluwatu. Masuk kena bayar, lupa berapa. Siap kena pakai talipinggang lagi. Saya dapat yang hijau, my fave. Tapi hilang di tengah jalan, mungkin masa sibuk amek gambar silhouette dan lompat-lompat. Nasib baik masa keluar pak guard tu tak perasan. Kalau kena bayar takpe lagi, buatnya kena sumpah jadi kera kat Uluwatu tu tak pasal-pasal pulak berbulu satu badan.

Lepas berpeluh sampai ke senja, tak tengok sunset pun, kitorang sempat singgah Seminyak borong accessories. Lepas tu kitorang pegi mana tau tak? Tada...

 Karaoke! Kebetulan kitorang ni semua kaki melalak, jadi malam yang masih muda tidak dipersiakan. Rasanya tiga jam jugaklah menjerit sampai lebam ditemani our Supir, Edi yang taknak balik sebab seronok kot lepak ngan kitorang yang gila-gila. Orang suruh balik taknak balik! Tapi apa-apa hal pun Edi memang best sebab...

Hehehe... only-if-u-know. Tak faham sudah, kalau faham, kedai makan ni betul-betul tepi J Boutique Hotel belah kanan dekat roundabout ;p

Hari ketiga, dah nak balik dah. Flight petang, delay pulak tu. Jadi lepas ke spa sempat lagi last minute shopping kat Legian pekan Kuta.

Bukan tu je, siap kena paksa dengan ibuk ibuk buat pedicure lah, braid lah masa tengah jenjalan kat Pantai Kuta. Takpelah, buat je niat nak sedekah. Lagipun murah gila kot bout RM15 untuk rambut dan pedicure lagi murah dari tu.

Sekian saja cerita pendek hari yang suntuk di Bali.

Pic credit: Kamm Studio, Anida's, Nana's and Izza's FB.
Posted in Labels: , | 0 Comments »
www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011