#PrayForMH370. Sejauh Mana Impaknya Pada "Jetsetter"?

Friday, March 14, 2014 by Zura Ahmad
Foto: Insta: @yeirkif_

Dah seminggu! MH370 masih samar tanpa bayangan. Seluruh dunia menanti-nanti pengakhirannya. Saya jadi observer selama seminggu ni. Lihat siapa yang bijak dan siapa yang tidak melontar pandangan masing-masing di media sosial. Saya lebih suka berdiam diri daripada terlalu loud dan akhirnya tunjuk kebodohan sendiri. Sebagai seorang kaki travel, sedikit sebanyak terdetik fobia untuk terbang di angkasa. Tapi bila fikirkan Allah itu ada, ketentuan adalah kehendakNya, saya mula tarik nafas lega. Tak kiralah kalau berjalan kaki sekalipun, kalau Allah nak ambil, semua adalah milikNya. Thank you Allah kerana sampaikan saya ke merata destinasi dengan selamat dan kembali juga dengan selamat. Tak seperti kebiasaan, 7 hari ni channel berita jadi keutamaan. Pengajaran untuk diri sendiri agar lebih bersedia dan berhati-hati. Ambil insurans, tak switch on telefon di atas pesawat pada waktu yang dilarang, ambil perhatian setiap kali krew penerbangan terangkan langkah keselamatan untuk elak sebarang kemungkinan. At least, kita dah buat sesuatu untuk keselamatan. Yang lain, Allah yang menentukan. Wallahualam... 
Posted in | 2 Comments »

2 comments:

Jari Manis said...

Betul tu zura, jm setuju ngan your statement kerana wlau d mana kita berada allah sentiasa bersama dan hanya dia tahu segala2 tentang hidup dan riwayat kita dan oleh sentiasa berdoa kpdnya agar kita di matikan dlm keadaan dan cara yg baik

Zura Ahmad said...

Jari Manis, Amin ya rabbal al amin... :)

www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011