After Amstee and Paghi...

Friday, April 22, 2011 by Zura Ahmad
...I have learnt a few mistakes yang boleh dielakkan bila bercuti di kemudian hari. Antaranya ialah...

JANGAN LEMBAB!

Kesalahan sendiri yang patut diambil sebagai pengajaran oleh korang semua. Pengakuan: Kami bertiga tiba di LCCT setelah kaunter check-in telah ditutup 20 minit yang lalu. Mana taknya, jalan jam ya amat! Lain kali kalau waktu berlepas jam 9, gerak ke airport dari jam 5 pun tak apa. Tuhan saja yang tahu betapa pucatnya dan keringnya tekak kitorang berlarian ke kaunter check-in. Lagi tiga orang dah lepas dalam perut kapal terbang! Peluang kitorang untuk on board sangat tipis masa tu. Staff Airasia tu mulanya cakap kitorang je boleh naik pesawat, luggage kena tinggal. Gila??? Tapi dek kerana budi bicara, punyalah baik staff Airasia bawak jugak kitorang naik kapal terbang sambil berlarian tarik luggage kitorang. Ya, luggage yang sebesar gedabak tu! Bayangkan ketika pegawai kastam scan bagasi gergasi yang berat amat tu. Memang nak nangis masa tu! Kalau flight pergi Jakarta takpe lagi, ini Paris pulak tu! Tapikan, ada hikmahnya tau; saya sempat timbang luggage masa merayu kat kaunter check-in. Gila 20kg ++. Dah melebihi 15kg (saya ambil berat minima waktu pergi dan maksima masa balik). Kalau tak, belum apa-apa lagi dah nak kena bayar extra baggage fee. Fuhhh, selamat aku! Walau apa pun, I love you lah AirAsia!

Masa nak balik pun drama jugak kat Orly airport. Kitorang awal-awal dah check-in. Tapi disebabkan masing-masing khayal pergi kedai tu, kedai ni, tak sedar lagi 5 minit flight nak berlepas. Siap kene cari dengan staff AirAsia Paris dan siap kena marah kononnya pasal kitoranglah flight lambat berlepas. Kena lagi! Bila dah masuk dalam flight tu, memang padanlah muka kitorang kena daring dengan penumpang lain. Serik beb!

GIGIL GLOVES

 Google Image

Untuk yang tak tahan sejuk macam saya, material gloves atau sarung tangan sangat penting. Gloves saya 100% adalah leather. Lining pun leather. Jawabnya pakai gloves pun terasa sejuknya. Apa yang boleh saya buat ialah pakai sarung tangan dengan material wool di dalam kalau masih nak bergaya dengan 100% leather gloves tu atau cari leather gloves dengan material lining yang mampu memanaskan tapak tangan.

UGGLY UGG

 I should have bring my ugg boots! Menyesal gila tak bawak sebab ugg and winter are bestfriends! 

SELANGKAH KE METRO/TRAM

Alangkah baiknya kalau Metro atau Tram station selangkah cuma. Jimat tenaga dan masa. Lagi-lagi bila terpaksa bertahan dengan cuaca sejuk. Jadi, pastikan tempat tinggal korang tak jauh dari hentian train jika merancang untuk mengambil pengangkutan awam ini sepanjang masa.

Nak tambah lagi satu mistake boleh tak?

Kitorang bertemu dengan taxi driver hensem masa pulang dari Moulin Rouge. Nama dia Mehdi. Hensem sikit dari Gerard Butler. Silapnya, kenapa aku tak amek gambar dengan dia??? Kalau tak, boleh korang cuci mata ;p
 





 

5 comments:

Anonymous said...

I found your blog very useful for my Paris Trip. Tq for the tips. Insya Allah, will refer to your blog again. Thanks again. Mas

Anonymous said...

I found your blog very useful for my Paris Trip. Tq for the tips. Insya Allah, will refer to your blog again. Thanks again. Mas

Zura Ahmad said...

Thank you Mas. Keep on reading ya! Enjoy Paghi!

Anonymous said...

Dear, i punya flight nanti balik from Paris Orly gak sbb naik Air Asia tapi pukul 10 pagi...sempat tak claim VAT bagai kat kastam sana nanti? Need ur advice sbb I dengar claim VAT ni amik masa sket...Rara :)

Zura Ahmad said...

Hi Rara,

Orly punya VAT counter takdelah busy mana. Queue tak panjang pun. As long as u dah ada semua VAT forms, should be alright insyallah. So remember, every time shopping more than 150 euro (kalau tak silap), terus mintak VAT form. Kat Lafayette pun jangan lupa mintak form tu kat bawah skali.

www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011