Majalah LISA Malaysia Isu #1 - My Krabi Story Yo!
Saturday, November 12, 2011
by Zura Ahmad
Alhamdulillah! Akhirnya another brand new Malay magazine on the news stands today! Ya, LISA Malaysia yang dibawa dari Jerman ini sebahagian dari hidup saya bila kini saya adalah Penulis Gaya Hidup untuk majalah ini (antara sebab dah lama tak update blog ni sebab bertungkus-lumus beri yang terbaik untuk isu pertama dan seterusnya). Apa yang best untuk kaki travel? Pastinya helaian "Nota Kembara" untuk dibaca setiap DUA MINGGU! Yes, every fortnightly. Kalau di Thailand, versinya diterbitkan setiap minggu. Lagi best untuk cuci mata, fashion spread kali ini kami lakukan di Golden Palm Iconic Resorts di Sepang Gold Coast bersama photographer glamorama Bustamam Mokhtar dari White Studio. Get your first issue now at only RM3.90! Cover Fazura lagi tau! Jumpa lagi dua minggu!
Meet Craig
Monday, September 12, 2011
by Zura Ahmad
Siapa Craig aka Khairul (konon nama manja Malaysianya)? Ha... kalau nak tahu kisah hebatnya hitch-hiking dari Turkey hingga ke Malaysia, jom kita baca di travel blog mamat Jerman ni www.thumbingasia.blogspot.com. Craig yang fasih berbahasa Melayu ni sangat kelakar orangnya. We met once at AirAsia buka puasa event Ramadhan lalu dan sempat jugak dia share pengalaman gempaknya menumpang kenderaan orang dari satu tempat ke satu tempat sehinggalah ke Shah Alam. Kisah perjalanannya juga ada dikeluarkan di Utusan Malaysia baru-baru ini...
p/s: Teringat cerita kelakar Euro Trip!
p/s: Teringat cerita kelakar Euro Trip!
"The Beach"
Wednesday, September 7, 2011
by Zura Ahmad
google image
Krabi
Babe, u cuba adapt itenarary yg i dah buat kat bwh ni:bajet tu depends on ow many days nak pegi. But I would say below RM1000 for 4d3n overall. Maybe u can adapt the itenarary below mcm last time kitorg pegi:
Check out hotel ni www.royalnakara.com. Located at Ao Nang beach. You can imagine Krabi ni kononnya mcm PD, pastu Ao Nang beach ni kononnya Pantai Teluk Kemang.
You may ask Ms Parichat at reservation@royalnakara.com for the rate. You can also ask her for the transportation. Mintak driver muslim so senang nak pegi makan.
Recommended Itenarary:
1st day -
Check in hotel, makan malam n jalan2 kat area Ao Nang. Halal food senang je nak cari, u can ask the hotel receptionist n even some of the staffs are muslim. Malam ni you n partner can go for body massage/reflexology etc. Body massage dia murah gila dalam RM25 per hour! You boleh jalan sepanjang jalan Ao Nang tu utk pilih massage centre. Kat situ pun ada bazaar if u wanna get sourviniers, t shirts...
2nd day - The Beach
Pagi ni you boleh amek pakej tour to Koh Phi Phi. Sorang kene bayar dalam RM120. Pakej ni termasuklah boat yg akan bawa you to Koh Phi Phi and Pulau sekitar, snorkelling and halal food lunch buffet. Kat Koh Phi Phi ni ramai Muslim. Buffet pun not bad sedap. Koh Phi Phi ni terletak di antara Krabi and Phuket. So ramai jugak tourist dari Phuket yang akan ke sini dan lunch sama2. Masa ni diaorg akan bawak you pergi Maya Bay, scene dalam film The Beach yg Leonardo Di Caprio berlakon tu!
3rd day - Jungle Discovery
You amek pakej ke hutan pula! Best! Rate pun tak silap sama dalam RM120 seorang. Termasuk lunch, transport. Dia akan bawak you pegi EMerald Pool, Hot Spring dgn Tiger Temple kalau tak silap. Tapi bayaran masuk ke tempat2 ni you kene bayar. Kalau tak silap RM15 kot sorang. Tip nak masuk free: Pegi after 5pm, guard yg jaga pintu tu dah balik rumah. Tp mmg tak sempat kalau nak tunggu petang sgt.
4th day - Town
Kalau u larat nak amek pakej lagi utk berkayak ke pulau2 berdekatan mcm Hong Island, Poda Island boleh teruskan amek pakej yg harga pun sama rasanya RM120 sorang. Tapi kalau dah letih, u can jalan2 kat Railay beach. Pantai kat sini cantik. Terletak bersebelahan dgn Ao Nang. Pastu sambung ke town Krabi pulak utk sesi shopping. Kat sini murah sket kalau nak shopping and ask them kalau ada pasar malam yg ada jual baju2.
