Saya berpeluang bertemu Sam di KL baru-baru ni. Semestinya tak lepas peluang bertanyakan macam-macam pengalaman menarik yang pernah dilalui. Antara lima perkara yang dipelajari daripada siri penjelajahannya ialah...
1. Supaya boleh handle jet lag, elak minuman kafein seperti kopi beberapa hari sebelum penerbangan panjang. Bila dah tiba di destinasi, baru pekena kopi. Sebabnya takut kesan "segar" dari kopi tak "lut" kalau dah minum sebelum tu.
2. Sentiasa ada Plan B. Selalunya Plan A selalu tak menjadi atau tak praktikal untuk dilaksanakan, dan Plan B pula sebenarnya lebih exciting!
3. Ketahui perkataan mudah destinasi yang bakal dikunjungi, paling kurang "Hello", "Please", "Thank You".
4. Sentiasa bawak sweater dan snek ke mana saja pergi.
5. Dan... jejaka paling kacak di dunia adalah dari Sepanyol bebeh!
Jangan lupa buat "appointment" dengan Samantha Brown yang baru saja jelajah Asia termasuk Malaysia dalam rancangan Samantha Brown's Asia, bermula Isnin, 25 Julai ini, jam 10 malam di channel TLC.
1 comments:
Love her so much
Post a Comment