Showing posts with label travel tricks. Show all posts
Showing posts with label travel tricks. Show all posts

Trick Tiket Murah Ke Paris Disneyland

Wednesday, March 16, 2011 by Zura Ahmad
Yeay! Akhirnya sampai jugak ke Disneyland pertama saya :) Sebelum nak bagi full report pasal trip Paris/Amsterdam, meh nak share trick untuk dapatkan tiket Disneyland lebih murah menggunakan Billet Francilien secara online. Bayangkan hanya bayar EUR40 (sekitar RM168) instead of EUR68 (sekitar RM285)! Jimat banyak tu! Sebenarnya tiket ni untuk penduduk France, tapi boleh je kita beli dan guna. Sebelum tu cuak jugak, takut dah beli tetiba takleh guna. But hey, google ajerlah cari "testimonial" untuk yakinkan yang kita orang luar pun boleh beli tiket ni. Hah, sekarang tak payah tanya banyak sebab kitorang dah pun berjaya masuk ke Walt Disney Studios dan Disneyland dengan tiket ni tanpa sebarang halangan!

Macam mana saya found out pasal tiket ni? Takde siapa yang bagi tahu, tapi sebab asyik bukak tutup bukak tutup web ni berjuta kali, jadi tetiba ntah macam mana interested nak tahu kalau harga dari UK berapa, France berapa. Memang agak tricky nak beli tiket ni, mana taknya sebab semuanya dalam French. Masa ni lah translator sangat berguna! Tapi tak apa, saya dah compiled page by page macam mana cara nak beli, untuk share dgn u olls semua dan untuk panduan diri sendiri di masa akan datang. Manalah tau, kot-kot nak pegi lagi.

Okay, let's begin. Sila fokus kepada setiap bulatan. Mula-mula bukak web www.disneylandparis.com. Bila bukak je page ni akan bertukar dalam masa beberapa saat, jadi cepat-cepat click kat France Ile de France sebelum page ni hilang menjadi main page. Kalau tak berjaya, sila cuba banyak kali.


Bila dah berjaya klik, akan keluar pop-out di bawah ni:


Klik yang mana saya dah bulatkan tu. Tak payah susah payah nak translate. Okay, sekarang ni fokus kepada pop-out window tadi. Bila dah klik, akan keluar yang ini pulak:

  
Sekarang terpulang, nak pilih 1 Jour/1 Parc SEMAINE (1 Day/1 Park WEEKDAYS) dengan harga lagi murah EUR30, ATAU seperti yang saya beli 1 Jour/2 Parcs SEMAINE (1 Day/2 Parks WEEKDAYS) EUR40, ATAU 1 Jour/2 Parcs WEEKEND (1 Day/2 Parks WEEKEND) EUR50. Klik mana suka mengikut kesesuaian perancangan. Tapi rugi kalau tak pegi dua-dua parks sebab kat Walt Disney Studios ada ride Tower of Terror yang best giler! My the most favourite ride so far. Jadi fikir-fikirkanlah...

Seterusnya, bila dah klik akan keluar seperti di bawah ni. Pilih tarikh, jumlah tiket dan klik "calculer le prix" untuk calculate harga tiket.
Sebagai contoh, saya letak jumlah tiket ialah satu dan tarikh during weekdays:

Hah, nampak tak? Total EUR40!

Okay pastu klik lagi:


Isi tempat kosong dengan maklumat peribadi. Contoh adalah seperti di bawah yang telah di auto translated by google (ini kene buat sendiri) from French to English. Hentam jer alamat dan phone number hotel atau kalau ada kawan yang tinggal kat sana, pinjam alamat diorang:


 Klik title, M untuk monsieur (encik), Mle untuk mademoiselle (cik) dan Mme untuk Madame (puan). Prenom untuk surname, Nom untuk first name. Haish, dah mcm cikgu French pulak dah. Kemudian klik lagi: 


 Tick dan klik kat bulatan seperti di bawah:


Sekarang masa untuk bayar! Contoh nak isi apa seperti di bawah:


 Lepas payment succeed, macam biasa, check email sebab confirmation slip akan dihantar melalui email untuk di print out. Contoh yang saya dah pernah dapat:


Dan ada link untuk print PDF macam kat bawah ni, jangan terkejut dengan total amount EUR240 sebab saya beli untuk enam orang:


Okay bila dah selamat sampai di Disneyland nanti, terus ke kaunter ni bersama printed slip dan tunjukkan passport:


Kalau lihat dari bahagian depan Disneyland, kaunter kat atas di sebelah kanan, ke belakang sket:


Semoga manual ciptaan saya ini dapat membantu korang menjimatkan €€€, duit tu boleh spend kat souvenir shop tak pun beli instant pics muka korang menjerit naik rides. Tak silap EUR10 siap frame.

p/s: Tak boleh nak imagine kalau nak usha harga Disneyland Hong Kong dengan chinese character! Memang taklah!
www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011