No Boys Allowed!

Tuesday, April 26, 2011 by Zura Ahmad

Pening nak pilih destinasi dan hotel mana yang sesuai untuk percutian bersama BFF? Jom klik www.hotels.com untuk penginapan yang "direka" untuk traveller wanita...  

GRANGE CITY HOTEL, LONDON
Hotel lima bintang ini menawarkan 68 kamar selesa buat kaum hawa dengan tahap keselamatan tinggi. Siap ada pullout make-up mirror. Berlokasi di pusat bersejarah kota London, sesiapa yang menginap di tingkat atas boleh nampak view Tower of London dan Tower Bridge. Harga bermula dari RM435 semalam.
 
THE PREMIER HOTEL, NEW YORK
Mempunyai ladies-only-floor di New York City's Times Square dengan akses ekslusif menggunakan elevator key-card. Sebaik melangkah masuk ke kamar mandi, ada amenities mewah produk mandian LATHER seperti loofas dan bath salts, hair straightener, curling iron dan macam-macan girlish essentials. Harga bermula dari RM1,542 semalam.
NAUMI HOTEL, SINGAPORE
Lebih dekat, dan lebih realistik untuk rancang weekend getaway dengan BFF. Berlokasi di Seah Street, di tingkat "ladies-only" mempunyai akses melalui pintu kaca yang membawa korang ke "oasis". Dekorasi kamar mempunyai sentuhan feminisme. Harga bermula dari RM900 semalam. 


CROWNE PLAZA MILWAUKEE-WAUWATOSA, USA
Hotel mewah ini telah menukar tingkat ke tujuh kepada Women's Executive Level. Bilik penginapan yang mempunyai Victoria's Secret bathrobes, blow dryers dan vanity mirrors. Harga bermula dari RM270 semalam.
THE WESTIN GURGAON, NEW DELHI
Uniknya hotel ini mempunyai "Aura" guestrooms hanya untuk lady travellers. "Dijaga" oleh staff members wanita sahaja. Perabot chic mencantikkan sudut ruang, meja solek di kamar mandi yang luas, tab berendam dan mandian mewah rainforest. Harga bermula dari RM630 semalam.   

0 comments:

www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011