Mabuhay Boracay!

Monday, August 25, 2014 by Zura Ahmad

Don't hate me for the RM300 all-in return airfare for 2 pax that brought Mr Hub and I here! (Thank you Air Asia Promo!) Don't hate me again for the Booking.com Genius Rate on this chic and cosy boutique hotel stay; cost me another, hmmm justttt RM300 for 3d2n! = Total cost for now, RM600 kaching!


   Okay let's start with Blue Marina Boracay Hotel. Kenapa saya suka hotel ni? Macam biasa, akan buka booking.com, tengok map Boracay, cari hotel dengan review rate tinggi (at least 7/10) di kawasan paling dekat untuk ke shopping and entertainment district. Bila belek map, Station 2 adalah kawasan paling happening di Boracay. Sila rujuk map menarik di bawah...


Terjumpa this new chic boutique hotel, decor dan interior yang very resort, very clean, very me! Egyptian sheet! All white... maknanya takde perasaan risau ada pepijat atau kotor yang tak nampak, tidur pun pasti lebih lena.


Untuk traveler yang bermasalah susah tidur kat tempat stranger seperti saya ni, saya mesti kena cari hotel room yang nampak bersih dan tak meragukan. Nevermind! I dok canang kat semua orang I've got the best rate via Booking.com without me realized it was a Genius Rate. U know, bila sampai certain points, u may get even better rate if you book via Booking.com. Jadi, maafkan saya kalau rate tu tak wujud jika baru sign up dengan Booking.com. So, yeah! PHP4017.86 (around RM300) for 3 days 2 nights, dengan breakfast, u may choose to have it in bed or makan kat laman chic depa. There were yummy options to choose from, tapi of course I pilih menu paling Halalan Toyyiban. Tada...


Nasi goreng milkfish, very-the-common blueberry pan cakes, betik and juices. It was a yummy breakfast.

Second day, tengahari baru get ready nak keluar. Hari kedua, esok nak balik dah. Sempat ke nak buat apa-apa? Mulanya I ala-ala redha. Taknak buat apa-apa aktiviti. Nak jalan je along the White Beach sebab kecewa dapat tau Ariel's Point yang tempat orang cliff diving tutup due to monsoon season. Tapi bila di persimpangan dilema, datang sorang agent, (actually kat situ memang merata-rata agent yang akan offer untuk island hopping, parasailing, yada yada yada). He offered us PHP1000 sorang untuk Island Hopping. Magic Island for Cliff Diving (yeay! ada juga second option), Crystal Cove & snorkelling around Crocodile Island. Tetapi tak termasuk fee untuk masuk ke Magic Island iaitu PHP150 seorang dan Crystal Cove PHP200 seorang. PHP1000 + PHP150 + PHP200 = PHP1350 x 2 pax = PHP2700 (around RM200). Tambah previous total cost menjadi RM800, kaching!

We took a trikes cost PHP75 (RM6) per ride to Bulabog Beach, di mana stesen beach activities semuanya di situ. During habagat season, kapal layar, parasailing etc semua akan dilakukan di Bulabog Beach yang berhadapan dengan darat sebab air lebih tenang. Bila peak season, barulah semua akan tertumpu di pantai sebelah White Beach pula. Faham? Tak faham? Takpe.



So, inilah dia Bulabog Beach. You may see banyak aktiviti parasailing, I wish my iPhone 4s boleh zoom jauh. These days, ala-ala tak kuasa nak bawak kamera canggih pegi travel. Seperti yang dijanjikan, Island Hopping yang dibayar PHP1000 seorang ni merangkumi Magic Island - Crystal Cove Island - Snorkeling Nearby Crocodile Island. Tak termasuk makanan.

Piknik dan Cliff Diving di Magic Island


Say yes to cliff diving! Sebab kat Magic Island ni ada beberapa level untuk terjun tiruk mengikut keberanian masing-masing. Kalau tak berani, kita peratikan je orang lain terjun sambil gelakkan mereka. Hehehe... Nasihat saya to my Muslim readers, bawalah makanan sendiri nak pegi Island Hopping ni. Pek sandwich siap-siap ke. Sebab Magic Island sangat cantik untuk lepak kerana ada banyak pondok cantik disediakan. Dikelilingi landskap yang cantik dengan rimbunan opuntia cactus kesukaan saya. Oh, I'm so obsess with cactuses, succulents and terrarium these days!




