Showing posts with label travel idea. Show all posts
Showing posts with label travel idea. Show all posts

No Boys Allowed!

Tuesday, April 26, 2011 by Zura Ahmad

Pening nak pilih destinasi dan hotel mana yang sesuai untuk percutian bersama BFF? Jom klik www.hotels.com untuk penginapan yang "direka" untuk traveller wanita...  

GRANGE CITY HOTEL, LONDON
Hotel lima bintang ini menawarkan 68 kamar selesa buat kaum hawa dengan tahap keselamatan tinggi. Siap ada pullout make-up mirror. Berlokasi di pusat bersejarah kota London, sesiapa yang menginap di tingkat atas boleh nampak view Tower of London dan Tower Bridge. Harga bermula dari RM435 semalam.
 
THE PREMIER HOTEL, NEW YORK
Mempunyai ladies-only-floor di New York City's Times Square dengan akses ekslusif menggunakan elevator key-card. Sebaik melangkah masuk ke kamar mandi, ada amenities mewah produk mandian LATHER seperti loofas dan bath salts, hair straightener, curling iron dan macam-macan girlish essentials. Harga bermula dari RM1,542 semalam.
NAUMI HOTEL, SINGAPORE
Lebih dekat, dan lebih realistik untuk rancang weekend getaway dengan BFF. Berlokasi di Seah Street, di tingkat "ladies-only" mempunyai akses melalui pintu kaca yang membawa korang ke "oasis". Dekorasi kamar mempunyai sentuhan feminisme. Harga bermula dari RM900 semalam. 


CROWNE PLAZA MILWAUKEE-WAUWATOSA, USA
Hotel mewah ini telah menukar tingkat ke tujuh kepada Women's Executive Level. Bilik penginapan yang mempunyai Victoria's Secret bathrobes, blow dryers dan vanity mirrors. Harga bermula dari RM270 semalam.
THE WESTIN GURGAON, NEW DELHI
Uniknya hotel ini mempunyai "Aura" guestrooms hanya untuk lady travellers. "Dijaga" oleh staff members wanita sahaja. Perabot chic mencantikkan sudut ruang, meja solek di kamar mandi yang luas, tab berendam dan mandian mewah rainforest. Harga bermula dari RM630 semalam.   

Cosmopolitan 10 Honeymoon Hotlist

Monday, April 25, 2011 by Zura Ahmad
Sama ada korang merancang untuk berbulan madu selepas baru je berkahwin, atau percutian bulan madu saja-saja untuk hanya berdua dengan pasangan, saya dah "bentangkan" 10 Honeymoon Hotlist tahun ini, tapi bukan di sini, dalam Cosmo Bride di majalah Cosmopolitan Malaysia isu May 2011. Dapatkan sekarang di news stand Cosmopolitan Malaysia dengan cover sizzling hot Kim Kardashian...


Dan flip cover Cosmopolitan Bride dalam naskhah yang sama...


Selain dapat baca 10 lokasi hangat pasangan bahagia, ada sebab lain korang rugi kalau tak dapatkan isu istimewa buat bakal pengantin ni. Ada hadiah best untuk seorang bakal pengantin sahaja - sesi photography Kudegraphy, gaun pengantin Lynda Rahim, pakej bulan madu di Sutera Harbour, kek kawin Pearl Cake Couture, set wangian Vera Wang dan kasut kawin Lewre Couture. Kalau menang hadiah ni, jimat banyak tu!

 
Posted in Labels: | 2 Comments »

Percutian Coklat

Saturday, April 23, 2011 by Zura Ahmad

Kalau korang peminat coklat (seperti saya) dan pada masa sama suka travel, nah saya bagi 10 idea lokasi "percutian coklat" yang pasti korang suka...

BRUSSELS: Syurga Coklat

Nama pun "Chocolate Capital of Earth", Belgium sememangnya taman coklat fantasi kerana di sini ada 16 muzium coklat dan lebih 2000 kedai coklat. Sinilah lahirnya Godiva dan Leonidas! Antara banyak-banyak coklat, pralines adalah yang paling popular. The Musee du Cacao et du Chocolate (dekat dengan Grand Place of Brussels) berbaloi untuk dikunjungi jika nak tahu cara pembuatannya dan beli coklat terbaik di Grand Sablon Square.

