Pulau & Pantai Hopping Bersama Henry

Wednesday, July 13, 2011 by Zura Ahmad
Jom berangan bercuti bersama si hensem Henry Golding 9.30 malam ini di 8TV!


Without Boundaries memuatkan 10 episod yang padat dengan info dan aktiviti-aktiviti menarik sepanjang berada di pulau dan pantai. Antara destinasi-destinasi yang dimuatkan di dalam program ini Pulau Perhentian, Pulau Redang, Tenggol, Lang Tengah, Pulau Tioman, Pulau Rawa, Cherating, Pulau Langkawi dan Pangkor Laut.
Henry juga akan membawa anda ke Sabah yang cukup dikenali dengan keindahan pulau-pulau di sana antaranya Pulau Manukan, Pulau Sapid dan juga Pulau Tiga yang cukup popular kerana menjadi lokasi penggambaran rancangan realiti popular ‘Survivor’. Tidak lengkap sekiranya tidak menyelam di Sipadan dan Mabul. Henry berkesempatan ke Sipadan dan Mabul dan turut ke Pulau Layang-Layang!
Henry yang mempunyai sijil menyelam akan membawa anda mengenali dan menikmati keunikan dunia di dasar laut tidak ketinggalan menyaksikan keindahan alam semulajadi yang pasti memukau pandangan anda!
Bila ditanya apakah memori atau pengalamannya yang paling sukar dilupakan, Henry bercerita bagaimana dia terserempak dengan ikan jerung Hammerhead semasa menyelam di Pulau Layang-Layang. Sambungya lagi “ kami sedang menyelam di sepanjang terumbu karang dengan kedalaman 35m, tiba-tiba entah dari mana, muncul ikan jerung Hammerhead di hadapan dan saya terkedu! Saya berfikir dalam diri sendiri “besar ikan ni. Eh kejap..dekatnya ia!
Bila saya mengetuk tangki oksigen untuk menarik perhatian mereka yang lain, ikan jerung itu sudah pun berenang pergi."

0 comments:

www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011