5th day - Balik.
utk pakej u boleh compare dgn ejen kat Krabi ni. Maybe u boleh minta kurang kat this girl named Patty. Ni website dia http://www.krabitours.com/
Pastu kalau you nak tau lagi review n pix pasal Krabi, check out this website:
http://www.krabi-beach-lover.com/
The Royal Nakara - Ao Nang Krabi Thailand
www.royalnakara.com
The Royal Nakara - Ao Nang Krabi Thailand
Keropok Lekor Review
Monday, September 5, 2011
by Zura Ahmad
Dah alang-alang ke Kuala Terengganu raya lalu, shopping keropok lekor is a must. Terbaru, saya terdengar keropok lekor BTB (Bukit Tok Beng) dekat Seberang Takir di Kuala Terengganu antara yang sedap kala ini (siap kena amek nombor giliran u olls). Tapi sayangnya hari itu hari Jumaat, jadi kaunter keropok lekor BTB tutup lah pulok!
Kalau nak tahu keropok kat mana lebih sedap, saya lebih suka yang terjual di tepi jalan nun jauh di Kemaman (depan sikit selepas Shell jika menuju ke KL). Keropok cap teratai memang sedap!
Memandangkan di musim raya kemungkinan gerai tutup adalah tinggi, jadi saya ke Losong, juga terletak di Kuala Terengganu. Saja beli jugak keropok kat situ untuk kengkawan dan officemates walaupun penduduk tempatan mengatakan keropok Losong dah tak berapa "kaw" leng ning (hari ni). Satu gerai jer yang selalu saya singgah selama ni, iaitu Gerai Kak Yah. Tapi tak tahu kenapa gerai ni semakin suram, tak happening macam dulu, beratur panjang. Ada sebuah gerai bernama Adnan pula yang dipenuhi orang. So, Ive decided to try out keropok yang dah digoreng di setiap gerai yang ada (dan dibuka pada hari itu).
Lapan gerai saya singgah iaitu Kak Yah, Kak Mek, Ori, Rohayati, Zah (Zan), Kedai Kita, Paksu dan Warisan 14. Yang lain-lain tidak tercuba sama ada kedai tu tutup atau diorang tak jual keropok yang dah disiap goreng. Kunyah punya kunyah satu persatu, saya dapati Kak Yah, Warisan 14 dan Paksu antara yang boleh dikatakan enak. Tapi saya kecewa dengan sos cili yang tak sedap. Kenapa agaknya ya?
I was lucky, gerai keropok di Kemaman buka pada hari itu. Memang lebih sedap, sosnya juga!
Kalau nak tahu keropok kat mana lebih sedap, saya lebih suka yang terjual di tepi jalan nun jauh di Kemaman (depan sikit selepas Shell jika menuju ke KL). Keropok cap teratai memang sedap!
Memandangkan di musim raya kemungkinan gerai tutup adalah tinggi, jadi saya ke Losong, juga terletak di Kuala Terengganu. Saja beli jugak keropok kat situ untuk kengkawan dan officemates walaupun penduduk tempatan mengatakan keropok Losong dah tak berapa "kaw" leng ning (hari ni). Satu gerai jer yang selalu saya singgah selama ni, iaitu Gerai Kak Yah. Tapi tak tahu kenapa gerai ni semakin suram, tak happening macam dulu, beratur panjang. Ada sebuah gerai bernama Adnan pula yang dipenuhi orang. So, Ive decided to try out keropok yang dah digoreng di setiap gerai yang ada (dan dibuka pada hari itu).
Lapan gerai saya singgah iaitu Kak Yah, Kak Mek, Ori, Rohayati, Zah (Zan), Kedai Kita, Paksu dan Warisan 14. Yang lain-lain tidak tercuba sama ada kedai tu tutup atau diorang tak jual keropok yang dah disiap goreng. Kunyah punya kunyah satu persatu, saya dapati Kak Yah, Warisan 14 dan Paksu antara yang boleh dikatakan enak. Tapi saya kecewa dengan sos cili yang tak sedap. Kenapa agaknya ya?
I was lucky, gerai keropok di Kemaman buka pada hari itu. Memang lebih sedap, sosnya juga!
Singapore Wicked Weekend
Thursday, August 25, 2011
by Zura Ahmad
Sempena Anugerah Planet Muzik di Singapura Julai lalu, saya sempat curi peluang berjolly-good-weekend di Kota Temasek buat kesekian kalinya. Besides suka bercanda di sepanjang Orchard Road memegang paper bags di kiri dan kanan, saya "heret" kawan-kawan ke "Telawi Street" versi Singapore, tak lain tak bukan Haji Lane lah! Initially, nak hunting butik yang menjual Melissa jelly shoes kot-kot kalau diorang carry collection yang best. Tapi enjoy pulak tengok kedai-kedai warna-warni di sepanjang Haji Lane ni. Apa lagi, camwhoringlah!
