Showing posts with label Paris. Show all posts
Showing posts with label Paris. Show all posts

After Amstee and Paghi...

Friday, April 22, 2011 by Zura Ahmad
...I have learnt a few mistakes yang boleh dielakkan bila bercuti di kemudian hari. Antaranya ialah...

JANGAN LEMBAB!

Kesalahan sendiri yang patut diambil sebagai pengajaran oleh korang semua. Pengakuan: Kami bertiga tiba di LCCT setelah kaunter check-in telah ditutup 20 minit yang lalu. Mana taknya, jalan jam ya amat! Lain kali kalau waktu berlepas jam 9, gerak ke airport dari jam 5 pun tak apa. Tuhan saja yang tahu betapa pucatnya dan keringnya tekak kitorang berlarian ke kaunter check-in. Lagi tiga orang dah lepas dalam perut kapal terbang! Peluang kitorang untuk on board sangat tipis masa tu. Staff Airasia tu mulanya cakap kitorang je boleh naik pesawat, luggage kena tinggal. Gila??? Tapi dek kerana budi bicara, punyalah baik staff Airasia bawak jugak kitorang naik kapal terbang sambil berlarian tarik luggage kitorang. Ya, luggage yang sebesar gedabak tu! Bayangkan ketika pegawai kastam scan bagasi gergasi yang berat amat tu. Memang nak nangis masa tu! Kalau flight pergi Jakarta takpe lagi, ini Paris pulak tu! Tapikan, ada hikmahnya tau; saya sempat timbang luggage masa merayu kat kaunter check-in. Gila 20kg ++. Dah melebihi 15kg (saya ambil berat minima waktu pergi dan maksima masa balik). Kalau tak, belum apa-apa lagi dah nak kena bayar extra baggage fee. Fuhhh, selamat aku! Walau apa pun, I love you lah AirAsia!

Masa nak balik pun drama jugak kat Orly airport. Kitorang awal-awal dah check-in. Tapi disebabkan masing-masing khayal pergi kedai tu, kedai ni, tak sedar lagi 5 minit flight nak berlepas. Siap kene cari dengan staff AirAsia Paris dan siap kena marah kononnya pasal kitoranglah flight lambat berlepas. Kena lagi! Bila dah masuk dalam flight tu, memang padanlah muka kitorang kena daring dengan penumpang lain. Serik beb!

GIGIL GLOVES

 Google Image

Untuk yang tak tahan sejuk macam saya, material gloves atau sarung tangan sangat penting. Gloves saya 100% adalah leather. Lining pun leather. Jawabnya pakai gloves pun terasa sejuknya. Apa yang boleh saya buat ialah pakai sarung tangan dengan material wool di dalam kalau masih nak bergaya dengan 100% leather gloves tu atau cari leather gloves dengan material lining yang mampu memanaskan tapak tangan.

UGGLY UGG

 I should have bring my ugg boots! Menyesal gila tak bawak sebab ugg and winter are bestfriends! 

SELANGKAH KE METRO/TRAM

Alangkah baiknya kalau Metro atau Tram station selangkah cuma. Jimat tenaga dan masa. Lagi-lagi bila terpaksa bertahan dengan cuaca sejuk. Jadi, pastikan tempat tinggal korang tak jauh dari hentian train jika merancang untuk mengambil pengangkutan awam ini sepanjang masa.

Nak tambah lagi satu mistake boleh tak?

Kitorang bertemu dengan taxi driver hensem masa pulang dari Moulin Rouge. Nama dia Mehdi. Hensem sikit dari Gerard Butler. Silapnya, kenapa aku tak amek gambar dengan dia??? Kalau tak, boleh korang cuci mata ;p
 





 

Je t'aime Paris Une Bonne, Une Bonne Journee!

Wednesday, April 13, 2011 by Zura Ahmad
Saya akhiri dengan lirik lagu dalam Barbie Fashion Fairytale. Tamat sudah laporan Paris. Tapi sebelum tu saya nak share, antara perkara paling saya suka ketika di Paris yang mungkin tak disebutkan dalam entry sebelum ini...

