Hilton Amsterdam

Friday, April 15, 2011 by Zura Ahmad
Setelah penat berbasikal mencari Hilton Amsterdam yang rupanya tak jauh mana...

Tolonglah percaya saya naik basikal. Tak percaya? Fine, tinggal lah basikal ni kat sini...

Okay, jom ikut jalan kaki lepas turun tram di hentian Hobbermastraat iaitu di tengah-tengah jalan di sini..

Pandang belah kiri, jalan terus menuju ke hotel Hilton.

Sambil jalan kaki, sambil terpegun tengok rumah-rumah kat sini. Cantiknya!!!

Yeay! Dah nampak tulisan HILTON! Sah inilah hotelnya. Cepat masuk!

Lobi yang luas. Typical Hilton. Kunci bilik dah dapat, jom naik bilik pulak!

Sampai depan lift kita amek gambar dulu!


Dari tingkap lif, boleh nampak pemandangan berhadapan hotel Hilton ni...



It is a pleasure to stay in this beautiful hotel when the window view is Ya Allah!!! breathtakingggg....



Macam mana rupa bilik King Deluxe Canal View ni?



Boleh pilih nak bantal macam mana. Order jer!

Once angkat, consider sold!



Perfect untuk honeymooners kan? Tapi ada satu suite gempak kat hotel ni, antara bilik bulan madu paling famous di dunia...


John & Yoko Ono Suite bebeh! RM8000 semalam beb! Belum mampu lagi atau lebih tepat takkan mampu nak tido bilik ni :(

Jom lah kita lambai kat suite penuh glamor ni dari bawah... (yang ni hari kedua sebenarnya)

Where we had our yummy breakfast.

Nak duduk sini terus boleh takkk???










Familiar tak dengan signage ni? Inilah Half Moon Lounge. Bar outdoor ala nautical-style rekaan Ralph Lauren. How I miss this place. Sigh...


Ketika saya dan Maisara "excuse me" ke WC sekejap, mereka berkomplot...


Lin dan Diot telah merealisasikan impian nakal kami. Tiup lilin atas space cake. Wink wink...



Happy birthday to me! (dah nyanyi lagu birthday untuk diri sendiri macam Usop Wilcha pulak dah)

Terima kasihlah kengkawan sekalian. We olls terharu sangat (sambil mengunyah sikit sorang).  

Backpacking konon! Tapi duduk hotel five star ape cer? Alasannya, sebab spoilt brats semua ni (tak termasuk saya) cuak lebih lepas tengok cerita Taken dan terbaca kat newspaper ada Malaysian stewardess mati kena bunuh kat Amsterdam. Kengkonon duduk well known hotel selamat sikitlah. Tapi berbaloi sebab we only had one night to splurge on accommodation kat Amsterdam. Memang best!!! Buat tempahan melalui www1.hilton.com atau kadangkala lebih murah di booking.com.    

Apollolaan 138, Amsterdam, Netherlands 1077 BG
Tel: 31-20-710-6000    Fax:  31-20-710-6080



Posted in Labels: , | 2 Comments »

2 comments:

diha said...

hi zura, nak tanye about this hotel. it's quite centre kan? senang nak pegi all famous places in amsterdam. appreciate if you could share your stories with me =) email me ya:dihaamir@gmail.com

Zura Ahmad said...

Hi Diha,

This hotel is quite central. Boleh jalan kaki, tapi tak dekat macam 10-20 langkah. But still dekat to me. Kalau u baca balik entry http://travelistah.blogspot.com/2011/04/perjalanan-kaki-dari-oud-zuid-museum.html

i dah pictured perjalanan from Hilton to attraction spots mcm Van Gogh Museum, IAmsterdam etc etc... anything email jer zura.ahmad@gmail.com.

Tak rugi stay kat sini, scenery cantik, makan best!

www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011