UK 2013 2/10: NOTTINGHAM - The Epic City

Sunday, January 26, 2014 by Zura Ahmad


Sampai jugak! Memandu sekitar 2 jam setengah dari Heathrow, London, maka bermulanya percutian penuh epik sebaik tiba di destinasi tujuan pertama. Nottingham City atau Notts! Destinasi yang mulanya "diabaikan" rupanya memberi first impression yang amat mengujakan! Penginapan di Mansfield Road (antara jalan utama di bandar Nottingham) dibatalkan di saat akhir disebabkan ada kawan yang baik hati offer tempat tinggal di Forest Field; kawasan kejiranan Muslim yang best! Mucho gracias to Mahfudz, Hana dan kawan-kawan serumah yang sangat baik hati dengan layanan first class!

What I like about the neighbourhood? Okay, tak taulah sebab psikologi kat sana yang ala-ala rasa susah nak cari makanan Halal (walaupun senang sebenarnya) atau memang betul-betul ayam goreng di Halal fast food restaurant Maryland Chicken sememangnya sedap. Sesiapa yang pernah rasa dan setuju angkat tangan!

To recap, saya ke UK dari 30 May sehingga 12 June 2013 (14 hari) dan ketika ini musim panas yang tak panas langsung baru saja nak bermula. Jadi jam 5 pagi matahari dah mula naik. Jetlagged jugak antara sebab terbangun awal jam 3 pagi UK. So pagi-pagi lagi kitorang dah pusing-pusing neighbourhood + camwhoring tanpa ada seorang pun manusia di sekitarnya. Semua orang tengah nyenyak tido kot!
























1. The Robin Hood Adventure
3 hari 2 malam kami merancang untuk bermalam di Nottingham. Mai nak habaq apa yang kami sempat buat! Aktiviti terulung, pagi-pagi dah gerak memandu ke Friar Lane untuk ketuk pintu Nottingham Castle. Ingat ni, istana ni bukak pukul 10 pagi tau. Dah kitorang terawal sampai jam 8 pagi. Nak breakfast pun kedai tak bukak lagi. Melangut je lah dulu area castle. Tapi bagus jugak, rise early, park easy! Parking paling dekat terletak di antara castle dengan tempat penginapan Ye Olde Trip To Jerusalem - tertua di England katanya. Tak cukup coins nak bayar parking, credit card pun boleh... swipe aja!









 We wanted to keep it special for each destinations. Untuk Notts, Robin Hood tour yang diadakan setiap Sabtu di Musim Panas menjadi highlight. Akan tetapi we visited on 31st May and it was Jumaat. Selaku passionate tour guide, sebelum berlepas ke UK, I met Ezekial Bone aka C21st Robin Hood tipu yang juga an Ambassador for Visit England di FB. Inbox him on my request and he offered me a bespoke costumed tour (maknanya dia akan bawak jalan-jalan pusing castle dengan siap berpakaian seperti Robin Hood) for 4 pax at £120. Kalau tour biasa, dewasa hanya £10 dan kanak-kanak £6, tour mengambil masa sekitar 2 jam sejauh 1.3 batu.


Sadly, Robin Hood tak free hari tu. So, we just did a normal Nottingham Castle visit dengan bayaran masuk £5.50 seorang.

Alamat:
Nottingham Castle 
Friar Lane 
Off Maid Marian Way 
Nottingham 
NG1 6EL

2. Lepak Di Batman's Crib Yo!

Ingat tak rumah Batman dalam filem The Dark Knight Rises? Yang ni...


yang ni...


dan yang ni...


lokasinya adalah juga di Notts...





Wollaton Hall and Deer Park menjadi set penggambaran untuk Wayne Manor di dalam filem Batman 2012: Dark Knight Rises. Apa yang menarik kat sini? Selain exhibitions di dalam Hall yang dibina sekitar tahun 1580 oleh Sir Francis Willoughby ini, lepak-lepak piknik feeling-feeling di taman sekitarnya pun best. Dinasihatkan bawak makanan, tikar dan novel kesukaan dan mungkin payung jika silau terik matahari (tapi cuaca masih sejuk ketika ini) untuk piknik lebih lama di sini.

google image


Yang tadi Nottingham Castle dan yang ini Wollaton Hall. Rupa bangunan macam sama tapi apa beza "Castle" dengan "Hall"? Mengikut pembacaan dan pemahaman saya, "Castle" ialah kediaman seorang yang berkuasa di dalam wilayah tertentu manakala "Hall" atau "Court" pula kediaman lebih kecil berbanding "Castle" di luar bandar yang dihuni sebagai rumah peribadi atau rumah persinggahan keluarga kerabat atau bangsawan. Pendek kata, "Castle" macam rumah sultan negeri, "Palace" lebih besar macam Istana Negara, sementara "Hall" atau "Court" macam rumah agam keluarga bangsawan yang dibina di kawasan kampung. Kalau salah, sila betulkan ya!

3. Pusing-pusing City Square Terbesar UK

I only have today. Hari yg sama selepas melawat Robin Hood Castle dan Wollaton Hall. Kuatkan jugak semangat ke pusat bandar untuk cuci mata. Kebetulan ada bazar di tengah-tengah square dan sempat beli a few home decor items seperti cermin besar berbentuk bibir dan wizard wooden plaque yang buat semua orang kat dalam rumah takut bila saya gantung kat dinding. Teringat kat butik Ted Baker, terdengar pulak lagu Yuna buat saya rindu pulak kat Malaysia. Habis short and sweet trip di Nottingham. Next post nak cerita pasal destinasi persinggahan pocket friendly shopping yang mengujakan! Stay tune!








  
www.travelistah.blogspot.com. Powered by Blogger.

Total Pageviews Since 20th January 2011