Travel in Style... Comfort Foot, Off Haji Lane, Singapore

Saturday, July 23, 2011 by Zura Ahmad
by Zura using iPhone 3GS 


Posted in Labels: | 0 Comments »

Durian Durian

Friday, July 22, 2011 by Zura Ahmad
 Gila durian? Nak makan durian sedap tapi tak mampu sebab harga melampau mahal? Jom ramai-ramai turun Shah Alam. Cari "Gerai Buah-buahan Segar" yang terletak betul-betul berhadapan dengan pintu utama SACC Mall (across the road). Durian dijual serendah RM2 sebijik! Atau kalau nak lebih puas hati, splurge on Durian Balik Pulau as low as RM20 3 bijik atau durian cantik macam kat bawah ni, hanya RM15 sebijik! Kat Balik Pulau pun tak semurah macam ni, puas hatilah! 


P/S: Buah-buah tempatan lain pun ada, cempedak goreng pun ada!
Posted in Labels: | 2 Comments »

"Lipstick Jungle" Getaway

Wednesday, July 20, 2011 by Zura Ahmad

Takde kena-mengena dengan Lipstick Jungle series. Simboliknya hanyalah saya masih berlipstick (rona nude) untuk eco trip ini. I was lucky to be part of Artis Pencinta Alam programme last "chaotic" weekend bersama our 2nd astronout Dr Faiz my favourite boy :), Fauziah Latif, Amanda Imani, Farah Asyikin, Ezlynn, Sabhi Sadhi, Hasnul Rahmat, Yasmin Hani, Fida, Isma Halil, Nadine Ann Thomas dan media members yang cool habis! Rasa aman damai tengok pokok hijau instead of melihat orang ramai berpusu-pusu dalam baju kuning dan merah dan arrgghhh kusut bila tengok news paper.

Okay, lupakan perkara kusut. Jom tenangkan fikiran ke Pulau Banding di Gerik, Perak! Ada banyak benda best menunggu untuk korang alami! Apa-apa hal pun, first of all let me explain on the exact location of Pulau Banding.


Melihat gambarajah di atas (gambarajah? macam cikgu sekolah pulak!), inilah dia Pulau Banding yang terletak di Tasik Temenggor. Nampak tak dua batang jalan tu? Belah kiri tu jalan ke Utara, dan kanan jalan ke Kelantan. Belah atas sana tu ialah Hutan Royal Belum dan bahagian bawah (tak kelihatan) adalah Hutan Simpan Temenggor. Untuk kepastian yang pasti, silalah google. Pulau Banding ni dimiliki dan dibangunkan oleh EMKAY Group. Jadi tak hairanlah dengan seni architecture eco yang menarik dapat dilihat pada Belum Rainforest Resort










 




This eco resort is so damn cool! Memang tak rugi saya joined trip ni walaupun pada mulanya perasaan "tak selesa", pacat, nyamuk berlegar-legar di fikiran.


Kedatangan kami disambut dengan kemeriahan tarian "tawaf" oleh orang asli tempatan.


Selain aktiviti "wajib" jungle trekking, I have experienced a lot of things seperti mengunjungi kampung orang asli nun jauh di dalam hutan, panjat bukit ke air terjun tingkat keempat dan cruising Tasik Temenggor menaiki Houseboat! Mai nak cerita satu-satu... Iklan sat, kalau nak elak kena gigit pacat, u can get these anti-leech socks at RM25, ada dijual kat lobby resort.


HIGH-FIVE WITH JAHAI!

Raho, Syikin dan Noni

Welcome to "The Lost World"! How to get here? Sebaiknya beritahu pihak resort dua minggu sebelum korang bercadang nak "masuk" ke kawasan pedalaman ni. Because you know why? You need to get permit dari pihak berkuasa yang perlu melalui beberapa prosedur. Tak boleh main redah jer! Lebih kurang sejam dari Pulau Banding menaiki bot laju ke Sg Tiang yang terletak nun jauh di tengah belantara Royal Belum. 







