Showing posts with label Amsterdam. Show all posts
Showing posts with label Amsterdam. Show all posts

After Amstee and Paghi...

Friday, April 22, 2011 by Zura Ahmad
...I have learnt a few mistakes yang boleh dielakkan bila bercuti di kemudian hari. Antaranya ialah...

JANGAN LEMBAB!

Kesalahan sendiri yang patut diambil sebagai pengajaran oleh korang semua. Pengakuan: Kami bertiga tiba di LCCT setelah kaunter check-in telah ditutup 20 minit yang lalu. Mana taknya, jalan jam ya amat! Lain kali kalau waktu berlepas jam 9, gerak ke airport dari jam 5 pun tak apa. Tuhan saja yang tahu betapa pucatnya dan keringnya tekak kitorang berlarian ke kaunter check-in. Lagi tiga orang dah lepas dalam perut kapal terbang! Peluang kitorang untuk on board sangat tipis masa tu. Staff Airasia tu mulanya cakap kitorang je boleh naik pesawat, luggage kena tinggal. Gila??? Tapi dek kerana budi bicara, punyalah baik staff Airasia bawak jugak kitorang naik kapal terbang sambil berlarian tarik luggage kitorang. Ya, luggage yang sebesar gedabak tu! Bayangkan ketika pegawai kastam scan bagasi gergasi yang berat amat tu. Memang nak nangis masa tu! Kalau flight pergi Jakarta takpe lagi, ini Paris pulak tu! Tapikan, ada hikmahnya tau; saya sempat timbang luggage masa merayu kat kaunter check-in. Gila 20kg ++. Dah melebihi 15kg (saya ambil berat minima waktu pergi dan maksima masa balik). Kalau tak, belum apa-apa lagi dah nak kena bayar extra baggage fee. Fuhhh, selamat aku! Walau apa pun, I love you lah AirAsia!

Masa nak balik pun drama jugak kat Orly airport. Kitorang awal-awal dah check-in. Tapi disebabkan masing-masing khayal pergi kedai tu, kedai ni, tak sedar lagi 5 minit flight nak berlepas. Siap kene cari dengan staff AirAsia Paris dan siap kena marah kononnya pasal kitoranglah flight lambat berlepas. Kena lagi! Bila dah masuk dalam flight tu, memang padanlah muka kitorang kena daring dengan penumpang lain. Serik beb!

GIGIL GLOVES

 Google Image

Untuk yang tak tahan sejuk macam saya, material gloves atau sarung tangan sangat penting. Gloves saya 100% adalah leather. Lining pun leather. Jawabnya pakai gloves pun terasa sejuknya. Apa yang boleh saya buat ialah pakai sarung tangan dengan material wool di dalam kalau masih nak bergaya dengan 100% leather gloves tu atau cari leather gloves dengan material lining yang mampu memanaskan tapak tangan.

UGGLY UGG

 I should have bring my ugg boots! Menyesal gila tak bawak sebab ugg and winter are bestfriends! 

SELANGKAH KE METRO/TRAM

Alangkah baiknya kalau Metro atau Tram station selangkah cuma. Jimat tenaga dan masa. Lagi-lagi bila terpaksa bertahan dengan cuaca sejuk. Jadi, pastikan tempat tinggal korang tak jauh dari hentian train jika merancang untuk mengambil pengangkutan awam ini sepanjang masa.

Nak tambah lagi satu mistake boleh tak?

Kitorang bertemu dengan taxi driver hensem masa pulang dari Moulin Rouge. Nama dia Mehdi. Hensem sikit dari Gerard Butler. Silapnya, kenapa aku tak amek gambar dengan dia??? Kalau tak, boleh korang cuci mata ;p
 





 

Ber-mingle Dengan Superstar Di Madame Tussauds Amsterdam

Tuesday, April 19, 2011 by Zura Ahmad
The only museum yang sempat kitorang masuk tanpa dirancang ialah muzium lilin popular ni. Apa istimewanya Madame Tussauds Amsterdam? Kat sini ada Lady Gaga! ...dan yang terbaru, Justin Bieber! Masa kitorang pegi ni JB takde lagi.
 

Disebabkan tak rancang, macam biasalah. Beratur punyalah panjang! Nasib baik one of us teringat ada kedai souvenir tak jauh dari sini jual tiket express Madame Tussauds. Lari kejap pegi kedai tu beli tiket bout EUR17, lagi murah daripada beli beratur panjang tadi iaitu EUR21! We managed to skip the line dengan harga tiket rendah. Bertuah badan!

Sediakan battery camera fully charged! Kalau ada extra battery lagi bagus.

Jom cuci mata aksi kitorang berangan dengan the rich & famous...
AMARAN: Sedikit sebanyak ada aksi terlampau.



Hah! Belum apa-apa dah melampau!

Berangan sangat!













Okay, masa untuk shopping souvenir!


Cuma ada satu jer penyesalan. Kenapa aku tak jumpa Lady Gaga???

 Nak bunuh dirilah!


Posted in Labels: | 2 Comments »

Berlegaran di Dam Square - Red Light District!

by Zura Ahmad

Naik tram, bayar EUR2.60 dan berhenti di Hentian Dam. Seluas mata memandang. Sambil kedengaran lagu reggae berkumandang (yang ni betul-betul, bukan khayalan menjelma). 