So this is the shop that I wanted to go...
They're not only have chic stuffs in store, when there were three furry friends who lived in the boutique. One of them named "Ampang"...
Mana lagi saya sempat pegi dalam masa sehari sebelum "terbang" di sebelah malamnya?
Mula-mula ke Bugis Street untuk jumpsuit dengan harga serendah SGD15, dan aksesori rantai dengan hanya SGD9 for 2, I love it! Tapi kerana saya ditemani photographer diva bernama Kamali yang tak suka bersesak, kami pun ke tempat yang lebih "kellas" kononnya...
Melalui Olympic Walk, we headed to Marina Bay Sands shopping centre, perabeh SGD...
Saya tidur kat mana kali ni?
Fairmont Hotel yang berlokasi di Bras Basah Road. Terletak betul-betul bertentangan dengan Raffles Hotel.
Lokasi ni memang saya suka sebab dekat dengan tempat liburan happening seperti Chijmes selain attached dengan Raffles City Complex. Memang convenient nak bershopping!
P/S: Cis, tak puas ronda Bugis Street! :(
Durian Durian
Friday, July 22, 2011
by Zura Ahmad
Gila durian? Nak makan durian sedap tapi tak mampu sebab harga melampau mahal? Jom ramai-ramai turun Shah Alam. Cari "Gerai Buah-buahan Segar" yang terletak betul-betul berhadapan dengan pintu utama SACC Mall (across the road). Durian dijual serendah RM2 sebijik! Atau kalau nak lebih puas hati, splurge on Durian Balik Pulau as low as RM20 3 bijik atau durian cantik macam kat bawah ni, hanya RM15 sebijik! Kat Balik Pulau pun tak semurah macam ni, puas hatilah!
P/S: Buah-buah tempatan lain pun ada, cempedak goreng pun ada!
P/S: Buah-buah tempatan lain pun ada, cempedak goreng pun ada!
"Lipstick Jungle" Getaway
Wednesday, July 20, 2011
by Zura Ahmad
Takde kena-mengena dengan Lipstick Jungle series. Simboliknya hanyalah saya masih berlipstick (rona nude) untuk eco trip ini. I was lucky to be part of Artis Pencinta Alam programme last "chaotic" weekend bersama our 2nd astronout Dr Faiz my favourite boy :), Fauziah Latif, Amanda Imani, Farah Asyikin, Ezlynn, Sabhi Sadhi, Hasnul Rahmat, Yasmin Hani, Fida, Isma Halil, Nadine Ann Thomas dan media members yang cool habis! Rasa aman damai tengok pokok hijau instead of melihat orang ramai berpusu-pusu dalam baju kuning dan merah dan arrgghhh kusut bila tengok news paper.
Okay, lupakan perkara kusut. Jom tenangkan fikiran ke Pulau Banding di Gerik, Perak! Ada banyak benda best menunggu untuk korang alami! Apa-apa hal pun, first of all let me explain on the exact location of Pulau Banding.
Melihat gambarajah di atas (gambarajah? macam cikgu sekolah pulak!), inilah dia Pulau Banding yang terletak di Tasik Temenggor. Nampak tak dua batang jalan tu? Belah kiri tu jalan ke Utara, dan kanan jalan ke Kelantan. Belah atas sana tu ialah Hutan Royal Belum dan bahagian bawah (tak kelihatan) adalah Hutan Simpan Temenggor. Untuk kepastian yang pasti, silalah google. Pulau Banding ni dimiliki dan dibangunkan oleh EMKAY Group. Jadi tak hairanlah dengan seni architecture eco yang menarik dapat dilihat pada Belum Rainforest Resort.
This eco resort is so damn cool! Memang tak rugi saya joined trip ni walaupun pada mulanya perasaan "tak selesa", pacat, nyamuk berlegar-legar di fikiran.
Kedatangan kami disambut dengan kemeriahan tarian "tawaf" oleh orang asli tempatan.
Selain aktiviti "wajib" jungle trekking, I have experienced a lot of things seperti mengunjungi kampung orang asli nun jauh di dalam hutan, panjat bukit ke air terjun tingkat keempat dan cruising Tasik Temenggor menaiki Houseboat! Mai nak cerita satu-satu... Iklan sat, kalau nak elak kena gigit pacat, u can get these anti-leech socks at RM25, ada dijual kat lobby resort.
HIGH-FIVE WITH JAHAI!