Wah, cantiknya! Sumpah cantik! Rasa seronok gila masa mula-mula sampai kat sini. At the same time rasa bangga pulak dengan diri sendiri sebab berjaya ke sini. Hehehehe... Culture shock hokay! Nak jejak ke kampung ni 15 minutes walk from the pier.




Kampung ni didiami masyarakat orang asli Jahai, suku Negrito. Kulit diorang sangat gelap, rambut perang curly halus, sebijik macam orang Afrika! Tapi kulit diorang sangar licin dan halus bila dibelek. Sedang memandang ke sana ke sini, tetiba ada satu benda yang buat saya berkata "Aik!"...      

Diorang pun langgan Astro hokay! Jangan main-main! Hutan-hutan jugak, AF, Imam Muda, CSI, Oprah, E!News mesti mau layan!!!  Dan lagi satu yang membuatkan ada selebriti tetiba bangga...

 
Dunia seni tetap diikuti yer!

Next, singgah ke Toy Libary yang menjadi "rumah kedua" buat kanak-kanak di sini...



Ya, memang takde apa yang kurang di pre-school ini. Sama je macam tadika di bandar. Malah kagum dan terharu sekejap tengok budak-budak bijak ni belajar. Syabaslah Yayasan Emkay kerana membangunkan Toy Library ini siap dengan tenaga pengajar yang membimbing remaja Jahai untuk menjadi cikgu di sini! Kalau nak datang sini, bawaklah jajan! Mesti budak-budak ni suka :)

PANJAT DAN TERJUN!


Tambah lagi satu jam lebih boat ride dari Sg Tiang - Pulau Banding - Sg Enam yang terletak di bahagian bawah Pulau Banding (tak nampak dalam gambar no 2). Maknanya di bahagian Selatan, iaitu di Hutan Simpan Temenggor. Apa ada kat sini? Flora dan fauna yang jarang ditemui dan air terjun!!!









We need to walk (lagi!) to get to dining deck for lunch. Dah kenyang, panjat lagi bout 15 minutes untuk ke air terjun paling atas di level keempat! Fuh!!!

  



Rugi tak mandi! Lepas basah kuyup dan kecut, kaki pun dah melecet, saya kerugian tak join yang lain pergi tengok Bunga Rafflesia. Jeles pulak tengok gambar orang lain dengan Rafflesia tu :(

LAKE HOUSE BERGERAK!


Yang ni sumpah best! Idea percutian menyusuri Tasik Temenggor dengan houseboat tiga tingkat pasti mengujakan!




"Rumah bot" ni boleh memuatkan sehingga 16 orang untuk tidur kat empat bilik yang ada.  Idea baru kalau nak buat family day atau percutian dengan kengkawan. Yelah, asyik-asyik tepi pantai kat PD je kan? Berapa harga? RM3300 untuk 2 hari 1 malam dan RM5500 untuk 3 hari 2 malam. Siap makan tau! Kalau RM3300 bahagi 16 orang maknanya lebih kurang RM206.25 sorang.



Bosan? Memang taklah! Mestilah ada banyak aktiviti yang korang boleh plan untuk dilakukan sepanjang "cruising" Pulau Banding. Antaranya...



Karaoke bebeh! Gila banyak pilihan lagu korang boleh nyanyi. Boleh buat pertandingan karaoke ala-ala AF. Undilah pakai kertas jer!

Board games anyone?


Macam-macam jenis board games tersedia! Termasuklah congkak. Lama siut tak main congkak. Letak tujuh bijik guli dalam setiap lubang dan jalan...

Lagi? Ada pancing tersedia untuk kaki pancing atau yang cuba-cuba nak cuba nasib memancing, boleh buat barbeque session kat tingkat paling atas atau kalau korang tetiba rasa nak "anti social", boleh lepak di "living space" baca magazine pun best...


Okaylah, kitorang nak balik dah! Naik houseboat ni berhenti kat Sg Klang boleh?

Nak update mengenai Artis Pencinta Alam? Go "like" APA now on Facebook!


P/S: Balik raya ni singgah! Amacam?

www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011