Take 5 With The Travel Goddess!

Wednesday, July 13, 2011 by Zura Ahmad
Siapa lagi kalau bukan Samantha Brown! Siapa yang tak jeles dengan dia?; wanita dengan kerjaya paling syok di dunia. Kerja dia bercuti jer!



Saya berpeluang bertemu Sam di KL baru-baru ni. Semestinya tak lepas peluang bertanyakan macam-macam pengalaman menarik yang pernah dilalui. Antara lima perkara yang dipelajari daripada siri penjelajahannya ialah...

1.  Supaya boleh handle jet lag, elak minuman kafein seperti kopi beberapa hari sebelum penerbangan panjang. Bila dah tiba di destinasi, baru pekena kopi. Sebabnya takut kesan "segar" dari kopi tak "lut" kalau dah minum sebelum tu.

2. Sentiasa ada Plan B. Selalunya Plan A selalu tak menjadi atau tak praktikal untuk dilaksanakan, dan Plan B pula sebenarnya lebih exciting!

3. Ketahui perkataan mudah destinasi yang bakal dikunjungi, paling kurang "Hello", "Please", "Thank You".

4. Sentiasa bawak sweater dan snek ke mana saja pergi.

5. Dan... jejaka paling kacak di dunia adalah dari Sepanyol bebeh!


Jangan lupa buat "appointment" dengan Samantha Brown yang baru saja jelajah Asia termasuk Malaysia dalam rancangan Samantha Brown's Asia, bermula Isnin, 25 Julai ini, jam 10 malam di channel TLC.




1 comments:

Abuyonce said...

Love her so much

www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011