Crystal Cove Island Yang "Very Santorini"


Mystical, magical, fantastico, carilah apa jua perkataan magis yang sangat sesuai untuk menggambarkan designated Crystal Cove Island. Setiap corner di Crystal Island ni memang insta-worth lah! Kadang-kadang terasa macam kat Santorini pun ada.









Kalau tadi syok cliff diving di Magic Island, di Crystal Cove kita treasure dua cove yang terdapat di sini. Salah satunya anda perlu merangkak 10 meter. Tapi memang berbaloi!





This private island ada kemudahan pondok untuk beristirehat so sesuai juga piknik di sini. Ada tempat tinggal yang tak lagi beroperasi disebabkan tiada jana kuasa, ada beberapa burung helang yang disangkarkan dan kami sempat lepak minum di drinks bar sambil bersembang dengan pekerja Pinoy yang agak suka melawak sambil bercerita krisis Muslim di Mindanao. 

Snorkeling di Crocodile Island


Honestly, underwater di sini tak sehappening di Redang. Hanya ikan-ikan hitam, beberapa ikan kuning dan obor-obor tanpa terumbu karang warna-warni. Atau mungkin kami salah port. 

Shopping District di D'Mall


We spent about 4 hours on island hopping, jadi memang sempat sangat nak ke D'Mall iaitu tempat shopping untuk cari makanan dan souvenirs. Ke sini dari Bulabog tadi sama juga, PHP75 (RM6) menjadikan perbelanjaan setakat ini RM812. Berhenti betul-betul di hadapan Crafts of Boracay Department Store, kami jumpa IndoMee Halal dan Magnum Ice Cream yang diimport dari Malaysia. Beli macam orang tak pernah jumpa sebab takut tak jumpa Halal food yang kena dengan selera. Yes, memang ada Khalil Muslim Food di kedai souvenirs no 74 atau depan lagi sikit, another mini gerai Muslim yang boleh masakkan seafood yang kita beli kat D'Talipapa tak jauh dari D'Mall, akan tetapi, I have my own reason kenapa kitorang batalkan niat. Jadi, kami decided jalan along the White Beach menuju ke hotel kami dengan niat akan masak saja IndoMee tadi dalam bilik.

Along the way, ternampak True Food Indian Restaurant, yes, saya pernah terbaca dalam blog sebelum ni. Ini bukan restoran Halal, but at least, no pork served. We ordered samosa, cheese naan, begedil, 2 drinks that cost us about RM50. Total expenses tak termasuk beli instant noodle kat supermarket tadi menjadi RM862. Kaching!


Lagi satu, di White Beach juga ada satu stall menjual Potato Chips. Cari stall Potato Corner seperti gambar di atas ya. We ordered Mega Size BBQ Fries, sedap okay! Cost kurang RM10. Kami beli dua kali. So total updated cost to RM882. Kaching!


Nightlife di White Beach


Tiap-tiap malam happening. Tiap-tiap malam full moon party. Paling famous kat sini persembahan sembur-sembur api. Massage for 1 hour full body/kaki sahaja PHP350 (kurang RM30) x 2pax. Total cost menjadi RM942! Kaching!

Our 3 days 2 nights Boracay Trip has successfully fun filled. Untuk yang berpeluang stay lebih lama, sunset sailing, parasailing, cliff diving di Ariel's Point pada peak season, naik glass bottom boat, horseback riding, just to name a few, ada banyak lagi aktiviti yang ditawarkan. Kami nak balik dah, sebelum tu, let's talk about airport transfer!

Kalibo-Boracay-Kalibo 


Atau lebih spesifik; Kalibo International Airport - Caticlan Jetty - Boracay Jetty - Blue Marina Hotel, Station 2 - Boracay Jetty - Caticlan Jetty - Kalibo International Airport. I was aware, kalau naik terus bas Southwest kat airport lebih murah. Beratur dan bayar sendiri environmental fee, boat fee segala sendiri. It was bout RM40 cheaper dari mengambil servis dari agen. But we were decided to get the "hassle free" airport transfer from www.myboracayguide.com mengenangkan kot la hari balik nanti kami terlewat ke airport sebab perjalanan menaiki bas dari Kalibo International Airport ke Caticlan Jetty ialah sekitar 1jam30minit, atau mungkin lebih mengikut traffic dan cuaca. Manakala naik bot ke Boracay hanya 15 sahaja. Jadi kami we took the all-in transfer, maknanya dia hantar sampai dekat hotel. The cost for 2pax ialah PHP3000 (kurang RM230  untuk dua orang), dan oh, jangan lupa! International airport tax, PHP500 (kurang RM40 seorang) perlu dibayar cash di airport. Ala macam airport Indonesia. Total cost kini menjadi RM1252. Mungkin terlebih sikit sebab tak termasuk beli air on the go kat Boracay, airport dan pre-ordered food untuk return flight. 