PARIS: Fashionable Chocolate
 
Culinary hub yang tak asing lagi, Paris sinonim dengan coklat mewahnya. Antara chocolatier terbaik; Christian Constant, pemenang Europe's Grand Prix Chocolate Award 2001. Kedai coklatnya terletak di 6th Arrondissement, di rue Assas - berdekatan dengan Jardin du Luxembourg adalah antara lokasi korang patut highlight ketika di Paris.

NEW YORK: Pencarian Coklat di Bandar Big Apple

NYC adalah di mana terletaknya antara kedai coklat terbaik dunia termasuklah MarieBelle, Chocolate Bar, Richart Design et Chocolate dan Li-Lat. Antara paling terbaik juga ialah The Jacques Torres Chocolate di mana tempat untuk korang nikmati hot chocolate "kow", pastri coklat dan choc-cloaked almonds. Nak lebih lagi? Consider The Luxury Chocolate Tour atau New Cuisine Chocolate Tour untuk "pengembaraan" ke dunia kedai coklat sebenar.   

BARCELONA: Partay, Partay Chocolatay!

Di sinilah "port" chocoholic! Di sini juga tempatnya mesin membuat coklat dibuat ketika abad ke-18. Warisan coklat telah diabadikan di The Museo de La Xocolata, sebuah muzium coklat yang penuh dengan pelbagai figura coklat. Gourmet Brands seperti Antoni Amatller dan Simon Coll asal dari sini. Tak lengkaplah kalau tak visit kedai coklat Chocolates Amatller, Chocolate a la Taza, Fargas, Dulcinea, dan Pasteleria Escriba. Letih nak link, cer google sendiri! ;p 

COLOGNE: Pengembaraan Coklat Hebat!

"Ibu negeri coklat" di Jerman, di mana Cologne ialah hideout Stollwerck Chocolate Company, merupakan supplier coklat kedua terbesar ke US. The Imhoff Stollwerck museum juga dikenali sebagai "Chocolate Museum" meraikan sejarah coklat seluruh dunia dengan pameran interaktif, samples dan chocolate fountain gergasi. Antara lokasi coklat lain yang popular di sini ialah La Maison du Chocolate, Tortchen Tortchen, Weibler Confectionery, Demnitz Chocolaterie, Mama Chocolate dan Leonidas Chocolates.   

BROC: Tiket Emas Ke Kilang Charlie!

Sebutannya bukan "berok" tapi "beghok"! Kilang coklat The Maison Cailler di Broc, Switzerland bagai melangkah masuk ke alam "Charlie and the Chocolate Factory". Kini kepunyaan NestlĂ©, pasti memberi pengalaman selama 45 minit yang menyeronokkan!  
 
 VILLAJOYOSA: Kembali Ke Alam Coklat Silam!

Peliknya bunyi nama tempat ni. Sebutannya ialah "Viyahoyosa" dan satu lagi "Chocolate City" yang terletak di Sepanyol selain Barcelona tadi. Inilah hometown Valor, pembuat coklat paling tua di Sepanyol sejak 1881. Saksikan sendiri proses pembuatan coklat di muziumnya! 

SAN FRANCISCO: Bersantai di Mall Coklat

Peminat fanatik coklat wajib pergi sini. Bukan hanya kerana coklat mewahnya, tapi The Ghirardelli Square ni telah wujud sejak zaman purba lagi - dulunya sebagai kilang coklat Ghirardelli.


OAXACA: Coklat Sepanjang Jalan


Sebut betul-betul... "wa-ha-ka". Tempat asal Mesoamericans yang memberi "hadiah" coklat buat dunia. Ini di Mexico. Luang seharian di 20 de Noviembre street. Aroma coklat yang menusuk hidung pasti buat korang gila membeli berkilo-kilo jenis coklat, La Soledad, Moyordomo, dan Guelaguetza antara pengeluar coklat popular yang boleh didapati di sini.  

LONDON: Kelab Coklat

Selalu ke London atau akan ke London? Singgah di Elizabeth Street, dan melangkah masuk ke The Chocolate Society; butik coklat mewah buatan tangan, antara terbaik di kota London!


Cukup 10 semuanya. Sekarang tekak terasa nak hirup coklat panas sambil gigit coklat bar lah! Kalau korang ada idea atau pernah ke destinasi coklat yang best (seperti menginap di Hershey Hotel. Oh, bestnya!), marilah share di comment box!
Posted in Labels: | 0 Comments »
www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011