Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

Jom Candat Sotong!

Tuesday, March 11, 2014 by Zura Ahmad

Menarik! Baru saja menonton festival menangkap sotong menggunakan tangan di Sokcho, Korea di rancangan travel Tasty Road @LiTV. Semalam dapat tahu Terengganu akan adakan festival candat sotong April ini! Mungkin mencandat tak semudah menangkap sotong dengan tangan (main tipu sebab sotong tu diorang dah tuang siap-siap dalam jaring dan orang ramai hanya berebut menangkap seberapa banyak yang dapat) tapi ia pasti berikan pengalaman yang menyeronokkan!

Jangsahang Port, Sokcho, Korea Catching Squid with Bare Hands

How to join? Layari https://www.facebook.com/SquidJiggingTGG untuk info lanjut. InsyaAllah jumpa di sana!

Posted in Labels: , | 5 Comments »

Keropok Lekor Review

Monday, September 5, 2011 by Zura Ahmad
Dah alang-alang ke Kuala Terengganu raya lalu, shopping keropok lekor is a must. Terbaru, saya terdengar keropok lekor BTB (Bukit Tok Beng) dekat Seberang Takir di Kuala Terengganu antara yang sedap kala ini (siap kena amek nombor giliran u olls). Tapi sayangnya hari itu hari Jumaat, jadi kaunter keropok lekor BTB tutup lah pulok!

Kalau nak tahu keropok kat mana lebih sedap, saya lebih suka yang terjual di tepi jalan nun jauh di Kemaman (depan sikit selepas Shell jika menuju ke KL). Keropok cap teratai memang sedap!

Memandangkan di musim raya kemungkinan gerai tutup adalah tinggi, jadi saya ke Losong, juga terletak di Kuala Terengganu. Saja beli jugak keropok kat situ untuk kengkawan dan officemates walaupun penduduk tempatan mengatakan keropok Losong dah tak berapa "kaw" leng ning (hari ni). Satu gerai jer yang selalu saya singgah selama ni, iaitu Gerai Kak Yah. Tapi tak tahu kenapa gerai ni semakin suram, tak happening macam dulu, beratur panjang. Ada sebuah gerai bernama Adnan pula yang dipenuhi orang. So, Ive decided to try out keropok yang dah digoreng di setiap gerai yang ada (dan dibuka pada hari itu).

Lapan gerai saya singgah iaitu Kak Yah, Kak Mek, Ori, Rohayati, Zah (Zan), Kedai Kita, Paksu dan Warisan 14. Yang lain-lain tidak tercuba sama ada kedai tu tutup atau diorang tak jual keropok yang dah disiap goreng. Kunyah punya kunyah satu persatu, saya dapati Kak Yah, Warisan 14 dan Paksu antara yang boleh dikatakan enak. Tapi saya kecewa dengan sos cili yang tak sedap. Kenapa agaknya ya?

I was lucky, gerai keropok di Kemaman buka pada hari itu. Memang lebih sedap, sosnya juga!  




   
Posted in Labels: | 2 Comments »

Perkampungan Diraja Melayu

Tuesday, May 10, 2011 by Zura Ahmad
Keistimewaan setiap kali menuju ke Pantai Timur, mestilah pantai membiru dan pasir memutih yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tak hairanlah bila hotel dan resort bertambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Cewah, mentang-mentanglah tajuk entry ni "Perkampungan Diraja Melayu", ayat madah berhelah pulak yang terkeluar.   

Rambang mata sampai tak boleh nak pilih nak menginap di mana? Kalau korang sukakan suasana kampung yang mendamaikan, penuh dengan ciri-ciri seni bina kemelayuan, destinasi yang menjadi impian ramai mat salleh yang dahagakan kehijauan hutan hujan tropika, sesuai buat pasangan berhornymoon dalam negara, oops! honeymoon; The Aryani lah tempatnya!
 
Cara ke sini? The Aryani Resort ni terletak di daerah Merang, Setiu. 25 minit dari Kuala Terengganu dan berhadapan dengan Taman Marin Nasional Redang. Jemput masuk...

Terasa macam balik kampung pulak! Lagi-lagi bila sampai je, disambut dengan refreshing welcome drink dan sepinggan keropok lekor. Barulah Ganu!



Dah alang-alang berada di Serai, jom intai breakfast set menu. Ada tiga pilihan menarik...

Untuk hidangan authentic melayu habis, cuba pilih set "Wayang Kulit Breakfast".
Pemandangan yang boleh dilihat ketika menikmati hidangan di Serai yang terletak bersebelahan dengan lobby. Hujung sana tu pantai!



Vila-vila di The Aryani mempunyai 4 jenis kamar dan suite. Ini...


ini...


 ini...

 
 ...dan yang paling gempak, mengingatkan rumah nenek dan moyang saya di kampung semestinya Heritage Suite...



Tengoklah interior dalamannya, rasa macam dekat era zaman Hang Tuah, tetiba rasa macam nak "berbeta-beta" pulak kat dalam rumah ni. Hehehehe...







Tak sah lah kalau tak pegi manjakan diri kat Heritage Spa yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Heritage Suite.



Kalau malu, boleh urut secara tertutup dalam spa ni...



Tapi kalau tak malu, boleh jugak kalau nak request berurut atau berendam dalam jakuzi secara "alfresco" atau outdoor sambil mendengar deruan ombak... Arrrgghhh.... bestnya... tenangnya...


Next, lepak tepi pantai sambil layan mocktail di Pulau Beach Club!










Sebelum balik, dah jadi tradisi Melayu, tetap dapat bawak balik buah tangan. 
Terima kasih daun keladi The Aryani!

Layari www.thearyani.com untuk info lanjut dan hubungi pihak resort untuk promosi terkini. I heard they are going to have a promotion untuk mereka-mereka yang memegang IC Pantai Timur!
www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011