THE PARISIEN
Maybe we were just lucky. Saya cuba flash back kalau-kalau ada pengalaman yang tak best sepanjang di Paris. Surprisingly, langsung takde! Semua Parisien yang kami jumpa dan approach baik-baik belaka dan sangat helpful. Bagus betul bila kitorang dah letak expectation akan jumpa orang yang annoying dan tak friendly namun jadi sebaliknya. Most of us, langsung tak reti bertutur dalam French. Walaupun ada antara mereka yang pernah belajar dan reti pronounciation. Selamba cakap english.Tapi most of the time kami hanya gunakan bonjour, bonsouir, merci. Itu jerlah tiga perkataan keramat bila nak mula bukak mulut tanya itu ini kat stranger. Alhamdulillah, semuanya respond dengan baik dan yang penting, dengan senyuman!  

THE ARTE DI METRO STATION

Advertisement pada dinding di sepanjang hentian Metro sangat menarik. Saya pilih Cluny La Sorbonne sebagai station favourite saya!   

SOUVENIR STALL
 Rasa macam nak hangkut bawak balik semua painting dan poster yang dijual kat tepi-tepi jalan. 

LIVING PRODUCTS
Sangat best! Sehinggakan saya dah tak hiraukan sangat pakaian, handbags, kasut kerana living product sangat menarik dan sukar didapati di Malaysia. Saya bawak balik tea pot dengan struktur moden, tumbler dengan silhouette bangunan terkenal di Paris, produk Bodum, and the list goes on... Kalau rajin dan kreatif, beli Eiffel Tower biasa dan transform ia mengikut kreativiti masing-masing ala-ala Merci Gustave. Jauh lebih murah!


Nanti, nanti! Cantik tak coloured mini Eiffel kat bawah ni?
 
Sebagai menghargai pembaca yang sudi membaca blog ini, saya ada bawak balik just a small gift from Paris for all my lucky followers. Yes, all! Apa yang perlu korang buat? Drop me an email at zura.ahmad@gmail.com dan jangan lupa beri contact details (nama, contact number dan alamat rumah). Sebarang komen walau sepedas mana pun amat dialu-alukan ;p Cepat sebelum habis! Hanya untuk follower sahaja ya!

Le Wok Saint Germain

by Zura Ahmad
Kalau dah berjalan sampai ke malam dan malas nak fikir nak makan kat mana, restoran Le Wok Saint Germain yang terletak di Rue Dauphine, Saint Germain adalah tempat yang kami tuju. 100% Halal, langsung takde alcohol. Kat sini ada pilihan hidangan Thai, Japanese dan Vietnamese. Kitorang suka order nasi goreng dengan cara pilih ingredient sendiri dan tukang masak akan gorengkan. Hanya sekitar EUR8 untuk semangkuk nasi yang boleh dikongsi. Sedap pun sedap!

Posted in Labels: | 0 Comments »

Opera Bebeh!

Tuesday, April 12, 2011 by Zura Ahmad

 
Dua hari terakhir dihabiskan di kawasan Opera di 9th Arrondissement, mana lagi kalau bukan tempat terletaknya Galeries Lafayette, Printemps, Hard Rock Cafe, Moulin Rouge, yada yada yada... Sedihnya, itenarary asal dah "lari" 80% kerana "dirasuk" hantu Lafayette dan Printemps! Lokasi yang sepatutnya pergi biarlah menjadi rahsia sehingga saya berpeluang mengunjungi Paris lagi, cewah! Amin...  

Pagi tu we just grabbed a cab! Kaki dah gatal tak sabar nak serbu shopping mall. Taxi fee dari Novotel Tour Eiffel ke Lafayette sekitar EUR15.

Gambar depan ni jer sempat amek. Lepas tu kami berpecah (secara tak sengaja). What I bought? Handbags! I know it sounds boring! Tapi untuk korang yang suka shopping living stuffs, korang akan gila di sini! I like Bodum stuffs, menyesal tak beli kat La Vallee Village yang jauh lagi murah. Tapi disebabkan asyik teringat-ingat, sambar je lah apa yang dah berkenan kat Printemps. Balik Malaysia takdelah kempunan :)    

Not far from Lafayette, jalan kaki sikit sampailah di Hard Rock Cafe. Biasalah, tempat wajib pergi beli t-shirt sendiri dan kiriman kengkawan. Staff kat HRC tu kata dia pelik bila orang Malaysia datang, mesti spent banyak. Habeh tu tak jauh pulak Paris nak beli sehelai baju jer? Tapi best sebab mamat sarcastic yet nice tu bagi banyak free gifts :)   

Dekat dengan HRC ada McD! Gambar di atas di ambil dari dalam McD sambil melantak Fillet O Fish!