Travelistah Boracay Tips

1. Bawa snorkeling gear sendiri untuk elak kemungkinan penyakit berjangkit.
2. Ada sebuah masjid di Ambulong dan musolah/surau di D'Mall. Boleh tanya penjual Muslim yang banyak di situ.
3. Ingat! Ketepikan PHP500 seorang untuk international airport tax supaya tak perlu tukar duit Malaysia last minute dengan rate lebih tinggi.
4. Pakai flip flops all the way sebab naik bot di jeti mungkin kena masukkan kaki ke dalam air mengikut cuaca dan paras air.
5. Muslim readers, babi concious, vegetarians, pack your own food.
6. Sunblock with high SPF, powerbank hmmm tu semua tak perlu bagi tau lah kot. 
7. Habiskan coins untuk sedekah pada orang Bajau (kulit gelap) sebab kebanyakan mereka homeless, jangan terkejut kalau ternampak ada kanak-kanak Bajau yang tidur tepi pantai berselimutkan plastik, dan ada satu cawan untuk orang sedekah kat tepi dia. Kesian, tapi itu gaya hidup mereka. I believe diorang bahagia.
8. Naik Air Asia? Pre-order lah makanan siap-siap kalau takut duit terhabis ke. Nanti terliur tengok orang sebelah makan Nasi Lemak Pak Nasser.
9. Tips atas flight lagi, stand by minyak angin seperti Cap Kapak dan sapu pada hidung jika orang sebelah, hadapan, belakang berbau yang kurang menyenangkan. 
10. Lagi atas flight, bawalah earphones, headphones dan boleh pakai dengar lagu easy listening ketika anda cuba tidur, penumpang lain buat bising, atau anak kecil mereka menangis dengan kuatnya. 









17 comments:

Anil said...

huwaaa.. tak benciii.. tapi jelezzzz.....

i'm shin... i'm inesen said...

good info and tips... Terbaekkkkk

abuya said...

whoaa... berapa kos semua pegi balik...

Zura Ahmad said...

Abuya, RM1300 all in :)

YayannnnB said...

Huaaaa macam mana boleh dpt flight tix rm300 return utk 2 org tu.. stress baca! haha. Baru tgk flight haritu sorg rm323 plg murah (T.T)

Zura Ahmad said...

noorihannoorudin Saya pun masih tak percaya. Hehehehe... Mungkin rezeki you untuk benda lain. Don't give up, keep clicking :)

khai_hs said...

Hai, is blue marina hotel serve halal food? And any tips other than u mention on your blog for muslim people? Im goin there this May and Im muslim.. Nak tahu keadaan makanan halal kat situ.

Zura Ahmad said...

Hi khai_hs, Blue marina tak serve halal food. if you read my post properly, u akan faham kat mana ada jual halal food tp i tak lalu nak makan sbb mcm kotor. So i opt to french fries, indian restaurant and beli instant noodle halal kat grocery shop. i strongly suggest u bawak food dr malaysia.

Yus said...

Nice write up!!!!! Banyak tips dan very informative

Min said...

Blh ikot..jom..kalau ok mesage 0173420352

Min said...

Nak tau call la 0173420352

Min said...

Halal ada dlm dtalipapa market no 74.gerai kecil je.blh bgkus mkn tepi oantai erm..lagi la sedap berselera.apa2 whatsupp 0173420352

Min said...

Nak join jom.5sept ni I pergi.apa2 0173420352

Anonymous said...

hi saya amir, bercadang nak kesana bulan november ni...boleh tau tak jika dah sampai kalibo, boleh ke kira terus ke boracay? ada transport sampai malam? kalau boleh x nak bermalsm dikalibo..

Unknown said...

Wah bestnya. Insya Allah sy akan g thn depan ke boracay. Dan dat time my baby dh umur 1thn lebih hehehe. X sbr nk tgk ciptaanNya kt sana. White sand!!!! Mu tunggu aku dtg eheh

Unknown said...

Bro... me n my fmly plan g sana. So how's boracay?

Unknown said...

Wah bestnya. Insya Allah sy akan g thn depan ke boracay. Dan dat time my baby dh umur 1thn lebih hehehe. X sbr nk tgk ciptaanNya kt sana. White sand!!!! Mu tunggu aku dtg eheh

www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011