Dari Notre Dame ke Jardin du Luxembourg

Monday, March 28, 2011 by Zura Ahmad
Over minah ni! Oops, saya ada alasan sendiri kenapa outfit masa ni dah macam Lady Gagak. Plan asal, nak pakai baju yang di dalam jer, tapi sebab weather sangat sejuk ya amat (berangan nak pakai lacy dress dgn embellishment gancu pegi Mardi Gras), trench coat yg sepatutnya pakai dengan all black top and bottom terpaksa dipakai juga. Dalam gambar nampak jer panas.

Selepas menikmati dua scoops Berthillon ice cream di Ile Saint-Louis, kami jalan kaki ke Notre Dame yang tak jauh mana pun. Sekali lagi saya paste map dari Berthillon ke Notre Dame. Dari no. 9 ke no. 5. 

       
Antara view yang boleh dilihat sepanjang perjalanan...


My favourite souvenir shop. Ada Eiffel Tower Merci Gustave kat sini and of course its way cheaper here.


Teropong seberang jalan,  tempat kitorang berhenti turun bot tadi.



Yang ni masa tengah jalan kat atas bridge Pont Saint-Louis yang boleh dilihat dalam map di atas. 


Aura-aura spring kelihatan bila ternampak bunga-bungaan di perkarangan Cathedrale Notre Dame.



Kat sini pun banyak kedai souvenir, cafe dan gerai crepe best.



Kitorang tak plan pun nak masuk ke dalam Cathedrale ni. Jadi singgah sekejap amek gambar dan bergegas ke "check point" seterusnya, Rue Bonaparte untuk misi mencari Pierre Herme macaron. Untuk ke sana, kalau ada tenaga kuat berjalan macam kitorang memang takdehal kalau nak berjalan kaki. Maknanya patah balik ke seberang tadi dan berjalan melalui Boulevard Saint-Germain. 




Oh, rupanya di Rue Bonaparte ada cafe Laduree juga. I skipped this one sebab dah pernah rasa. 


Selepas jalan dan berjalan, menempuhi Louis Vuitton dan sebagainya, agak confuse bila sampai di jalan besar. Jadi jangan malu bertanya. Jumpa akhirnya kedai macaron Pierre Herme...



Hamek kau giant macaron! It cost me bout EUR4++ each. Yang kecik pulak EUR1.95 each. Tapi kalau beli  4pcs above kira per gram so it could be cheaper. Oh btw, trillion thanks to Alia for her advice on my Paris itenarary termasuklah part mencuba Pierre Herme macaron ni. Kalau nak Paris trip korang happening, do visit her blog tau! Dan macaron Pierre Herme sememangnya terbaik! I'm brave enough to say this is the best macaron ever, even better than Laduree's. Macaron Laduree mungkin terlalu manis untuk tekak saya. Sampai tak tau beza yang ni flavor apa, ni flavor apa. Tapi terpulang juga pada tekak masing-masing yer.

Seterusnya, kitorang kuatkan semangat jalan lagi ke depan sikit melalui Rue St Sulpice untuk sampai ke taman Jardin du Luxembourg. Mak ai... cantiknya landscape taman ni!!! Kalau dah berbunga mesti lagi cantik!



Nampak tak blocks pokok-pokok tersusun kat belakang tu?







Bila jam dah menunjukkan hampir 7.00pm, kitorang bergegas ke Metro Odeon untuk ke Hotel de Ville. Last stop perayaan Mardi Gras atau lebih dikenali sebagai Carnaval de Paris yang sedang berlangsung pada hari itu! Tak sabar!!!



Posted in Labels: | 2 Comments »

Scream For Berthillon Ice Cream!

Saturday, March 26, 2011 by Zura Ahmad

Sedap, memang sedap! Berbaloi masukkan "betiyon" dalam itenarary padat untuk hari ini. Tapi ingat, kedai ais krim ni tutup setiap Isnin dan Selasa. Sebab tu lah saya rancang ke sini pada hari Ahad sebab Rabu the whole day nak habiskan masa shopping-moping sebelum balik keesokannya. Operation hour pulak dari pukul 10.00am - 8.00pm.  

How to get here? Sama ada naik Metro, cab atau dengan cara seperti yang saya ceritakan di entry "Cruising Sungai Seine" sebelum ni, jalan kaki dari Quai de la Tournelle, naik jambatan Pont de la Tournelle, jalan terus, masuk simpang kedua belah kanan. Jangan confuse sebab kat sini ada banyak kedai Berthillon, direction yang saya bagi ni ada jual ais krim sahaja. Nak duduk-duduk, lepak-lepak boleh ke next door.  






We were lucky sebab masa sampai tu takdelah ramai orang pun.