Next, we took a cab ke Moulin Rouge. Tak jauh pun...


Kat depan Moulin Rouge ada huge grilled lubang yang kita boleh amek gambar ala2 Marilyn Monroe. Masa ni tgh ada road block.

Dekat dengan Moulin Rouge, we found a Halal restaurant named Ben's Food. Apa lagi, singgahlah!



The kebab set was about EUR8 dan sedappp!!! Portion yang meant for sharing, jadi jangan tamak haloba pesan banyak-banyak. We have another fave Halal restaurant. Will share in another post sebab mostly every night kitorang makan nasik kat situ. Iyer, NASIK!!! Kalau dah Melayu tu, Melayu jugaklah!
Posted in Labels: | 0 Comments »

Kembali Menjadi Kanak-Kanak di Euro Disney!

Saturday, April 9, 2011 by Zura Ahmad
Hari paling ditunggu-tunggu oleh "budak-budak tua". Kami ke sini Hari Selasa. Seperti yang telah saya share di sini, tiket masuk kami hanyalah EUR40 untuk dua park di hari bekerja! Cara ke sini pula sama seperti semalamnya, ketika ke La Vallee Village, cuma kena turun di stop yang terakhir iaitu station Marnee la Vallee. Antara sebab kenapa kitorang ke La Vallee Village dulu dan baru ke Disneyland kerana manalah tau kot-kot ada nak terbeli apa-apa lagi di La Vallee Village/Val D'Europe, jadi masih ada peluang untuk singgah kejap masa nak ke Disneyland ni.


My very first Disneyland! Selama ni tengok video hubby jer, his first visit 13 tahun yang lalu!


Tunjukkan printed ticket beserta passport di sini. Mamat di kaunter sangat sarcastic betul! Cuak jugak kalau ticket ni takleh guna, rupanya dia boleh main gurau-gurau pulak! Haishhh... 

Yeay! Tiket dah dapat, map pun sama. Apa lagi, jom masuk! Tapi nak masuk park yang mana dulu yer?


Entrance untuk ke Disneyland Park ni sebelah jer dengan kaunter tiket tadi. But we decided masuk ke Walt Disney Studios dulu sebab tutup awal. Kat Disneyland saya relax sket sebab ada dua otai Disneyland, one of them dah pergi semua Disneyland yang ada kat dunia ni. Jadi serahkan pada yang pakar untuk memilih rides yang best dan tempat nak dituju...





Apple caramel yang sedap!

Okay, first ride was the Tower of Terror!!!

Google Image



Sampai sini jer boleh snap gambar. Rugi wooo sapa tak naik ni. I would say, this is my most favourite ride so far! Teringat cerita Charlie and The Chocolate Factory masa Willy Wonka bawak guests dia naik lif kaca. Feeling-feeling gayat ala-ala macam tu lah!


Ingat tip ni, senyummm je selalu setiap kali naik rides sebab nanti bila kat luar akan ada gambar candid kita. So, kalau berminat boleh beli siap dengan frame lagi.

Next, Rock & Roller Coaster!

Google Image


Kami tak lama di sini sebab nak sambung ke Disneyland Park pula. 




Inilah dia antara bahagian di hadapan dalam Disneyland Park. Rasa macam dalam mimpi jer!!!

...dan oleh kerana perut pun dah lapar, kitorang singgah makan di kafe dalam suasana sekelilling yang mengujakan.




Sambung jalan, yeay! Dah nampak castle! Nampak tak? Nampak tak?




Otai-otai tengah usha map ke lokasi seterusnya.




Sempat amek gambar dengan binatang ni ketika nak naik ride Indiana Jones. Amek gambar tak payah bayar apa-apa yer...



Perkara yang ditunggu-tunggu seterusnya, parade lah! Okay, ni sampai saya yang pendek ni duduk atas tembok tinggi sebab nak snap gambar lebih jelas...






Okay next location, It's a Small... Small... World...




Apa ada kat dalam? Let the pictures do the talking...












Habis sudah...


Ride mesti naik seterusnya...juga terbaekkk!


We had so much fun! Sampai tak terdaya nak naik semua rides... Walaupun kaki dah lenguh semacam dengan weather sejuk yang menggigit tulang, kami gagahkan juga kaki ke Disney Village untuk shopping kat Planet Hollywood dan kedai sourvinier. 


Posted in Labels: , | 3 Comments »
www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011