Raho, Syikin dan Noni
Welcome to "The Lost World"! How to get here? Sebaiknya beritahu pihak resort dua minggu sebelum korang bercadang nak "masuk" ke kawasan pedalaman ni. Because you know why? You need to get permit dari pihak berkuasa yang perlu melalui beberapa prosedur. Tak boleh main redah jer! Lebih kurang sejam dari Pulau Banding menaiki bot laju ke Sg Tiang yang terletak nun jauh di tengah belantara Royal Belum.
Wah, cantiknya! Sumpah cantik! Rasa seronok gila masa mula-mula sampai kat sini. At the same time rasa bangga pulak dengan diri sendiri sebab berjaya ke sini. Hehehehe... Culture shock hokay! Nak jejak ke kampung ni 15 minutes walk from the pier.
Kampung ni didiami masyarakat orang asli Jahai, suku Negrito. Kulit diorang sangat gelap, rambut perang curly halus, sebijik macam orang Afrika! Tapi kulit diorang sangar licin dan halus bila dibelek. Sedang memandang ke sana ke sini, tetiba ada satu benda yang buat saya berkata "Aik!"...
Diorang pun langgan Astro hokay! Jangan main-main! Hutan-hutan jugak, AF, Imam Muda, CSI, Oprah, E!News mesti mau layan!!! Dan lagi satu yang membuatkan ada selebriti tetiba bangga...
Dunia seni tetap diikuti yer!
Next, singgah ke Toy Libary yang menjadi "rumah kedua" buat kanak-kanak di sini...
Ya, memang takde apa yang kurang di pre-school ini. Sama je macam tadika di bandar. Malah kagum dan terharu sekejap tengok budak-budak bijak ni belajar. Syabaslah Yayasan Emkay kerana membangunkan Toy Library ini siap dengan tenaga pengajar yang membimbing remaja Jahai untuk menjadi cikgu di sini! Kalau nak datang sini, bawaklah jajan! Mesti budak-budak ni suka :)
PANJAT DAN TERJUN!
Tambah lagi satu jam lebih boat ride dari Sg Tiang - Pulau Banding - Sg Enam yang terletak di bahagian bawah Pulau Banding (tak nampak dalam gambar no 2). Maknanya di bahagian Selatan, iaitu di Hutan Simpan Temenggor. Apa ada kat sini? Flora dan fauna yang jarang ditemui dan air terjun!!!
We need to walk (lagi!) to get to dining deck for lunch. Dah kenyang, panjat lagi bout 15 minutes untuk ke air terjun paling atas di level keempat! Fuh!!!
Rugi tak mandi! Lepas basah kuyup dan kecut, kaki pun dah melecet, saya kerugian tak join yang lain pergi tengok Bunga Rafflesia. Jeles pulak tengok gambar orang lain dengan Rafflesia tu :(
LAKE HOUSE BERGERAK!
Yang ni sumpah best! Idea percutian menyusuri Tasik Temenggor dengan houseboat tiga tingkat pasti mengujakan!
"Rumah bot" ni boleh memuatkan sehingga 16 orang untuk tidur kat empat bilik yang ada. Idea baru kalau nak buat family day atau percutian dengan kengkawan. Yelah, asyik-asyik tepi pantai kat PD je kan? Berapa harga? RM3300 untuk 2 hari 1 malam dan RM5500 untuk 3 hari 2 malam. Siap makan tau! Kalau RM3300 bahagi 16 orang maknanya lebih kurang RM206.25 sorang.
Bosan? Memang taklah! Mestilah ada banyak aktiviti yang korang boleh plan untuk dilakukan sepanjang "cruising" Pulau Banding. Antaranya...
Karaoke bebeh! Gila banyak pilihan lagu korang boleh nyanyi. Boleh buat pertandingan karaoke ala-ala AF. Undilah pakai kertas jer!
Board games anyone?
Macam-macam jenis board games tersedia! Termasuklah congkak. Lama siut tak main congkak. Letak tujuh bijik guli dalam setiap lubang dan jalan...
Lagi? Ada pancing tersedia untuk kaki pancing atau yang cuba-cuba nak cuba nasib memancing, boleh buat barbeque session kat tingkat paling atas atau kalau korang tetiba rasa nak "anti social", boleh lepak di "living space" baca magazine pun best...
Nak update mengenai Artis Pencinta Alam? Go "like" APA now on Facebook!
P/S: Balik raya ni singgah! Amacam?
Subscribe to:
Posts (Atom)
www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.





































































































