Showing posts with label travel read. Show all posts
Showing posts with label travel read. Show all posts

Majalah LISA Malaysia Isu #1 - My Krabi Story Yo!

Saturday, November 12, 2011 by Zura Ahmad

Alhamdulillah! Akhirnya another brand new Malay magazine on the news stands today! Ya, LISA Malaysia yang dibawa dari Jerman ini sebahagian dari hidup saya bila kini saya adalah Penulis Gaya Hidup untuk majalah ini (antara sebab dah lama tak update blog ni sebab bertungkus-lumus beri yang terbaik untuk isu pertama dan seterusnya). Apa yang best untuk kaki travel? Pastinya helaian "Nota Kembara" untuk dibaca setiap DUA MINGGU! Yes, every fortnightly. Kalau di Thailand, versinya diterbitkan setiap minggu. Lagi best untuk cuci mata, fashion spread kali ini kami lakukan di Golden Palm Iconic Resorts di Sepang Gold Coast bersama photographer glamorama Bustamam Mokhtar dari White Studio. Get your first issue now at only RM3.90! Cover Fazura lagi tau! Jumpa lagi dua minggu!

Posted in Labels: | 0 Comments »

10 Days Until Paris

Monday, February 21, 2011 by Zura Ahmad
Semakin dekat nampaknya hari yang dinanti-nantikan. Trip tiga orang BFF yang dijangka exciting menjadi lebih exciting lagi bila disaat-saat akhir percutian Paris/Amsterdam disertai dengan tiga orang lagi termasuklah Mr Farief, menjadikan semua yang terlibat enam orang! Nampaknya, plan untuk sewa apartment di Arrondissement 9th terpaksa dibatalkan, deposit pun terpaksa pejam mata hangus begitu saja. Apartment yang hanya boleh memuatkan maksimum 3 orang dengan harga reasonable iaitu sekitar RM2000 seminggu itu nampaknya tak sesuai disumbat ramai-ramai. Rasa bersalah pulak pada landlord, Madame Made, a Balinese lady yang sanggup call lama-lama dari Paris untuk bincang macam-macam hal. Last-last terpaksa cancel sbb tak convinient kalau nak stay berasingan. 

Segala plan yang bermula dari Station Auber, terpaksa dipinda ke Station Charles Michels. Nasib baik ada Knopf Mapguides yang sememangnya banyakkkk membantu. Terima kasihlah kepada kawan saya Odelia from Pansing yang rekomen naskah ni untuk dijadikan panduan. Bukan untuk Paris saja, ada banyak lagi edisi destinasi lain yang available. Saya suka buku ni sebab senang faham kerana ada section by section maps. Boleh didapati di semua gedung buku ternama pada harga RM36.90 saja.

So far, tiket-tiket utama seperti access ke summit Eiffel Tower, Thalys train ke Amsterdam, tiket bas Eurolines pulang ke Paris dan pas ke 2 taman di Eurodisney dah pun dibeli secara online. Mestilah nak jimat masa yang tak berapa nak ada. Lagi best bila dapat beli tiket Thalys dan Eurodisney dengan harga lebih rendah. Nanti saya share dalam entry khas okay!

   

   
Posted in Labels: , | 3 Comments »

Percutian Penuh Gaya

Wednesday, February 16, 2011 by Zura Ahmad
Saya sendiri belum jejak lagi ke Kota London walaupun inilah antara destinasi impian saya. Walau mulanya merancang nak turun London dari Paris, sebab kesuntukan masa, baik jangan tamak nak pegi banyak tempat. Bertuahnya kawan saya yang bernama Sham bila dia berpeluang ke destinasi perlancongan best sebagai tuntutan kerjayanya sebagai travel photojournalist untuk majalah travel ini. Asal dia update status tgh "bekerti" (bekerja sambil bercuti) mesti saya akan komen "menyampah!" ;p

Antara coretan paling saya jeles pastinya story London dalam isu terbaru majalah Gaya Travel ni. Tapi terubat sket jeles sebab Sham belikan saya macaroon Laduree :)

Okaylah, jom ramai-ramai dapatkan majalah ni. I swear mamat ni pergi merata-rata tempat so mesti banyak cerita menarik yang dikongsi untuk dibaca.

Ada lagi, ada lagi!


Nak menang voucher ni? Penginapan 3 hari 2 malam di The Kee Resort and Spa bernilai RM1500!
Apa yang perlu korang buat ialah tuliskan butir peribadi ke experience@gayatravel.com dan korang akan diberi details tentang cara-cara menghantar artikel pengalaman percutian korang, tapi dalam Bahasa Inggeris ya! Manalah tau kot-kot terpilih untuk disiarkan dalam website Gaya nanti. Setiap artikel mesti melebihi 3500 patah perkataan berserta gambar-gambar dan any supporting documents.

Selamat mencuba!


 
www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011