Perkampungan Diraja Melayu

Tuesday, May 10, 2011 by Zura Ahmad
Keistimewaan setiap kali menuju ke Pantai Timur, mestilah pantai membiru dan pasir memutih yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tak hairanlah bila hotel dan resort bertambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Cewah, mentang-mentanglah tajuk entry ni "Perkampungan Diraja Melayu", ayat madah berhelah pulak yang terkeluar.   

Rambang mata sampai tak boleh nak pilih nak menginap di mana? Kalau korang sukakan suasana kampung yang mendamaikan, penuh dengan ciri-ciri seni bina kemelayuan, destinasi yang menjadi impian ramai mat salleh yang dahagakan kehijauan hutan hujan tropika, sesuai buat pasangan berhornymoon dalam negara, oops! honeymoon; The Aryani lah tempatnya!
 
Cara ke sini? The Aryani Resort ni terletak di daerah Merang, Setiu. 25 minit dari Kuala Terengganu dan berhadapan dengan Taman Marin Nasional Redang. Jemput masuk...

Terasa macam balik kampung pulak! Lagi-lagi bila sampai je, disambut dengan refreshing welcome drink dan sepinggan keropok lekor. Barulah Ganu!



Dah alang-alang berada di Serai, jom intai breakfast set menu. Ada tiga pilihan menarik...

Untuk hidangan authentic melayu habis, cuba pilih set "Wayang Kulit Breakfast".
Pemandangan yang boleh dilihat ketika menikmati hidangan di Serai yang terletak bersebelahan dengan lobby. Hujung sana tu pantai!



Vila-vila di The Aryani mempunyai 4 jenis kamar dan suite. Ini...


ini...


 ini...

 
 ...dan yang paling gempak, mengingatkan rumah nenek dan moyang saya di kampung semestinya Heritage Suite...



Tengoklah interior dalamannya, rasa macam dekat era zaman Hang Tuah, tetiba rasa macam nak "berbeta-beta" pulak kat dalam rumah ni. Hehehehe...







Tak sah lah kalau tak pegi manjakan diri kat Heritage Spa yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Heritage Suite.



Kalau malu, boleh urut secara tertutup dalam spa ni...



Tapi kalau tak malu, boleh jugak kalau nak request berurut atau berendam dalam jakuzi secara "alfresco" atau outdoor sambil mendengar deruan ombak... Arrrgghhh.... bestnya... tenangnya...


Next, lepak tepi pantai sambil layan mocktail di Pulau Beach Club!










Sebelum balik, dah jadi tradisi Melayu, tetap dapat bawak balik buah tangan. 
Terima kasih daun keladi The Aryani!

Layari www.thearyani.com untuk info lanjut dan hubungi pihak resort untuk promosi terkini. I heard they are going to have a promotion untuk mereka-mereka yang memegang IC Pantai Timur!

2 comments:

Niniey Nurhafnie said...

tempat baru ke nie...? seriuosly cantik....

Zura Ahmad said...

Niniey, tempat ni takdelah baru. This resort is belong to wife Raja Bahrin. Memang cantik!

www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011