Google Image

Meh saya bawak "pusing" keliling 360° Dam Square. Jom mula dari pandangan bertentangan dengan National Monument membelakangkan Hotel Krasnapolsky melawan arus jam.


Inilah mamat yang nyanyi lagu reggae tu. Berdengung satu Dam Square, tapi layannn...


Ignore masyarakat yang sedang berposing, lihat di belakang sana, ada H&M!

Di tengah-tengahnya ada macam-macam "arca" hidup yang memeriahkan lagi Dam Square ni...








Sekarang ni siapa pervert? Mamat ni ker atau yang tukang amek gambar ni?

We spent too long kat dalam ni, manakala jejaka yang kebosanan melayan merpati yang mengerumuni...




Di sebelah kiri sikit, terletaknya Nieuwe Kerk atau New Church bersebelahan dengan Royal Palace yang ketika itu berlangsungnya "Passion for Perfection" iaitu Islamic Art exhibition oleh Professor Nasser D Khalili.


Betul-betul bertentangan dengan bangunan H&M tadi, itulah dia Madame Tussaud. Nanti cerita kat entry khas selepas ni. Jadi bersabar...

Bila hari semakin gelap, kitorang pun bergegas ke lokasi misi seterusnya. Apa lagi, red light districtlah!


Jangan cari pasal kat tempat orang, so we decided simpan camera. This is where you can purchase Lelo stuffs dan sewaktu dengannya, tengok aksi penghuni "rumah merah" dan lepak di "kedai kopi" The Bulldog. Strictly no camera, tapi sempat jugak curi satu snap ;p



We had the best malam minggu ever! Mission accomplished ;p
Posted in Labels: | 2 Comments »

Perjalanan Kaki Dari Oud Zuid - Museum Quarter - Max Euweplein - Vondel Park

Monday, April 18, 2011 by Zura Ahmad
Seronok berjalan kaki dari hotel Hilton. Neighborhood yang terasa selamat, bersih dan cantik ditambah dengan kedai-kedai menarik dan gaya hidup berbasikal, kalau kat KL mandi peluhlah jawabnya! Okay jom cuci mata dulu apa yang kitorang nampak sepanjang jalan...







Walaupun baru je breakfast, tapi kitorang tetap gatal nak singgah breakfast di Brasserie de Joffers. Depan hentian tram Hobbermastraat. Sebab kafe ni cantik!!! Staff pun cantik sehinggakan lakiku tak sedar diri yang dia datang dengan bini. Takpe, takpe, balik Paris nanti balas dendam! Hehehehe...







 The meal was bout EUR7.50 sepinggan and the lovely hot choc was bout EUR3.20. 

...dan kami pun berjalan lagi. Alamak, ada paparazzi lah!





Jangan dilupa ada dua ibu mithali kat sini. Terpaksalah yang lain melayan bila kitorang asyik keluar masuk butik kanak-kanak. 


Perjalanan diteruskan sehinggalah nampak kelibat bangunan Van Gogh Museum! Memandangkan saya memang peminat Van Gogh, harus tak lepas peluang beli Van Gogh merchandise kat sini. Fridge magnets, postcards, scarves...


Paling best sebab ada payung Starry Night yang sangat cool berharga EUR15.


Tak tahu Starry Night? Yang ni ha...






Jalan depan sket dah nampak dah! The large I AMSTERDAM letters nun belah kanan hujung tu. Okay, dalam pic kat bawah ni maybe kurang jelas. Kita singgah dulu kedai souvenir lagi satu ni jap...


Ada oil paintings! Bodek punya bodek, dapat EUR18 satu painting. Beli 3 pun tak dapat EUR18 satu tau! Baik betul pakcik yang acah-acah pandai ckp Indon ni, siap bagi free gifts lagi :)






Jomlah, dah tak sabar nak camwhoring kat I AMSTERDAM ni...



Alamak, ada kedai lagilah! Pantang datuk nenek kalau tak singgah...

Museum Shop ni pun not bad best jugak. 

Rijkmuseum belakang ni jer. 


Kami terus berjalan dan berjalan sehingga ke "Amsterdam's mini Fifth Avenue" di mana terletaknya high-end boutiques seperti Chanel, Gucci, Hermés, Louis Vuitton... Depa panggil tempat ni PieterCornelisz (P.C.) Hooftstraat.





Tak jauh dari sini, dah sampai ke Max Euweplein di mana terletaknya Hard Rock Cafe, Holland Casino, Canal Cruise dan banyak kedai dan kafe menarik. Alah, yang ada chess besar tu!







Seperti biasa, wajib masuk beli t-shirts kat Rock Shop. Oleh kerana weather yang sangat sejuk, we decided lepak dulu di HRC.


Amek gambar dengan staff HRC memang favourite saya. 

Jom kita makan nasik dulu!!! 





Pandang ke luar tingkap nampak cruise yang kami tak sempat nak merasa. Next time!

Sebelah HRC ni ada Comedy Cafe. Kami ke sini di keesokan harinya...




Kami meninggalkan Max Euweplein dan ke Vondel Park di seberang jalan.



 Lepak di Vondel Park memang best. Tenang jer... sambil menikmati kehijauan semulajadi. Maka lagu Afroman berkumandang entah dari mana... Enjoying our "Jamaica-Strong" moment bebeh! No picture pls!
 
Posted in Labels: | 4 Comments »
www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011