Perisa yang available boleh tengok kat senarai di dinding tu. Saya pilih chocolate dan passion fruit. Boleh pilih nak dalam cup atau cone. Harga bout EUR3.20 for double scoops. 



Tengok tu! Tiba-tiba ramai pulak yang kerumun kedai ais krim ni walaupun masa ni weather sangat sejukkk!!!


Ada dua orang budak comel across the street. They are from State. Terserempak lagi sekali masa kitorang ke Disneyland.

Okay next, jalan kaki ke Notre Dame!

29-31 rue saint Louis en l'ile
Tel: 0143543161


METRO:
Pont Marie
Saint Paul
Cardinal Lemoine
Posted in Labels: | 0 Comments »

Cruising Sungai Seine

Friday, March 25, 2011 by Zura Ahmad

Pagi kedua di Paris setelah meninggalkan City of Lights ini ke Amsterdam dua hari lamanya. We achieved 100% itenarary untuk hari ini. Jom mulakan dengan menyusuri Sungai Seine menaiki Vedettes de Paris; double deck bateau atau bot.





Instead of naik Metro dan tak boleh sightseeing at the same time untuk ke lokasi seterusnya, kitorang sempat kejar bot yang berpengkalan dekat dengan Eiffel Tower. Harga tiket EUR13 untuk "The Stop at Notre Dame". Tujuan nak berhenti kat situ sebab nak pegi kedai ais krim Berthillon near by Notre Dame.    



We were the most tourists yang tak reti duduk diam. Tak ubah macam Bangla camwhoring kat KLCC. Ah, lantaklah! Bukan orang kenal pun ;p

 



Dah habis berposing kat atas, kitorang beramai-ramai turun ke bawah. Sempat isi perut dengan pasta box yang dijual kat cafe dalam bot ni.




Dah sampai Quai de la Tournelle. 5 minit jalan kaki ke Notre Dame. Ya, itulah Notre Dame!  


Next, ke Ilé Saint-Louis untuk "betiyon" ice cream dan ke Ile de La Cite di mana terletaknya Notre Dame, kawasan paling mahal di Paris. Kata tour guide dalam bot tadi. 

Perjalanan kaki boleh dibayangkan seperti di bawah:


Posted in Labels: | 0 Comments »

La Grande Mosquee de Paris

by Zura Ahmad


Google Image

Sengaja tak plan apa-apa untuk hari pertama sebab nak ikut kesesuaian masa. Antara pilihan sama ada nak ke Palais de Tokyo, lepak di Montmarte tapi hari dah lewat atau ke "moski" (mosquee) masjid besar di Paris. Bincang punya bincang, ke masjid jawabnya! Masjid cantik ni terletak di Arrondissement 5th, dekat dengan Jardin des Plantes. Boleh dinner terus kat halal Restaurant du Hammam de la Mosquee attached dengan masjid ni memandangkan hari pun dah lewat petang. Ya, sebuah restoran dan juga hammam atau spa. Kalau banyak masa, teringin jugak nak try Turkish bath kat sini. Kengkawan bujang (dan yang tak bujang, ehem...) semakin teruja bila sampai depan masjid kami "disambut" mamat Spanish, Muslim dan hensem ;p   

Disebabkan kebuluran, kitorang decided makan malam dulu...


Ni snapped siap-siap, EUR58 (kira-kira RM250) untuk one session of Turkish bath siap dengan makan lagi! Phone number pun dah ada, apa lagi buatlah appointment!


We had "kuskus" (couscous) bersama ayam dan lamb skewer yang dihidang bersama kuah ala-ala dahl, kismis, kekacang, penuh semeja. Kalau tak silaplah, satu set couscous dengan ayam sekitar EUR16. Oh, mint tea dia sangat sedap!    


Wajah-wajah kepenatan dan kebuluran. Ambience kat sini memang boleh tangkap lentok macam nak tidur jer terus sampai pagi esok. Tak percaya tengok ni:





Kalau kulit biawak tahan angin sejuk nak lepak kat luar ni pun best.    


Kaunter manisan terletak di hadapan, in between restoran dengan hammam. 


Bila dah kenyang, barulah patah balik ke masjid. Sayangnya, masjid dah tutup!!! La... ingatkan bukak 24 jam. My bad sebab tak tanya dulu kat mamat kacak lagi menawan tadi. Takde rezeki nak tengok sendiri keindahan dalam masjid yang nampak cantik dalam internet :(

39, Rue Geoffroy Saint-Hilaire

METRO:
Censier Daubenton (460 m)
Place Monge (468 m)
Métro Saint Marcel (672 m)  
 
Posted in Labels: | 0 Comments »
www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011